8.04.2011

Seorang Penerjun (Base Jumper) Nyaris Maut

Thursday, August 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang pengemar aktiviti base jumping nyaris maut apabila payung terjun nya tidak berfungsi seketika.

Lelaki Australia yang hanya mahu dikenali sebagai Lucky Chance, sedang filemkan lompatan ke-100 beliau di kawasan yang dipanggil 'Death Swing', Australia Blue Mountains.



Sebaik sahaja berjaya membuat terjunan, payung terjun miliknya tidak berfungsi dan menyebabkan lelaki tersebut jatuh berpusing-pusing.

Bagaimanapun, nasibnya baik apabila payung terjun itu tiba-tiba berfungsi kembali sebelum lelaki tersebut jatuh ke tanah. Lucky Chance berjaya mendarat dengan selamat.

Saksikan video mencemaskan apabila payung terjun seorang penerjun base jumper tidak berfungsi dengan baca seterusnya.









Baca seterusnya...

Mentega Golden Churn Tidak Halal - ada DNA babi

Thursday, August 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.

Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. - Berita Harian


Baca seterusnya...

Cara Mudah Mencari Muka Surat Setiap Juzuk Dalam Al-Quran

Thursday, August 04, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Sekadar berkongsi tips yang diterima dari emel. Moga kita mendapat mafaat dari tips ini.

Cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.



Baca seterusnya...

Ibu-Ibu Bapak-Bapak, Jangan Buat Anak Anda Camni Yer.. (II)

Thursday, August 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

8.03.2011

The Kingdom Tower, Menara Tertinggi di Dunia Bakal Dibina

Wednesday, August 03, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah rupa The Kingdom Tower yang bakal dibina oleh kerajaan Arab Saudi di utara bandar Laut Merah Jeddah. The Kingdom Tower jika berjaya dibangunkan, dengan ketinggian 3,280 kaki (1401 meter) akan menjadi menara tertinggi di dunia mengatasi ketinggian Burj Khalifa dan Mubarak Tower.

Putera Alwaleed bin Talal berkata, beliau telah menandatangani satu perjanjian untuk membina Kingdom Tower yang akan dibangunkan oleh Saudi BinLaden Group.


The Kingdom Tower bakal dilengkapi hotel, apartmen servis, kondominium mewah dan pejabat. Dijangkakan untuk sampai ke tingkat paling atas dengan menggunakan lif bakal mengambil masa 12 minit.



Model Kingdom Tower di sebelah Putera Alwaleed bin Talal .







Baca seterusnya...

Video Datuk Bandar Musnahkan Kereta Salah Parking Dengan Kereta Perisai

Wednesday, August 03, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika anda berkunjung ke Lithuania, ibu negara Vilnius, jangan sesekali meletakkan kenderaan anda di tempat yang tidak dibenarkan meletakkan kenderaan. Jika melanggar peraturan tersebut, kereta anda akan dipenyek oleh kereta perisai yang dinaiki Datuk Bandar tersebut.

Ya, itulah tindakan Datuk Bandar Arturas Zuokas yang sudah tidak tahan dengan sikap pemilik-pemilik kenderaan mewah yang sesuka hati mereka meletekkan kenderaan di bahu-bahu jalan tanpa memikirkan sensitiviti pengguna jalan raya yang lain.


Kelihatan Datuk Bandar sedang memenyek sebuah Mercedes S-kelas yang diletak di bahu jalan iaitu di kawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan.


Inilah pemilik kereta Mercedes S-kelas tersebut yang berputih mata kerana keretanya musnah sama sekali.

‘I wanted to send a clear message that people with big and expensive cars can't park wherever they feel like and ignore the rights of pedestrians and bike riders.

‘It shows a lack of respect and won't be tolerated. Of course, you have to have a sense of humour in my line of work and I thought this would be a way of drawing attention to the fact that the city intends to be proactive in its fight against illegal parking.’ - Arturas Zuokas
Saksikan video Datuk Bandar memusnahkan kereta Mercedes S-kelas dengan baca seterusnya




sumber : Daily Mail

p/s : Kalau Datuk Bandar KL ni tiru idea ni, konpem takde berani yang parking sesuka hati. haha

Baca seterusnya...

Senarai Buffet Ramadhan 2011 (Download)

Wednesday, August 03, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Setiap kali tiba bulan Ramadhan, banyak restoran dan hotel menyediakan buffet Ramadhan.

Aku ada menerima senarai Buffet Ramadhan 2011 melalui emel. Elok kiranya aku kongsikan di blog ini untuk mereka yang sedang mencari-cari senarai harga Buffet Ramadhan 2011. Dalam fail senarai Buffet Ramadhan, banyak disenaraikan hotel-hotel dan restoran yang menyediakan buffet Ramadhan untuk tahun 2011 ini. Ada yang murah ada yang mahal, terpulang kepada anda.

Anda boleh muaturun (download) Buffet Ramadhan 2011 dalam format PDF di sini.

Buffet Ramadhan 2011.pdf

Selamat menunaikan ibadah puasa.





Baca seterusnya...

Arca Lukisan Terkenal Diperbuat dari Belon

Wednesday, August 03, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
















Baca seterusnya...

Ibu-Ibu Bapak-Bapak, Jangan Buat Anak Anda Camni Yer

Wednesday, August 03, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

8.02.2011

Video Iklan Ramadhan 8TV

Tuesday, August 02, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

Video Ular Tiba-tiba Muncul di Cermin Depan Kereta SUV

Tuesday, August 02, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pernah tak anda bayangkan, anda memandu laju di lebuhraya atau dijalanraya, tiba-tiba muncul seekor ular di melekat di cermin depan kereta anda. Ular itu kemudian merayap-rayap di depan cermin tersebut. Tentu anda terkejut bukan dan mungkin terbabas atau kemalangan kerana terlampau terkejut.

Itulah yang berlaku kepada seorang ibu muda beranak tiga. Ketika dia memandu pulang ke rumahnya setelah melawat ibubapanya, dia terkejut apabila tiba-tiba muncuk seekor ular di depan cermin kereta SUV milik suaminya. Ketika itu suaminya berada di sebelahnya, segera mengeluarkan telefon untuk merakam video.




Bagaimanapun, tiada kemalangan berlaku walaupun ibu muda itu terkejut. Dia memandu seperti biasa. Lebih kurang 3-5 minit ular itu merayap-rayap, kemudian ia terjatuh hilang entah kemana. Aksi ular tersebut berjaya dirakam oleh suami ibu muda tersebut dan memuatkan video tersebut di Youtube dan seterusnya menjadi video sensasi.

Suami ibu muda itu percaya, ular itu menyelinap masuk ke dalam enjin kereta SUV mereka ketika kereta tersebut diletakkan di kawasan berkayu pada malam itu. Dan apabila kawasan enjin panas, ular itu merayap keluar.

Saksikan video ular merayap depan cermin kereta ibu muda tersebut dengan baca seterusnya.









Baca seterusnya...

Fan Yang, Pakar Buih Belon Cipta Rekod Baru

Tuesday, August 02, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

BEIJING - Pakar belon buih, Fan Yang dari Kanada memecahkan rekodnya sendiri apabila seramai 150 orang berada di dalam buih belon yang dihasilkannya dalam satu pertunjukan di Beijing kelmarin.

Rekod lamanya ialah 100 orang berada di dalam buih belon yang dibuatnya dalam program televisyen popular, Oprah Winfrey Show pada 2008.

Dia yang kini menetap di New York telah membuat persembahan buih belon selama 20 tahun. - Agensi

Lagi gambar Fan Yang dengan pertunjukkan buih dengan baca seterusnya.













Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik