7.23.2011

David Beckham Dalam "Take Two With Phineas and Ferb"

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pernah tengok siri kartun Phineas and Ferb? Tentu ramai yang suka dengan siri kartun Phineas and Ferb sebab lucu dengan keletah watak-watak kartun dalam siri tu. Setiap episod ada sahaja ciptaan inovatif yang tak masuk akal dicipta oleh Phineas and Ferb.

Dalam video di bawah ni, Phineas and Ferb ada "talk show" ala ala David Letterman yang diberi nama "Take Two With Phineas and Ferb". Tetamu mereka adalah David Beckham. Ada satu babak tu David Beckham makan serangga eksotik setelah di tawarkan $10 oleh Phineas. Makan pisang guna kaki. Haha..memang lawak betul video ni..






Baca seterusnya...

SuperChef - Periuk Serbaguna Yang Boleh Masak Apa Sahaja

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Periuk serbaguna ini diberi nama SuperChef. Sesuai dengan namannya, periuk ini boleh digunakan untuk memasak apa sahaja jenis masakan. Periuk SuperChef boleh digunakan untuk mengoreng, membakar dan mengewap (steam).

The gadget can be set to prepare, for example, a steaming stew, pasta dish or a whole roast chicken.

It has 11 cooking functions, which include steaming, frying and baking, as well as a special rice and pasta mode.

Users simply place their ingredients in a removable aluminium bowl, which is non-stick and allows for even heat distribution.

For frying, oil is needed. And for steaming or boiling, the user must add water. - Daily Mail






Baca seterusnya...

Lirik Lagu Lelaki Seperti Aku - Alif Satar

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,

Lirik Lagu Lelaki Seperti Aku - Alif Satar

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Perhatian pengguna Digi! Cekidaut yaw!





Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu



Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

sumber lirik : liriklagu.biz (thanks)

Katakan Tidak Pada SMS!





Jom vote design tin Nescafe kesukaan anda! Jom!

Sambil tweet sambil buat duit. Jom join ChurpChurp


p/s : Thanks to Hanif Razali atas information yang diberi






Baca seterusnya...

Kapal Persiaran Mewah History Supreme RM13 Bilion Milik Robert Kuok?

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Berita dari Daily Mail sebelum ini melaporkan seorang ahli perniagaan misteri dari Malaysia telah membeli sebuah kapal persiaran paling mewah di dunia iaitu kapal History Supreme yang bernilai AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Kapal History Supreme dikatakan paling mewah kerana keseluruhan badan kapal tersebut dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu. Manakala bilik tidur utamanya pula dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Akibat pendedahan itu, ramai tertanya-tanya siapakah ahli perniagaan misteri dari Malaysia tersebut.


Semalam dalam laporan laman thejournal i.e di Ireland mendedahkan ahli perniagaan misteri tersebut adalah Robert Kuok yang lebih dikenali Raja Gula di Malaysia ini.

Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.

Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Untuk makluman, Robert Kuok menduduki tangga teratas dalam senarai Orang Paling Kaya di Malaysia setakat ini.









sumber gambar : Daily Mail
sumebr berita : Kosmo


Baca seterusnya...

Gangguan Internet 16-31 Julai 2011 Kerana TM Naik Taraf Rangkaian

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin memaklumkan kepada pelanggan-pelanggan kami bahawa kami akan menaik taraf rangkaian kami bagi terus mempertingkatkan prestasi rangkaian dan kualiti perkhidmatan kami.

Pada 25-31 julai 2011 ini, seluruh negara akan mengalami gangguan internet.

1) Sambungan Internet perlahan semasa mengakses laman-laman web antarabangsa yang dihoskan di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara.

2) Pelanggan yang menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dan aplikasi-aplikasi perniagaan kritikal yang linked to Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara akan mengalami gangguan perkhidmatan.

Maklumat lanjut dan jadual poenyelenggaraan di kawasan tertentu, boleh rujuk di laman TM.


Baca seterusnya...

Kepada Ahli Nuffnang, Laman Nuffnang diHack, Database Akaun Pengguna Disebarkan

Saturday, July 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Pagi ni dapat tahu laman web Nuffnang telah digodam (hack) oleh GaySec.

Satu database yang mempunyai rekod akaun pengguna nuffnang telah dilepaskan kepada umum melalui laman GaySec tersebut. Di dalam kandungan database itu mengandungi alamat emel akaun pengguna dan password yang ditelah dienkrip. Walaupun password tersebut telah dienkrip, tetapi GaySec telah memberi hint bagaimana untuk dekrip password tersebut. Jadi, peluang untuk orang lain tahu password anda amat cerah.

Apa yang perlu anda buat jika anda ada akaun Nuffnang, TUKAR PASSWORD anda secepat yang mungkin. Jika password yang anda gunakan pada akaun nuffnang, juga turut digunakan untuk akaun-akaun lain terutamanya online banking, sila tukar password online banking anda.

Bertindak segera sebelum parah.

Maklumat lanjut mengenai pengodaman laman Nuffnang tersebut boleh di baca di Amanz.my.

p/s : Aku dah download database tersebut, nasib baik rekod aku tiada dalam database tersebut. Fuhh..lega... (tapi aku dah tukar password tuk langkah-langkah keselamatan)




Baca seterusnya...

7.22.2011

Mendayung Sampan Di Tasek Atas Bumbung Bangunan

Friday, July 22, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Sebut sahaja tasek tentu kita terbayang ia satu tempat yang dulunya adalah kawasan lombong, tetapi berbeza dengan tasek yang satu ini. Tasek ini dibina di atas bumbung bangunan pusat beli belah Selfridges, UK.

Tasek ini mengandungi air bewarna hijau dan siap dengan bar koktail. Anda boleh mendayung sampang di dalam tasek tersebut sambil melihat pemandangan sekitar kawasan tersebut.

Tengok gambar pun dah syok apatah merasainya sendiri. Lagi gambar dengan baca seterusnya.








sumber : Daily Mail




Baca seterusnya...

Isu Barbican - Majlis Fatwa Kebangsaan Putuskan Bukan Arak

Friday, July 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam. - Kosmo



Baca seterusnya...

7.21.2011

Encik, Tak Boleh Parking di Sini

Thursday, July 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

7.20.2011

Syarat Pinjaman PTPTN Perlu Miliki Akaun SSPN

Wednesday, July 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
PUTRAJAYA: Para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta jika ingin memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) diwajibkan memiliki akaun Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN) mulai tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diwajibkan bagi menggalakkan budaya menabung sebagai persediaan membangunkan kelestarian PTPTN seiring dengan pelancaran semula SSPN.

"Pelajar dan orang ramai digalakkan membuka akaun dengan simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa di cawangan bank terpilih bagi memudahkan urusan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN," katanya selepas merasmikan Seminar PTPTN bersama IPT, Majlis Pelancaran Semula SSPN dan Penyerahan Endowment Pendidikan di sini, Rabu.


Pada 2009 hingga 2011, syarat membuka akaun SSPN sebanyak RM20 tidak lagi dilaksanakan kepada pemohon PTPTN bagi membolehkan semua pelajar layak memohon pinjaman itu.

Dalam pada itu menurut Mohamed Khaled, proses untuk membuka akaun tersebut pada hari ini jauh lebih mudah berbanding tahun sebelumnya.

"Kalau dulu, nak buka akaun mengambil masa sehingga 14 hari tetapi hari ini, proses akan diselesaikan dalam tempoh sehari," ujarnya.

Bagi memudahkan urusan permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN, Khaled Nordin berkata, para pelajar digalakkan membuka akaun menerusi Maybank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Agro Bank, Bank Islam (BIMB), Bank Rakyat dan CIMB Bank.

Katanya, sejak akaun SSPN diperkenalkan pada 2004, sebanyak 990,000 akaun telah dibuka dengan kutipan deposit mencecah RM465 juta sehingga 2009.

Bagaimanapun, pada Januari hingga Jun tahun ini, kutipan deposit sebanyak RM41 juta dicatatkan menerusi pembukaan 21,000 akaun.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamed Khaled memberitahu PTPTN akan menentukan kriteria pelajar dari golongan miskin yang layak menerima bantuan pembiayaan pendidikan menerusi program sumbangan korporat (endowment).

"Sehingga kini, sumbangan daripada badan-badan korporat mencecah RM2 juta. Jadi segalanya terpulang kepada PTPTN untuk menguruskan dana dan mengenalpasti kriteria pelajar yang layak mendapat bantuan ini," katanya.

Jelas beliau, kaedah itu merupakan satu usaha baik bagi mana-mana badan korporat untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka menyalurkan sumbangan kepada sektor pengajian tinggi.

"Jika sebelum ini, sumbangan yang ingin disalurkan tidak sampai kepada sasaran tepat, mereka boleh bekerjasama dengan PTPTN untuk membantu golongan tidak bernasib baik melanjutkan pelajaran," jelasnya.

Khaled Nordin berkata, pemilihan di peringkat awal pelajar yang layak menerima sumbangan di bawah program itu mungkin boleh ditentukan pada September ini.

Terbaru, PTPTN menerima sumbangan bernilai RM250,000 daripada badan korporat seperti Kuwait Finance House dan AmIslamic Bank Berhad untuk program tersebut. - mStar Online



Baca seterusnya...

Macam-Macam Rekabentuk Tandas

Wednesday, July 20, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

Rekaan Kreatif Yang Jarang Kita Lihat

Wednesday, July 20, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik