9.02.2011

Harga BlackBerry Bold 9900 Malaysia Serendah RM1,288

Friday, September 02, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Akhirnya BlackBerry Bold 9900 yang ditunggu-tunggu oleh peminat BlackBerry Malaysia dilancarkan secara rasmi. Harga BlackBerry Bold 9900 di Malaysia adalah serendah RM1,288 yang ditawarkan oleh Celcom Malaysia. Bagaimanapun, sudah tentu harga tersebut termasuk kontrak serta T&C nya.

Ciri-ciri (features) menarik BlackBerry Bold 9900 :

All new BlackBerry 7 OS
2.8" Touch Screen, QWERTY Keyboard
5MP Camera, HD Video Recording
1.2 GHz Processor
8GB Internal Memory, expandable up to 32 GB

Maklumat lanjut, boleh baca di sini.

p/s : Tertiba rasa nak layan Blackberry plak...




Baca seterusnya...

Jom Beraya di Blackpool Tower, Itupun Jika Anda Jenis Tak Gayat

Jika anda sudah bosan beraya di kampung dan bandar, boleh datang ke Blackpool, England tuk beraya pula di Blackpool Tower. hehe



Blackpool Tower bukan menara yang baru dibina, tetapi menara lama yang telah diubahsuai jutaan paun dan kini sudah dibuka untuk orang ramai.

Jika anda seorang yang mudah gayat, elok jangan naik menara ni. Kenapa? Anda tengoklah gambar-gambar seterusnya. Klunya - lantainya diperbuat dari kaca. huhu...gayat...
















sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

9.01.2011

Carole French, Seorang Ibu Yang Makan Banyak Tapi Tetap Kurus

Thursday, September 01, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah dia Carole French, iaitu seorang ibu beranak dua. Apa yang pelik tentang Carole French ni?

Percaya tak, Carole French berumur 50 tahun, kuat makan seperti kuda, memakai pakaian saiz kanak-kanak 10 tahun dan berat badannya 38.10 kilogram, walau banyak mana pun dia makan.

Ada yang kata dirinya bertuah sebab mempunyai badan yang tidak boleh menyimpan lemak, makan banyak mana pun tak kurus.

Difahamkan, hanya ada dua orang sahaja didunia ini yang mengalami masalah badan mereka tidak boleh menyimpan lemak termasuk Carole French.







"Saya makan seperti seekor kuda. Saya tidak pernah tidak makan," katanya.



Baca seterusnya...

Laluan LPT Fasa 2 Sudah Dibuka


KUALA TERENGGANU - Sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) bagi laluan Bukit Besi ke Bukit Payung telah dibuka untuk semua laluan sejak 22 Ogos lalu.

Pembukaan itu melibatkan tiga laluan iaitu dari Persimpangan Bukit Besi ke Persimpangan Ajil sejauh 42.4 kilometer (KM) dan Persimpangan Telemung ke Persimpangan Kuala Terengganu di Kampung Gemuroh sejauh 12.6KM.

Turut boleh digunakan oleh pengguna adalah laluan Jalan Penghubung Bukit Payong di Batu 9 dan Simpang Udang menghala ke Persimpangan Telemung sejauh kira-kira 16.3KM.

Pembukaan itu sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna dari arah Dungun dan Kuantan, Pahang ke Ajil dan Kuala Berang tanpa menggunakan jalan persekutuan.

Ia juga menjimatkan masa perjalanan dari 40 minit ke 25 minit sahaja.




Bagi pengguna jalan raya yang ingin ke Kota Bharu, Kelantan pula, mereka boleh menggunakan jalan dari Persimpangan Bertingkat Ajil melalui Jalan Ajil-Kuala Berang dan masuk ke jalan besar yang menghubungkan semula Jalan Persekutuan 3 melalui Sungai Tong menghala ke Kelantan atau utara Pantai Timur.

Laporan awal sebelum ini menyebut LPT2 dijangka siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada Jun 2012.

LPT2 melibatkan 12 pakej dari Jabor ke Kampung Gemuroh sejauh 182.60KM.

Antara laluan yang terlibat ialah Cenih, Cukai, Kijal Kertih, Paka, Dungun dan Kuala Terengganu.

sumber : Kosmo


Baca seterusnya...

Google papar logo khas raya-merdeka

Thursday, September 01, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

KUALA LUMPUR – Mereka yang melayari laman web Google hari ini menemui hadiah istimewa daripada Google Malaysia, yang memaparkan logo unik bagi meraikan sambutan berkembar rakyat Malaysia iaitu Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pelawat google.com.my akan dapat melihat logo atau “doodle” Google dihiasi ketupat dan bendera Malaysia bagi menggambarkan ’Merdeka Raya’.

"Kami gembira dapat menambah satu rekaan mengenai Malaysia yang istimewa pada senarai doodle kami, khususnya memandangkan tahun ini sambutan berganda yang amat jarang berlaku.

"Walaupun Google merupakan jenama global, kami mahu seboleh mungkin memaparkan ciri tempatan mengikut cara kami. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya dan Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia,” kata Sajith Sivanandan, ketua negara bagi Google Malaysia dalam kenyataan.

Selama bertahun-tahun, Google menggembirakan pelayarnya menerusi logo sedemikian. – Bernama


Baca seterusnya...

SM Faisal Buat Giveway Blackberry Bold 9900

Thursday, September 01, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, melalui laman twitternya telah mengadakan peraduan mudah untuk memenangi 5 buah Blackberry Bold 9900.

Apa yang anda perlu buat adalah menjadi follower twitter @smfaisal10 Twitter page (http://www.twitter.com/smfaisal10) dan juga Like fanpage SM Faisal Nasimuddin (OFFICAL) Facebook page (http://www.facebook.com/smfdotnet)


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman www.tianchad.com




Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik