8.11.2011

Seri Najwa Ferda Binti Hassan Telah Ditemui Oleh Polis

Thursday, August 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pernah lihat poster Seri Najwa Ferda Binti Hassan seperti di atas? Difahamkan, Seri Najwa Ferda Binti Hassan yang hilang itu telah ditemui oleh pihak polis.

Cuma yang menimbulkan tanda-tanya sekarang ni ialah di mana Seri Najwa dijumpai dan adakah betul Seri Najwa diculik?

Jika ada pihak yang mengetahui, sudilah kiranya berkongsi dengan semua sebagai pengajaran dan pencegahan.

Maklumat lanjut ada di laman facebook Budak Hilang ~ Tolong Sebarkan


Baca seterusnya...

Video Temuramah Asyraf Haziq Rosli

Thursday, August 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Baca seterusnya...

Jesse, Anjing Cerdik Yang Mampu Buat Kerja Rumah Termasuk Tolak Troli Pasaraya

Thursday, August 11, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anjing ini diberi nama Jesse. Jesse mungkin antara anjing cerdik yang mampu meringankan kerja rumah tuannya.

Apa tidaknya, hampir semua kerja-kerja rumah seperti melipat tuala, membeli belah di pasaraya malah bancuh teh dan bakar roti pun mampu dibuatnya.

Semua aksi Jesse telah dirakam oleh tuannya dan dimuatnaik ke youtube. Difahamkan, video anjing Jesse ini menjadi sensasi dan mungkin Jesse boleh dikatakan Superstar youtube dikalangan anjing kut.hehe

Layan video aksi Jesse membuat kerja rumah dengan baca seterusnya. Paling comel dan lawak masa Jesse tolak troli. hehe..






Baca seterusnya...

8.10.2011

Gambar Terkini Asyraf Haziq Rosli

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini gambar Asyraf Haziq Rosli yang terlantar di Royal London Hospital. Kelihatan disebelah Asyraf adalah Datuk Mukhriz Mahathir yang kebetulan berada di London dan datang melawat. Difahamkan, gambar ini dirakam ketika Asyraf Haziq sedang menunggu untuk menjalani pembedahan merawat rahangnya yang patah.



“Mohd Asyraf berada dalam semangat yang sangat tinggi walaupun cedera dan memerlukan pembedahan untuk membetulkan semula rahangnya. Dia kini sudah boleh bercakap semula.

“Bagaimanapun dia masih tidak dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai kejadian itu kerana ia berlaku terlalu pantas," kata Datuk Mukhriz Mahathir.

Satu laman web khas untuk membantu Asyraf telah dihasilkan. Laman web yang dinamakan “Let’s Do Something Nice For Ashraf” (www.somethingniceforashraf.tumblr.com) telah diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada pelajar tersebut. Laman web itu menyeru para pelawat agar melontarkan idea apa yang perlu mereka berikan kepada Mohd Ashraf sebagai tanda sokongan moral. Laman web itu dipercayai dihasilkan oleh warga British yang turut simpati atas nasib Asyraf dan malu atas tindakan tidak berperikemanusian yang dilakukan oleh warganya sendiri.





Laman web tersebut boleh di akses di url http://somethingniceforashraf.tumblr.com/

Stesen televisyen Sky News telah melaporkan, pihak berkuasa telah mengenalpasti salah seorang penyerang Mohd Ashraf apabila imejnya dirakamkan oleh CCTV ketika kejadian itu.


Untuk makluman, Asyraf Haziq Rosli adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London yang mengalami kecederaan akibat diserang dan dirompak oleh perusuh-perusuh di London ketika beliau keluar untuk berjumpa rakannya untuk berbuka puasa. Akibat kecederaan tersebut, Asyraf sukar untuk bercakap dan mengunyah makanan. Berita lengkap di sini.

Sama-samalah kita doakan kesihatan Asyraf Haziq cepat sembuh dan pulih dari trauma.

sumber : Daily Mail



Baca seterusnya...

6 Negeri Bagi Bonus Setengah Bulan Kepada Kakitangan Awam

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini mungkin atau memang berita baik untuk penjawat awam atau kakitangan awam yang berada di 6 negeri berikut iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut laman Berita TV3, kerajaan negeri bagi keenam-enam negeri tersebut bersedia memberi setengah bulan bonus kepada penjawat awam di negeri masing-masing sempena Aidilfitri ini.

Ini bermakna, penjawat awam keenam-enam negeri tersebut mendapat bonus sebulan gaji iaitu setengah dari kerajaan pusat dan setengah lagi dari kerajaan negeri. Wah..raya sakan aa mereka tahun ni.hehe


Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka hari ini mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.

Di Terengganu, bonus itu akan dinikmati 20,000 kakitangan termasuk pekerja badan berkanun, membabitkan peruntukan keseluruhan RM10 juta.

Di pahang, bilangan penerima 12,570 orang.

6,000 penjawat awam di Kelantan dengan kos RM5 juta.

4,800 penjawat awam di Negeri Sembilan dengan kos RM4.8 juta manakala Perak dan Melaka, masing-masing memperuntukkan RM6.5 juta dan RM3.2 juta untuk tujuan yang sama. - Berita TV3






Baca seterusnya...

Kadar Zakat Fitrah 2011 / 1432H

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jadual di bawah adalah jadual kadar zakat fitrah bagi tahun 2011 / 1432H untuk semua negeri-negeri di Malaysia. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri dikeluarkan oleh pusat zakat negeri masing-masing.


sumber gambar : wazy84.com

Info mengenai zakat fitrah dengan baca seterusnya.


PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.


SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH


Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

WAKTU WAJIB
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL
Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT
Sepanjang bulan Ramadhan

WAKTU MAKRUH
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM
Selepas terbenam matahari satu Syawal


Selamat menjalani ibadah zakat.


Baca seterusnya...

Stroller Bayi Yang Jarang Kita Lihat

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

Video, Gambar Pelajar Malaysia Cedera Rusuhan di London

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah dia gambar pelajar Malaysia kita iaitu Asyraf Haziq Rosli yang dilaporkan mengalami kecederaan akibat dirompak dan dibelasah oleh sekumpulan perusuh.

Difahamkan Asyraf Haziq diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London. Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya itu.

Untuk makluman, Asyraf Haziq Rosli adalah pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London. Keluarga Asyraf Haziq juga yang berasal dari Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Baca seterusnya untuk menyaksikan video Asyraf Haziq Rosli diserang perusuh.







Baca seterusnya...

Berhati-hati Membeli Juadah Berbuka di Pasar Ramadhan

Wednesday, August 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apabila tiba bulan puasa, memang ramai yang mengambil peluang untuk berniaga di bulan puasa. Rata-rata memilih untuk menjual juadah berbuka dan tidak kurang juga mencuba meniaga pakaian hari raya.

Jika kita ke pasar ramadhan (atau lebih dikenali PARAM), memang bisa buat kita rambang mata dan kalau boleh semua juadah kita nak beli. Maklumlah perut tengah lapar masa tu, semua juadah nampak menyelerakan.

Tapi tahukah anda bahawa juadah berbuka puasa di PARAM boleh membuatkan nyawa anda melayang. Kenapa tak percaya?

Cuba baca keratan berita dari Berita Harian 10 ogos 2011,

Murid mati makan juadah berbuka


2011/08/10

Enam turut alami muntah, cirit birit

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.



Jadi kepada mereka yang gemar membeli juadah di PARAM, diharap berhati-hati dalam memilih gerai makanan. Begitu juga peniaga-peniaga di PARAM, silalah berlaku jujur dengan tidak menjual makanan tercemar ataupun makanan yang tidak laku semalam dijual pula hari berikutnya. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata.



Baca seterusnya...

8.09.2011

Van Mini Milo Kehabisan Stok, Ramai Mengamuk di Fanpage Milo

Tuesday, August 09, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Bagi pengumpul koleksi van mini milo tentu sedia maklum yang milo sekarang sedang memberikan van mini milo percuma dengan menebus bar kod produk milo mengikut kategori yang ditetapkan.

Ramai yang mengidam untuk memiliki koleksi van mini milo tersebut, tentu telah berusaha dan meluangkan masa untuk mengumpul bar kod bar kod produk milo tersebut.

Pada 5hb ogos 2011 lalu, pusat penebusan van mini milo mula dibuka di lokasi yang telah ditetapkan. Bagaimanapun telah berlaku beberapa masalah yang mana mengundang kemarahan orang ramai yang mahu menebus van mini milo seperti dijanjikan. Kemarahan orang ramai ini dapat dilihat di fanpage Milo.




Ramai yang tidak berpuas hati kerana stok van mini milo tidak mencukupi dan tidak mampu menampung permintaan orang ramai. Masing-masing meluahkan kemarahan mereka di fanpage tersebut sehingga memaksa Milo membatalkan semua pusat penebusan serta-merta di lokasi yang telah ditetapkan sebelum ini. Maknanya, hanya satu tempat penebusan sahaja yang akan dibuka iaitu Pusat Penebusan Khas di Taman Mayang, Kelana Jaya. Mereka yang berada jauh dari tempat tersebut perlu menebus secara pos. Stok baru pula dijangka mengambil masa 16-20 minggu. Ini menambahkan lagi kemarahan mereka.




Cerita lanjut boleh lah baca di fanpage Milo.





Ini gambar yang aku rakam di Taman Mayang, Kelana Jaya pada jam 9.40 pagi 8hb ogos. Ketika ini orang ramai beratur sementara menunggu pusat penebusan van mini milo dibuka jam 10 pagi.


Ini pula status terkini pagi 9hb ogos 2011. Model van mini milo Y1 telah habis ditebus. Difahamkan, ramai yang kecewa sebab koleksi mereka tak cukup satu.



p/s : fuhh.. seb baik aku berjaya redeem kesemua 4 model van mini milo tersebut. Boleh baca pengalaman aku di sini.





Baca seterusnya...

Ibu-Ibu Bapak-Bapak, Jangan Buat Anak Anda Camni Yer (III)

Tuesday, August 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Iklan Kreatif Yang Jarang Kita Lihat

Tuesday, August 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

Alfie, Si Kuda Jantan Bermisai Panjang

Tuesday, August 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Baru aku tahu rupanya kuda juga mempunyai misai. Dan kuda dalam gambar di atas iaitu Alfie namanya, mungkin merupakan kuda yang mempunyai misai terpanjang di Britain.

Sebenarnya, misai kuda akan dipotong setiap enam bulan tetapi si Afie dan Abah Alfie ni pandai pulak mengelak bila nampak tuan dia bawak gunting. Dia tahu tuan dia nak potong misai dia.

Difahamkan, panjang misai Alfie ialah 17.7 sentimeter.

Takpelah Alfie, nak simpan misai tu simpan lah cuma nampak cam kelakar jer bila kuda ada misai.







sumber gambar : Daily Mail




Baca seterusnya...

8.08.2011

Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam

Monday, August 08, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Bernama

p/s : raya sakan aa penjawat awam tahun ni.. hehe kenyit



Baca seterusnya...

Video CCTV Taktik Curi Kad ATM di Bank

Monday, August 08, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video di bawah ini adalah rakaman CCTV di tempat mesin ATM di sebuah bank. Tidak pasti dimana lokasi bank ini tapi yang pasti ia adalah bank Maybank di Malaysia.

Dalam video di bawah ini memaparkan bagaimana taktik sindiket mencuri kad ATM. Kelihatan seorang lelaki sedang mengintai no PIN mangsa ketika mangsa mengeluarkan wang di mesin ATM. Kemudian salah seorang rakan sindiket datang menghampiri mangsa, menjatuhkan barang miliknya dan meminta mangsa mengambil barang tersebut. Apabila mangsa cuba mengambil barang tersebut, dengan sepantas kilat lelaki yang mengintai di belakang mangsa tadi menyambar ATM kad dan seterusnya berlalu pergi.

Saksikan video tersebut di bawah dan berhati-hatilah apabila anda mengeluarkan wang di mesin ATM.




sumber : youtube(poppayonkie)





Baca seterusnya...

Video, Gambar Apartmen Paling Kecil di AS Milik Luke Clark Tyler

Monday, August 08, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
MANHATTAN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah apartmen dipercayai yang terkecil di AS, cuma seluas 7.2 meter persegi, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kediaman tersebut yang dimiliki seorang arkitek, Luke Clark Tyler tidak memiliki dapur atau bilik mandi kerana kesempitan ruang.

Dikenali sebagai 'rumah kotak kasut', apartmen berkenaan dilengkapi sebuah katil sofa, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini yang dipasang pada meja tempat dia bekerja.

Tyler, 27, berkongsi bilik air dan tandas dengan tiga pemilik apartmen lain di sebuah bangunan apartmen di pusat bandar di sini.

Dia menyewa apartmen mini itu pada harga cuma AS$800 (RM2,406) sebulan.

Sewa tersebut dianggap murah berikutan harga hartanah di sini yang melambung tinggi. - Agensi


Lagi gambar dan video apartmen paling kecil di AS.


















sumber gambar & video : Daily Mail


Baca seterusnya...

8.07.2011

Raksasa Wanita di Tengah Tasik

Sunday, August 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika anda berkunjung ke Bandar Hamburg, Jerman sebelum 12 ogos ini, jangan terkejut jika ternampak raksasa wanita mandi di tengah-tengah Tasik Picturesque Alster.

Difahamkan, patung raksasa wanita ini digelar The Bather dan dicipta oleh Oliver Voss, ketua akademi pengiklanan Sekolah Miami Ad. Diperbuat daripada besi keluli dan styrofoam, patung raksasa itu mencecah ketinggian 3.9m dan panjang 29.4 m, bagaimanapun, hanya kepala dan kepala lutut yang muncul di permukaan tasik tersebut.

Kehadiran patung itu di tengah-tengah tasik tersebut berjaya menarik orang ramai berkunjung ke tasik tersebut dan ada juga yang berkayak atau menaiki sampan mendekati patung itu dengan lebih dekat.

Patung itu hanya dipamerkan selama 10 hari sahaja sehingga 12 ogos ini.

Lagi gambar raksasa wanita di tengah tasik dengan baca seterusnya.










sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Tema Ramadhan Terakhir - Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin

Sunday, August 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Tema Ramadhan Terakhir - Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin




Lirik Lagu Tema Ramadhan Terakhir - Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku men’cintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati


Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu


p/s : Pompa Bensin = Pam Minyak


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik