7.15.2011

Pindaan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010)

Friday, July 15, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menguatkuasa Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) mulai Jun 2011. Antara perkara yang terkandung di dalam pindaan akta tersebut ialah:

Peranan Penyewa (Pengguna)

  1. Membayar ansuran seperti tercatat di dalam perjanjian
  2. Tidak mengalihkan atau menjual barang tanpa kebenaran daripada pemunya
  3. Menyimpan kad jaminan, resit dan surat yang berkaitan Perjanjian Sewa Beli
  4. Memastikan kandungan perjanjian adalah sama dengan maklumat di dalam Jadual Kedua Bahagian 1
  5. Jangan menandatangani Borang Perjanjian Sewa Beli atau dokumen kosong
  6. Sekiranya barangan hilang atau diambil daripada milikan, pastikan diberitahu kepada pemunya dalam tempoh 14 hari dari tarikh barang tersebut hilang atau diambil
  7. Penyewa mesti mematuhi Perintah Mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut.

Hak Penyewa (Pengguna)




  1. Terima notis (Jadual Kedua) sebelum tandatangan perjanjian
  2. Memastikan borang atau dokumen lengkap dengan maklumat sebelum borang ditandatangani
  3. Boleh menamatkan perjanjian dengan memulangkan barang dan bayar ganti rugi kepada pemunya (jika ada)
  4. Berhak mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar barang terpakai. Di bawah Sek. 4G perlu laporan PUSPAKOM dan perakuan secara bertulis daripada pihak penjual
  5. Terima salinan perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menandatangani perjanjian
  6. Terima notis Jadual Keempat dan Notis dibawah Perenggan 3 bagi pengambilan semula milikan
  7. Terima notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas barang tersebut diambil milikan oleh pemunya
  8. Berhak membuat penyelesaian awal ke atas perjanjian tersebut dan mendapat rebat sepatutnya. Terima notis pemberitahuan tarikh lelongan awam sekurang-kuranganya 14 hari dari tarikh tersebut.
  9. Berhak untuk menjelaskan semua bayaran yang dikenakan oleh pemunya
  10. Berhak untuk membuat penamatan dalam masa 21 hari Notis Jadual 5 dikeluarkan oleh pemunya
  11. Berhak untuk memperkenalkan pembeli baru kepada pemunya.
  12. Berhak mengarahkan pemunya memulangkan barang setelah menjelaskan semua bayaran yang sepatutnya
  13. Berhak mendapat baki wang hasil daripada jualan lelong barang (jika ada)

Peranan Pemunya (Bank)

  1. Membekalkan dokumen perjanjian dan dokumen berkaitan yang dilengkapkan dengan butiran maklumat
  2. Menyerahkan Kad Pendaftaran Kenderaan kepada penyewa apabila dimohon secara bertulis
  3. Menyampaikan salinan memorandum atau nota perjanjian dalam tempoh 21 hari selepas menerima permohonan bertulis daripada penyewa sebelum pembayaran akhir
  4. Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
  5. Menyerahkan satu salinan polisi kepada penyewa dalam masa 7 hari
  6. Tidak boleh mengutip fi tempahan melebihi 1% daripada harga tunai barang
  7. Memulangkan 90% daripada bayaran fi tempahan jika terdapat pembatalan tempahan
  8. Tidak boleh mengutip deposit kurang 10% daripada harga tunai termasuk fi tempahan
  9. Melantik pemegang Permit Agen Perolehan Semula yang dikeluarkan oleh Pengawal untuk aktiviti pengambilan semula milikan
  10. Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
  11. Memberi opsyen kepada penyewa sama ada memilih kadar tetap atau kadar berubah-ubah bagi caj-caj terma
  12. Telah member Notis Jadual Keempat, Notis Peringatan dan Notis Jadual Kelima di bawah Peraturan
  13. Mengeluarkan Notis Lelong 14 hari kepada penyewa sebelum lelongan dijalankan
  14. Jika jumlah ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut maka pengambilan semula milikan boleh dibuat setelah mendapat Perintah Mahkamah

Hak Pemunya (Bank)

  1. Pemunya boleh mengambil semula milikan barang jika penyewa gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali berturut-turut atau ansuran terakhir. Jika penyewa telah meninggal dunia atau berlaku 4 kali engkar berterusan
  2. Perlu membuat pengesahan terhadap pengambilan barangan itu dengan memberikan kepada penyewa dokumen pengambilan semula barangan dan tarikh, masa serta alamat tempat barang diambil
  3. Berhak melupuskan barang yang diambil semula selepas tamat tempoh 21 hari Jadual Kelima diberikan kepada penyewa
  4. Pemunya boleh mengambil semula barang melalui Perintah Mahkamah jika penyewa telah gagal membayar ansuran bulanan tetapi ansuran bulanan yang terbayar melebihi daripada harga tunai barang tersebut
  5. Pemunya menyediakan insuran tahunan pertama untuk pinjaman kenderaan dan bagi barangan bukan kenderaan selama tempoh pinjaman
  6. Boleh mengambil semula milikan barang tanpa kehadiran penyewa jika penyewa:
    1. - Melakukan pelupusan secara fraud
    2. - Memindahkan barang ke alamat baru tanpa memaklumkan kepada pemunya
    3. - Menggunakan barang bagi tujuan melanggar undang-undang.
  7. Berhak mengutip deposit minimum:
    1. - 10% secara tunai termasuk fi tempahan
    2. - Dalam bentuk barang-barang ada nilai dagang

Peranan Penjamin

  1. Menjadi penjamin kepada penyewa
  2. Memastikan penyewa mematuhi Perjanjian Sewa Beli
  3. Membantu pemunya mengesan untuk mendapatkan semula barangan

Hak Penjamin

  1. Pihak penjamin berhak mendapatkan perintah mahkamah terhadap penyewa
  2. Berhak untuk ditanggung rugi oleh penyewa terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat oleh pemunya atas jaminan
  3. Berhak untuk menyuruh penyewa membayar ansuran berhubung dengan Perjanjian Sewa Beli

Hak Penjual

  1. Jika tempahan dibatalkan, penjual berhak mengenakan ganti rugi sebanyak 10% daripada tempahan.

Deivigarani Krishna
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

sumber : konsumerkini.net





Baca seterusnya...

7.14.2011

55 Penyakit Kritikal Di Bawah Skim Pengeluaran Kesihatan KWSP

Thursday, July 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.

"Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.



Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit.

Azlan berkata pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.

Beliau berkata bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan.

"Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota," katanya.

Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan.-BERNAMA




Baca seterusnya...

Artis Cipta Gambar Guna Rubik Kiub. Cool!

Thursday, July 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Percaya atau tidak, percayalah..bahawa gambar-gambar di atas dihasilkan dari susunan beribu-ribu rubik kiub.












Baca seterusnya...

Dua Suri Rumah Disamun Ketika Berborak Dan Sidai Pakaian

Thursday, July 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUANTAN, 13 Julai (Bernama) -- Seorang suri rumah yang sedang berbual dengan jirannya dan seorang lagi yang sedang menyidai pakaian kerugian hampir RM30,000 selepas disamun seorang lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian berasingan semalam, suspek yang bersenjatakan parang bertindak nekad menyamun barang kemas kedua-dua mangsa terbabit.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata pada kejadian 11 pagi itu, mangsa pertama, 58, sedang berbual dengan seorang jirannya di Taman Shahbandar, Raub.

"Ketika sedang berborak di luar rumah jirannya, suspek yang menaiki motosikal bertindak meluru ke arah mangsa dan mengacukan sebilah parang sebelum bertindak melarikan gelang yang dipakai mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Gelang mangsa dianggarkan bernilai RM3,000. Suspek kemudiannya melarikan diri dengan motorsikal dan melakukan samun terhadap seorang lagi wanita berusia 55 tahun di Taman Intan, Raub kira-kira setengah jam kemudiannya.

"Ketika kejadian, mangsa sedang menyidai pakaian di luar pagar rumahnya," katanya.

Suspek turut mengacukan sebilah parang sebelum bertindak menyamun empat jenis barang kemas yang dipakai mangsa, didakwa bernilai RM26,600, kata Noor Asyikin.

Polis sedang mengesan suspek terbabit dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

(gambar sekadar hiasan sahaja)



Baca seterusnya...

Tak Mampu Beli iPad ? Jom DIY iPad 3 !

Thursday, July 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Produk Apple iPad 2 memang menjadi kegilaan sekarang ni. Fenomena ini memang tak dapat disangkal lagi apabila mana-mana peraduan kat Malaysia ni, semua berlumba-lumba nak bagi iPad 2 sebagai hadiah utama. Hebat-hebat penangan iPad 2 ni.

Bagi mereka yang tak mampu tuk memiliki iPad 2 ni, usah risau. Kini anda boleh hasilkan sendiri iPad 2 dengan menukar komputer sedia ada kepada iPad 2.

Macam mana tu? Baca berita di bawah dan lihat video DIY iPad 3 tersebut.




BEIJING - Seorang lelaki di China, Liu Xinying menunjukkan cara-cara memasang sendiri komputer tablet menyerupai gajet popular keluaran Apple, iPad tetapi melibatkan kos yang lebih murah.

Dalam klip video 20 minit di laman perkongsian video China, Youku, lelaki itu menunjukkan cara bagaimana untuk memasang komputer tablet mirip iPad itu dengan menggunakan beberapa peralatan komputer, sebuah skrin sentuh bersama sebuah sarung serta papan kekunci.

Pada penghujung klip video berkenaan yang berjudul DIY IPAD 3, Xinying menunjukkan komputer tablet berkenaan yang sudah siap dipasang.

Komputer tablet pasang sendiri itu agak tebal dan berfungsi seperti iPad tetapi ia dijana sistem operasi Windows keluaran Microsoft.

Berita mengenai kehebatan lelaki itu seterusnya tersebar di beberapa laman web luar negara dan laman teknologi China selain laman jaringan sosial tempatan, Weibo.

Apabila dihubungi, pemuda berusia 21 tahun dari wilayah Shandong, timur China itu berkata, sejak klip video itu disiarkan di Youku pada bulan lalu dia terpaksa menolak lebih 12 permintaan orang ramai yang mahukannya membuat komputer pasang siap tersebut.

"Saya membuat komputer pasang sendiri ini untuk keseronokan sahaja," kata Xinying yang bekerja di sebuah kedai komputer di bandar raya Jinan.

"Kos untuk membuat komputer ini bersamaan 2,000 yuan (RM933)," tambahnya.

Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding versi iPad 2 termurah di China yang dijual pada harga sekitar 3,688 yuan (RM1,721) manakala model iPad 64 gigabit iaitu yang paling mahal di negara berkenaan pula berharga 5,288 yuan (RM2,467). - AFP (Kosmo)


Saksikan video DIY iPad 3 dengan baca setersunya.








Tengok video ni, cam susah lah jugak nak buat. Ingatkan senang jer. hmmm.. join peraduan je lah...hehe


Baca seterusnya...

7.12.2011

Video Adam Starr,Gimnas Cacat Tapi Mampu Akrobatik

Tuesday, July 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

MINNESOTA, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ahli gimnastik membuktikan dia masih boleh melakukan aksi akrobatik meskipun hanya mempunyai sebelah kaki.

Adam Starr, kehilangan kaki hingga ke paras lutut akibat kanser pada 2009, memuat naik video dia sedang melakukan aksi lompat kuang ke laman perkongsian video, YouTube yang bertajuk Adam's First Time Back At The Gym.

Lelaki berusia 21 tahun itu merakam aksi berkenaan ketika berada di kelab Gymnastik Northfield, Minnesota. Ini sekali gus membuktikan tiada halangan untuknya melakukan aksi yang pernah dilakukan sebelum dia kehilangan kaki kanannya.


"Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada mereka yang turut kehilangan kaki seperti saya," katanya kepada MailOnline.

Adam berkecimpung dalam dunia gimnastik sejak berumur 11 tahun. Namun ini adalah pertama kali dia membuat lompatan balik kuang sejak kakinya dipotong.




"Perkara paling susah ialah ketika mendarat. Ia memerlukan keseimbangan," katanya. - Agensi (Kosmo)

Saksikan video Adam Starr buak aksi akrobatik dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

Haram Makan, Berubat Guna Cicak Tokek - Majlis Fatwa Kebangsaan

Tuesday, July 12, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
PETALING JAYA: Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.

Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.


Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya. - mStar Online


Baca seterusnya...

Rufus Roo, Jaket Untuk Penerbangan Tambang Murah

Tuesday, July 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Seorang pereka, Andrew Gaule, menghasilkan sejenis jaket yang amat sesuai untuk mereka yang suka melancong menggunakan penerbangan tambang murah seperti Air Asia.

Jaket tersebut mempunyai pelbagai saiz poket dengan pelbagai kegunaa khas. Jaket ini memang sesuai untuk menjimatkan kos bagasi anda. Cuma ia mungkin menimbulkan ketidakselesaan.

Air Asia skang ni tengah buat promosi tiket RM3, penerbangan tuk tahun depan,sempat aa kumpul duit beli jaket Rufus Roo ni.hehe

Lagi gambar dan video selepas baca seterusnya.










Baca seterusnya...

7.11.2011

Video Kemalangan Tour de France, Kereta Stesen TV Langgar Pelumba




Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya








Terpaksa sensored atas kelucahan terlampau.ihikhik






Baca seterusnya...

7.10.2011

Gambar Jering Rebus

Sunday, July 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tadi dalam Buletin Utama slot Lensa ada menunjukkan makanan pencuci mulut iaitu jering rebus. Gerai jering rebus tersebut terletak di Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Setakat ini, aku masih belum jumpa video pasal jering rebus tersebut, cuma ada terjumpa gambar di flickr, gambar jering rebus gaul kelapa.

sumber gambar flickr.


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik