8.26.2011

Bebola Agar-Agar Haram Dijual Mulai Hari Ini

Friday, August 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.
Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy' terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal.

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam.
Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini. - Berita Harian


p/s : Bebola agar-agar namanya. Aku ingatkan sejenis kuih raya. hehe.. Dulu memang selalu beli benda ni dan letak dalam pasu kaca tuk tanam pokok. Tapi takdelah plak anak aku nak ambik makan. Bagaimanapun, bagus jugak pengharaman ni, mencegah lebih baik dari mengubati kata orang.




Baca seterusnya...

PLUS Perkenal Jadual Perjalanan Bezakan Kenderaan Bernombor Akhir Genap Dan Ganjil

Friday, August 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
PETALING JAYA, 24 Ogos (Bernama) -- PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 Sept.

"Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 Sept dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan ketika waktu menjelang perayaan Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :

* Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 12 tengah hari;
* Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
* Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
* Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.

Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:
* Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;
* Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
* Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;
* Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
* Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 Sept ini.

* Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;
* Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.
* Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.

Noorizah berkata semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.

PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.

Noorizah berkata sejumlah 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.

Pegawai Turus Penguatkuasa Polis Diraja Malaysia Supt Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan-kawasan terpilih di sepanjang lebuh raya mulai hari ini hingga 6 Sept bagi mengawasi keadaan lalu lintas.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik.

-- BERNAMA




Baca seterusnya...

8.25.2011

Orang Utan Lap Muka Dengan Tuala Berjaya Dirakam

Thursday, August 25, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video orang utan di youtube menjadi sensasi apabila memaparkan seekor orang utan di Tama Zoo, Tokyo sedang lap mukanya dengan tuala yang basah. Tuala itu dicelup ke dalam kolam air, kemudian diperah sebelum dilap ke mukanya.

Dalam video itu juga ada seekor orang utan lain cuba pinjam tuala tersebut tetapi tidak dibaginya. Mungkin risau takut berjangkit jerawat kut. Ye la, mana boleh share share tuala muka kan..

Lihat video oran utan lap muka dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

Video, Gambar Kapsul Belon Untuk Pelancong Lihat Bumi

Thursday, August 25, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.

Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.

Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.

Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.

Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi (Kosmo)

Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya.











sumber gambar : Daily Mail


Baca seterusnya...

Pelik! Seekor Kucing Berada di Atas Pokok Kaktus

Thursday, August 25, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Soalan pertama yang bermain difikiran tatkala melihat gambar di atas adalah macamana kucing tu boleh berada di atas pokok kaktus tu. Macamana kucing tu panjat pokok kaktus yang penuh dengan duri tu?

Menurut jurugambar Curt Fonger, kucing tersebut sebenarnya melarikan diri dari dikejar seekor singa gunung. Mungkin kerana terlalu takut, kucing tersebut berjaya memanjat pokok kaktus tersebut. Manakala singa tersebut hanya berpusing-pusing mengelilingi pokok kaktus tersebut sebelum berputus asa dan berlalu pergi.

Difahamkan, hampir 6 jam kucing tu berada di atas pokok kaktus tu sebelum dia berani turun dari pokok kaktus tersebut setelah yakin singa gunung tidak mengacamnya lagi.

Insiden tersebut berlaku di Gurun Sonoran Arizona.













Baca seterusnya...

8.24.2011

Gambar Bayi Tidur Yang Super Cute!

Wednesday, August 24, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:












p/s : teringin pulak nak tambah anak lagi.hehe


Baca seterusnya...

Benji Ditangkap Curi Seluar Dalam Wanita

Wednesday, August 24, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seekor kanggaru yang diberi nama Benji (gambar) mungkin mempunyai masalah seksual agaknya apabila ditangkap polis ketika mencuri seluar dalam wanita.

Kanggaru jantan ini sebenarnya bukan kanggaru liar tetapi dibela oleh pemiliknya, Petr Hlabovic dan mungkin terlepas dari jagaan.

Sebelum anda fikir kanggaru jantan ini belajar mencuri dari tuannya, tuannya terlebih dahulu menafikannya.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya."



ayat cover line nampak...



PRAGUE, Republik Czech - Seekor kanggaru yang terlepas daripada jagaan seorang pemiliknya ditangkap kerana mencuri beberapa helai seluar dalam wanita di ampaian di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan jantan itu yang diberi nama Benji dan berusia dua tahun ditangkap polis selepas seorang wanita melihat ke arah tingkap dan mendapati ia mencuri seluar dalam miliknya yang disidai.

Sebelum ditangkap, polis mendapat panggilan daripada penduduk yang mengadu mengenai kehilangan seluar dalam di ampaian baru-baru ini.

Seorang jurucakap polis menjelaskan bahawa pihaknya juga menerima aduan daripada pemilik kanggaru itu bahawa haiwan tersebut telah melarikan diri.

Menurutnya, ketika itu, polis tidak berpendapat bahawa kedua-dua kes berkenaan mempunyai kaitan.

Pemilik haiwan itu, Petr Hlabovic, 35, berkata: "Saya berasa amat lega kerana mendapat semula haiwan itu.

"Pastinya, haiwan itu tidak mendapat tabiat tersebut daripada saya." - Agensi (Kosmo)


Baca seterusnya...

8.23.2011

Mimpi Ngeri Untuk Pemain Bola Sepak Qatar

Tuesday, August 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video yang diberi nama "Mimpi Ngeri Untuk Pemain Bola Sepak Qatar" bukanlah video seram seorang pemain Qatar melihat hantu ditengah padang, tetapi... susah nak cakap, anda tontonlah sendiri. hehe




kesian kan...




Baca seterusnya...

8.22.2011

Hati-Hati Buah Kurma Tiruan

Monday, August 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dulu heboh pasal telur tiruan, dan kini heboh pula pasal kurma tiruan. Gambar di atas adalah perbezaan antara kurma tiruan (kiri) dan kurma asli (kanan).

Difahamkan, perbezaan antara kurma tiruan dan kurma asli ialah kurma tiruan adalah kurma gred rendah yang kemudian dicampur dengan gula merah agar lebih manis seperti kurma asli. (Sebenarnya, kurma tiruan tu adalah kurma asli juga cuma bergred rendah. Bukannya bermaksud kurma tiruan tu diperbuat dari bahan sintetik. )


GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis.

Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah.

Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula.

Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.

“Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma sebenar (buah kurma yang berkualiti baik) tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah.

“Buah kurma jenis ini dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan,” ujar sumber yang memberitahu pernah mempraktikkan kaedah tersebut. - Kosmo



Baca seterusnya...

Rekod Dunia Paling Ramai Bermain Hula Hoop

Monday, August 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

TAIPEI - Seramai 2,496 orang berhimpun di sini kelmarin untuk memecahkan rekod dunia bermain gelung plastik atau lebih dikenali sebagai hula hoop.

Orang ramai menggoyangkan gelung plastik masing-masing selama tiga minit di pinggang mereka untuk dicatatkan dalam rekod Guinness World of Record.

Rekod sebelum ini menampilkan penyertaan 2,290 orang pada tahun 2000 yang diadakan di bandar Kaohsiung.

Acara itu dianjurkan oleh syarikat makanan kesihatan untuk meraikan seratus tahun penubuhan Republik China selain memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan banyak senaman. - Agensi (Kosmo)

Lagi gambar dengan baca seterusnya.






Baca seterusnya...

8.21.2011

Video Seorang Lelaki "Juggling" Sambil Gigit Epal

Sunday, August 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video di youtube memaparkan seorang lelaki cuba memecah rekod dengan membuat "juggling" 3 biji epal dan dalam masa yang sama mengigit epal tersebut.

Lelaki tersebut, Brian Pankey berjaya mengigit epal sebanyak 65 kali dalam masa 30 saat. Wow! hebat! Nasib baik tak tercekik epal sebab syarat-syarat aksi tersebut ialah tidak boleh menelan epal yang digigit.

Difahamkan, Brian Pankey berjaya memecah rekod yang dipegang oleh orang sebelum ini.

Saksikan video lelaki "juggling" sambil makan epal dengan baca seterusnya. Nampak kelakar pun ada video di bawah ni







sumber : Daily Mail





Baca seterusnya...

Gambar Tema Pertunangan Yang Menyeramkan

Sunday, August 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Setiap pasangan mahukan gambar pertunangan / perkahwinan mereka paling diingati dan meninggalkan nostalgia. Oleh sebab itu macam-macam idea kreatif yang timbul bagi memilih tema gambar pertunangan / perkahwinan.



Bagi pasangan dari Califonia ini, Juliana Park dan Ben Lee memilih tema seram untuk gambar pertunangan mereka. Mereka melakonkan kunun-kununya mereka berdua diserang oleh zombie ketika sedang menikmati minum petang di taman.

Lagi gambar-gambar yang menyeramkan (kununnya) dengan baca seterusnya.


















Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik