8.20.2011

Sekitar Pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 & Kisah Hantaran Kahwin

Saturday, August 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, hari ini adalah hari pelacaran Samsung Galayx Tab 10.1 di Malaysia.

Samsung melalui laman facebook Samsung U-nivez telah memuatnaik beberapa keping gambar foto sekitar pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 di e@Curve Mutiara Damansara.




Difahamkan, orang ramai mula beratur sejak tengah malam semalam. Bagaimanapun, pelancaran produk Samsung kali ini lebih teratur dan tidak menyusahkan pembeli untuk beratur lama apabila pihak penganjur menyediakan nombor dan kawasan menunggu.



Inilah dia 3 bakal pembeli terawal. Aku tak taulah diorang mula beratur dari pukul berapa ni.



Bakal pembeli dalam gambar di atas ni ada kisah menarik. Apa yang menariknya, cuba baca apa yang tergantung di leher brader tersebut.


Hehe... pasangan ini akan berkahwin september ini dan salah satu hantaran kahwinnya adalah Samsung Galaxy Tab 10.1. Dan dia berharap sangat dapat menjadi antara 20 pembeli bertuah yang dapat membeli dengan harga RM99. Kalau dapat beli, memang jimat banyak tu.

Adakah brader ni bertuah?


Pembeli bertuah (atau dia sebenarnya bukan pembeli sebab dapat percuma tanpa membeli) satu set Galaxy Tab 10.1 percuma siap dengan cover lagi.


Ini pula 25 pembeli Samsung Galaxy Tab 10.1 bertuah dengan harga RM99. Aku tak nampak pulak brader nak kahwin tadi tu dalam gambar di atas.

The Samsung Galaxy Tab 10.1 has finally arrived and it’s out of this world! #samsungTabmy



sumber : soyacincau.com & facebook Samsung U-nivez






Baca seterusnya...

Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Saturday, August 20, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) E8 adalah salah satu daripada jaringan lebuh raya yang menghubungkan pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sambungan kepada Lebuhraya Karak, dan bermula dari Karak hingga ke Kuala Terengganu.

Pada 27 April 2010, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad mengumumkan kos LPT ialah RM3 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2012.Panjangnya 183 km dan mempunyai 10 plaza tol.

Lebuhraya Pantai Timur adalah 350km(217 Batu)-panjang ,4-lorong (2 di setiap arah) bermula daripada tamatnya
(Fasa 1) Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Persimpangan Karak,Pahang melalui Lanchang, Mentakab, Temerloh, Chenor,Maran,Sri Jaya,Gambang,Kuantan,Jabor,
(Fasa 2)Chenih,Chukai,Kijal,Kerteh, Paka,Dungun,Bukit Besi,Ajil,Temelong dan tamat di Chendering,berdekatan dengan Kuala Terengganu, Terengganu.

Bagi Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 telah siap sepenuhnya. Manakala Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 masih dalam pembinaan. Bagaimanapun, sempena sambutan aidilfitri tahun ini, bahagian-bahagian tertentu LPT Fasa 2 akan dibuka untuk mengurangkan kesesakan lalulintas ketika perayaan.

Berikut merupakan pengumuman dari laman rasmi facebook Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2

Assalamualaikum, untuk makluman semua, lebuhraya ini hanya boleh dilalui sepanjang 70km bermula dari persimpangan Bukit Besi hingga Pesimpangan Kuala Terengganu (kg. Gemuruh). Walaubagaimanapun, terdapat sepanjang 6KM jajaran lebuhraya ini yang belum diturap pada KM163 iaitu sebelum memasuki persimpangan Bukit Payong tetapi masih boleh dilalui.

Kawasan Rehat, Hentian Sebelah, Stesen Minyak dan Plaza Tol adalah dalam fasa pembinaan. Oleh itu, tiada tol yang dikenakan buat masa ini. Pemasangan papan tanda destinasi telah dipasang sepanjang jajaran ini.

Harap maklum, sekian terima kasih.


Bagi mereka yang mahu maklumat lanjut berkenaan LPT Fasa 2, boleh lah merujuk laman facebook rasmi mereka atau laman portal rasmi mereka.

Facebook Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
Laman Portal Rasmi Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)

Buy 2 #HotlinkRamadhanHotTiket & u’ll be noming KFC for free!






Baca seterusnya...

8.19.2011

Rusia Dedahkan Gambar Hotel Angkasa

Friday, August 19, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Rusia mengumumkan perancangan mereka untuk membina Hotel Angkasa di angkasa raya. Hotel atau Stesen Ruang Komersial ini akan dibuka menjelang tahun 2016.

Minuman seperti teh ais, air mineral dan jus buah-buahan sahaja dibenarkan manakala alkohol akan dilarang sama sekali. Tandas pula akan menggunakan udara yang mengalir dan bukan air untuk memindahkan bahan buangan melalui sistem.

Air sisa yang akan dikitar semula, manakala udara akan ditapis untuk membuang bau dan bakteria dan kemudian kembali ke kabin.

Hotel ini akan bertujuan untuk individu dan orang kaya yang bekerja untuk syarikat-syarikat swasta yang ingin melakukan penyelidikan di angkasa.

Lagi gambar hotel angkasa dengan baca seterusnya.


























Baca seterusnya...

8.18.2011

Video, Lirik Lagu OST Kasih Alia | Teriakan Kalbu – Fida Ibrahim

Thursday, August 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu OST Kasih Alia | Teriakan Kalbu – Fida Ibrahim




Lirik Lagu OST Kasih Alia | Teriakan Kalbu – Fida Ibrahim

Tiada lagi kan ku terdaya
Tak mungkin nadi berdenyut cinta
Kau pergi tanpa aku merela
Dan hadir saat duka

Menanti bayang muncul tiada
Setelah kau janjikan ku bahagia
Kau hilang tanpa aku menduga
Jiwa terhenti nokhtah

Teriakan kalbu merindukan jiwa
Mengapa akhir aku terpendamnya cinta
Dan kau tinggalkan hanya tinta
Mencoret nada hampa..

Uuuhhhhh…

sumber : liriklagumelayu.net




Baca seterusnya...

Artis Buat "Graffiti Knitting" Pada Pokok

Thursday, August 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Artis ini yang hanya mahu dikenali sebagai Babukatorium, mengambil masa 3 bulan untuk menghias pokok tersebut dengan grafiti sulaman atau dipanggil 'graffiti knitting'.

Lagi gambar 'graffiti knitting' pada pokok.











Baca seterusnya...

Diskaun Tol Aidilfitri di 24 lebuh raya 30 - 31 Ogos

Thursday, August 18, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR - Sebanyak 24 Lebuh Raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.

Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor berkata, Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.

"Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari," katanya. - Bernama



Baca seterusnya...

Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 Serendah RM99

Thursday, August 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Antara tablet yang ditunggu-tunggu peminat tablet di Malaysia adalah Samsung Galaxy Tab 10.1. Difahamkan, Celcom akan melancarkan Samsung Galaxy Tab 10.1 pada sabtu ini jam 10 pagi.

Harga Samsung Galaxy Tab 10.1 yang ditawarkan Celcom adalah serendah RM99 dan RM999. (sudah tentu ada T&C nya)

Berikut adalah lokasi pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1

Plazza e@Curve, Kuala Lumpur
1st 300 customers: RM999
Lucky 20 customers: RM99

Queensbay Mall, Penang
1st 50 customers: RM999

Celcom Branch, Jalan Kempas, Johor Bahru
1st 50 customers: RM999

Difahamkan, harga promosi Samsung Galaxy Tab 10.1 ini berdasarkan kontrak 24 bulan bersama dengan Celcom Broadband Basic atau Advance.

sumber : soyacincau.com

The Samsung Galaxy Tab 10.1 has finally arrived and it’s out of this world! #samsungTabmy


p/s : agak-agaknya pukul berapa orang pertama yang membeli Samsung Galaxy Tab 10.1 tu kena beratur.


Baca seterusnya...

Apabila Kucing Bergaya Ala Prince Princess

Thursday, August 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

Jangan Biarkan Hidup Anda Berakhir Seperti Ini

Thursday, August 18, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:















Baca seterusnya...

8.17.2011

Google Maps Memang Kelakar

Wednesday, August 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Cuba lakukan ini..

Buka Google Maps dan klik Get Directions.

A - USA
B - Taiwan

Lepas tu klik Get Directions

Apabila hasil arahan sudah dipaparkan, cuba lihat arahan nombor nombor berikut :

#31
#47
#105
#135






Hahaha... kelakar kan.. Sape lah yang punyer kerja ni..







Baca seterusnya...

Panas!! Spy shots Proton Saga Cabriolet

Wednesday, August 17, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Inilah dia Proton Saga Cabriolet (tanpa bumbung) yang dijumpai di sekitar ladang tebu. Maklumat lanjut dari segi spesifikasi dan harga masih belum diumumkan secara rasmi. Mungkin ini satu projek rahsia Proton. hehe..

sumber gambar : The Star


Baca seterusnya...

IKEA Panggil Balik FÖRSTÅ Coffee/Tea Maker

Wednesday, August 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Makluman daripada laman IKEA menyatakan mereka memanggil balik produk (product recall) FÖRSTÅ Coffee/Tea maker 1L.

Kepada mereka yang sudah membeli FÖRSTÅ Coffee/Tea maker 1L itu diminta berhenti dari menggunakan produk tersebut dan pulangkan semula kepada IKEA untuk mendapatkan semula wang anda.

Difahamkan, tekanan yang dihasilkan oleh pemegang gegelang metal tersebut boleh menyebabkan jug pecah secara tiba-tiba. IKEA menerima 20 laporan berkenaan kejadian tersebut.

IKEA kindly asks customers who have a FÖRSTÅ coffee/tea maker to immediately stop using the product and bring it back to the Exchange & Returns counter at any IKEA store for full refund.

Pressure from the metal holder on the glass pot can cause it to break unexpectedly, posing a burn and laceration hazard... - IKEA.com.my


Katalog IKEA 2012 sudah diterbitkan. Boleh dilayari katalog IKEA 2012 secara atas talian. Cekidout!





Baca seterusnya...

Lagi Kes Simbah Asid - Batu 9, Cheras

Wednesday, August 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KAJANG - Seorang pemuda bukan sahaja kehilangan komputer riba malah muka dan belakang badannya turut melecur apabila disimbah sejenis cecair dipercayai asid di Batu 9, Cheras di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 11 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa yang berusia 25 tahun memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di Taman Midah, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rasyid Ab. Wahab berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa mendapati tayar keretanya pancit menyebabkan dia berhenti di tepi jalan untuk menukar tayar.

"Sejurus selepas berhenti, sebuah kereta dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kereta mangsa.

"Salah seorang daripada lelaki itu turun dari kereta dan terus menyimbah sejenis cecair ke badan mangsa," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, kedua-dua lelaki itu kemudian cuba melarikan kereta mangsa namun gagal kerana kunci kereta mangsa berada dalam poket seluarnya.

Suspek kemudian merampas sebuah komputer riba mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian.

Mangsa masih dirawat di sebuah hospital dan kecederaan di muka dan belakangnya stabil.





Dalam pada itu, Polis Kuala Lumpur semalam mengedarkan fotofit (gambar lakaran) seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan menggunakan asid di sebuah stesen minyak Shell Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi pada 26 Julai lalu.

Lakaran suspek itu diperoleh selepas polis menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dilokasi kejadian.

Polis menyeru orang ramai yang ternampak mana-mana individu menggunakan kereta Proton Wira dengan nombor pendaftaran WLC 1475 supaya tampil memberi maklumat.

Kosmo! pada 27 Julai lalu melaporkan seorang penghantar surat cedera di muka dan badan selepas disimbah asid manakala wang syarikatnya berjumlah RM18,000 dikebas sekumpulan perompak di Batu 2 1/2 Jalan Sungai Besi di sini.

Sebelum kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang mengisi minyak didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Wira.

Salah seorang suspek kemudian bertindak menyimbah asid ke arah mangsa dan merampas beg berisi wang itu sebelum melarikan diri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus Rakan Cops di talian 03-21159999. - Kosmo


Baca seterusnya...

Senarai Kopi Beracun Dan Cara Mengesan Produk Minuman Beracun

Wednesday, August 17, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berita Harian bertarikh 15 Ogos 2011 melaporkan secara exclusif bahawa terdapat 40 jenis minuman segera adalah beracun.

Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini. - Berita Harian

Berikut adalah 40 jenis minuman yang mengandungi bahan beracun tersebut :-

  1. Cafe Abang Yes
  2. Candi Gold
  3. Candy 193
  4. Extend Up Energy Drink
  5. Extremen
  6. Extrewomen
  7. Goji Guarana
  8. Goji Guarana Extra
  9. Goji More
  10. Goji Yumberry
  11. Guara Cafe
  12. HBW Ice Lemon Tea
  13. Hotton Vitality Candy
  14. Ie2 O
  15. King Cappucino
  16. Knight Cofee
  17. Kolek Cafe Power Plus
  18. Kopi Angguk
  19. Kopi Asmara,
  20. Kopi Bagus AAA
  21. Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  22. Kopi Pahlawan
  23. Kopi Super Angguk
  24. Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  25. Maca Max
  26. Macagin Ginseng Candy
  27. Mentalk Candy
  28. Nexus MXP
  29. Night Cafe
  30. Red Energizer Candy For Men
  31. Royal Beverage Maqrifatun
  32. sasanergy Drink
  33. Trica Jus
  34. Tri-Max
  35. True SR,
  36. vigor Candy
  37. Vitca-F
  38. Vitca-M
  39. Winnie Beauty V1
  40. XKL Sky Fruit Juice Premix.


Jom dapatkan duit raya RM25K hanya dengan main game deko MyRaya Maybank. Cekidout!



Bagaimana cara untuk mengesan produk minuman yang mengandungi bahan beracun ini?


  1. Produk tersebut di jual dengan harga yang tinggi
  2. Paket produk tersebut biasanya dihiasi imej erotik




sumber : al-ahkam.net (thanks)

Baca seterusnya...

8.16.2011

Video, Lirik Lagu Sajadah Panjang - Ariel Peterpan

Tuesday, August 16, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Sajadah Panjang - Ariel Peterpan




Semua tentu masih ingat kontroversi yang melanda penyanyi PeterPan iaitu Ariel sehingga menyebabkan dia dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan skandal seks nya itu.

Tapi, itu dulu. Kini Ariel dikatakan telah insaf setelah berada di dalam penjara yang sama dengan Abu Bakar Ba’asyir. Abu Bakar Ba’asyir banyak memberikan nasihat agama kepada Ariel. Keinsafan Ariel dapat dilihat dalam rancangan Islam Itu Indah (rancangan berbentuk keagamaan dari TV Indonesia) apabila Ariel dengan penuh penghayatan menyanyikan lagu Sajadah Panjang dalam versi akustik.


Lirik Lagu Sajadah Panjang - Ariel Peterpan


Ada sajadah panjang terbentang
Dari kaki buaian
Sampai ke tepi kuburan hamba
Kuburan hamba bila mati

Ada sajadah panjang terbentang
Hamba tunduk dan sujud
Di atas sajadah yang panjang ini
Di selingi sekedar interupsi


Reff:
Mencari rezeki mencari ilmu
Mengukur jalanan seharian
Begitu terdengar suara adzan
Kembali tersungkur hamba

Ada sajadah panjang terbentang
Hamba tunduk dan rukuk
Hamba sujud dan lepas kening hamba
Mengingat Dikau sepenuhnya
Mengingat Dikau sepenuhnya

Lirik : Bimbo



Baca seterusnya...

Aksi Ngeri Michael Kemeter Berjalan Atas Tali di Ketinggian 2,600 kaki

Tuesday, August 16, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Michael Kemeter, seorang warga Australia ini adalah pengemar akviti sukan ekstrem. Banyak aksi ekstremnya berjalan mengimbangi badan melalui seutas wayar.

Kali ini Michael Kemeter melakukan aksi pecah rekod lagi dimana dia berjalan di atas wayar yang menghubungkan antara dua puncak tertinggi di Australia iaitu antara rabung Pallavicini di sebelah gunung Grossglockner dan Mont Blanc di Alps pada ketinggian 2600 kaki.


Difahamkan, Michael Kemeter melakukan aksi tersebut tanpa memakai baju bagi mengurangkan geseran angin dan juga berat walaupun cuaca di puncak tersebut melebih paras beku.

Lagi gambar dan video kompilasi aksi ngeri Michael Kemeter.








Baca seterusnya...

Video Lamaran Kahwin Paling Ngerun, Jatuh Bangunan Ketika Sambut Cincin

Tuesday, August 16, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kita biasa lihat dalam cerita cinta hollywood dimana si lelaki akan tampil dengan pelbagai kejutan yang istimewa ketika melamar si gadis pujaannya. Ada yang romantik, ada yang ringkas dan ada juga yang unik dan lain dari yang lain.

Video dibawah ini pula bukan dari sedutan filem hollywood tetapi betul-betul punya lamaran kahwin yang paling ngerun. Apa tidaknya apabila si lelaki yang berada di tepi atas bumbung bangunan terjatuh ketika cuba menyambut cincin lamaran yang dilambung oleh seorang rakannya. Apa yang terjadi selepas itu? Tengok sajer video di bawah ini. Ngerun!




Baca seterusnya...

8.15.2011

Sejauh Mana Kehebatan Skill Badminton Lin Dan ?

Monday, August 15, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ramai yang masih membicarakan kekalahan Datuk Lee Chong Wei ditangan Lin Dan pada Kejohanan Badminton Dunia 2011 di Arena Tertutup Wembley, London 2,3 hari lepas.

Hebat sangat ke Lin Dan ni sehingga begitu sukar untuk ditewaskan oleh Datuk Lee Chong Wei ? Mari kita lihat video dibawah dimana Lin Dan menunjukkan skill badminton dengan memukul bulu tangkis masuk ke dalam bekas/botol bulu tangkis.




Agak kagum dengan skill yang ditunjukkan Lin Dan dalam video di atas, tapi macam sukar tuk mempercayainya. Mungkin camera trick jer kut.





Baca seterusnya...

Justin Bubur ?? Hahaha..

Monday, August 15, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ketawa terbahak-bahak aku melihat gambar di atas ni. Macam-macam ragam peniaga di Pasar Ramadhan menarik perhatian pembeli dan salah satunya adalah seperti dalam gambar di atas. Dan strategi peniaga bubur ini memang berjaya menarik perhatian apabila menggunakan nama Justin Bieber yang memang tengah popular ni dan ditukar sedikit nama itu mengikut kesesuaian produk yang dijual - bubur! Justin Bubur! Haha..

sumber gambar : emel




Baca seterusnya...

Situasi Yang Jarang Kita Lihat di Laluan Motor

Monday, August 15, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kancil di laluan motor





Kenari di laluan motor


Setakat kancil dan kenari, masih boleh diterima lagi tapi lori pun taknak kalah. Isk..isk..

sumber : The Star

Baca seterusnya...

Topi Keledar Yang Jarang Kita Lihat. Giler Cool!

Monday, August 15, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Kita biasa lihat topi keledar mempunyai satu warna atau banyak corak warna tetapi topi keledar rekaan dari sebuah firma di Kazakhstan amat menarik dan unik sekali

Apa tidaknya, topi keledar tersebut mempunyai imej yang unik. Ada yang mengandungi imej kepala manusia berambut siap dengan cuping telinga, imej otak manusia, buah tembikai dan sebagainya.



Memang menarik dan cool. Idea rekaan sebegini tentu dapat menarik orang ramai untuk memakai topi keledar dan bergaya dengan rekaan yang unik. Cuba bayangkan jika anda memakai topi keledar berimej tembikai. Tentu orang ingat anda menggunakan tembikai sebagai helmet. Ataupun pakai topi keledar berimej kepala botak sedangkan anda tak botak pun. Cool bukan. hehe..



Lagi gambar pelbagai imej topi keledar yang unik dan menarik.













sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik