6.30.2011

Seorang Remaja Lelaki Tertusuk Anak Panah di Mukanya dan Masih Hidup

Seorang remaja lelaki,Lewis Tavernier, 17, hampir maut apabila anak panah miliknya sendiri tercucuk di pipi kanannya. Bagaimanapun dia bernasib baik kerana masih hidup. Menurut doktor yang merawatnya, melalui x-ray yang dilakukan, kepala anak panah itu hampir 2mm lagi untuk mengenai saraf dan jika terkena boleh membawa maut. Jika anak panah tersebut tertusuk di bawah sedikit, dia mungkin tidak boleh bercakap.

Mengulas kembali kejadian tersebut, Lewis Tavernier ketika itu sedang memanah bersama kawannya. Ketika sedang asyik bersembang bersama kawannnya itu, tiba-tiba panah miliknya melepaskan panah dan terkena pada pipinya.

Huhu..memang ngeri. Kepada mereka yang selalu memanah sentiasalah berhati-hati dengan panah anda dan fokus.








Baca seterusnya...

Gambar Beruang Kutub Gigit Kepala Pembelanya

Thursday, June 30, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ngerinya melihat gambar di atas. Seorang lelaki digigit kepalanya oleh seekor beruang kutub (polar bear).

Tapi, jangan risau. Menurut lelaki tersebut, Mark Abbot, aksi tersebut sebenarnya gurauan senda kasih sayang antara dia dan Agee, beruang kutub yang berusia 16 tahun.

Mark Abbot adalah pakar binatang. Dia dan isterinya membela Agee sejak Agee berusia 8 minggu sehinggalah sekarang. Tidak hairanlah Mark boleh bergurau senda secara ekstrem.

Giler berani si Mark ni. Sekali beruang tu ngap, ko pun ngep.

Lagi gambar aksi gurau senda mesra Mark & Agee.












Baca seterusnya...

Horse Jizz - Minuman Dari Air Sperma Kuda Jantan

Thursday, June 30, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

WELLINGTON - Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air sperma kuda berperisa epal, lapor sebuah akhbar semalam.

Pub Green Man di sini menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter.

Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda.

Pemilik bersama pub berkenaan, Steven Drummond berkata, minuman itu yang dihidangkan sejuk, popular dalam kalangan pengunjung lelaki dan wanita.

Dia mendapat idea untuk menggunakan sperma kuda semasa cuba mencipta minuman baharu dalam satu pertandingan makanan tempatan. - Agensi (Kosmo)


p/s : Jangan lepas ni ramai yang melahirkan anak kuda sudah..hehe



Baca seterusnya...

Gambar & Video Anak Ular Sawa Berkepala Dua

Thursday, June 30, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

BERLIN - Seekor anak ular sawa berkepala dua dilahirkan di Villingen-Schwenningen, selatan Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Ular itu milik Stefan Broghammer yang kini sepanjang 50.8 sentimeter dan berumur setahun.

Menurut Broghammer, haiwan itu merupakan ular yang kedua diketahuinya mempunyai dua kepala.

Ia tidak mempunyai bisa selain dikenali sebagai ular sawa diraja dan popular sebagai haiwan peliharaan. - Agensi (Kosmo)

Lagi gambar dan video ular berkepala dua di bawah









Baca seterusnya...

6.29.2011

Video Keputusan Malaysia vs Taiwan (Kelayakan Piala Dunia 2014)

Wednesday, June 29, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Perlawanan antara Malaysia dengan Taiwan (Chinese Taipei) untuk merebut Kelayakan Piala Dunia 2014 baru sahaja berakhir. Berikut keputusan penuh Malaysia vs Taiwan.

Malaysia 2 - Taiwan 1

Gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq Rahim & Aidil Zafuan.

Tahniah Malaysia atas kejayaan tersebut.

Video jaringan Safiq Rahim




Video jaringan Aidil Zafuan





sumber video : sokernet.com (thanks)


Baca seterusnya...

Video CCTV Remaja Jatuh Dari Eskalator

Wednesday, June 29, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video tersebar di Youtube memaparkan seorang remaja 18 tahun terjatuh dari eskalator pada ketinggian 20 kaki.

Remaja itu Shane O'Malley, dalam keadaan mabuk cuba untuk duduk di atas bahagian tepi eskalator. Bagaimanapun, apabila hampir sampai ke bahagian atas, O'Malley hilang pertimbangan dan terjatuh.

Kawan-kawannya terus bergegas mendapatkan O'Malley. Setelah beberapa saat, O'Malley mula sedar dan dibawa ke hospital berdekatan. Nasibnya baik kerana cuma retak tulang siku sahaja.

Saksikan video CCTV tersebut,






sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Seorang Penumpang Bas Tersepit Kepalanya Di Pintu Bas

Wednesday, June 29, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Penumpang bas perempuan ini sungguh malang sekali apabila belum sempat dia turun dari bas, pintu bas telah ditutup secara tiba-tiba oleh pemandu bas yang tidak sabar. Akibatnya kepalanya tersepit pada pintu bas tersebut.

Pemandu bas tersebut pula tidak menyedari akan insiden itu terus memandu basnya untuk ke perhentian seterusnya.

Nasib baik ada penumpang lain dalam bas tersebut yang prihatin dan segera menjerit kepada pemandu bas tersebut. Dengan segera pintu bas dibuka dan perempuan tersebut turun dari bas dengan selamba tanpa komplen apa-apa sambil mengurut-gurut lehernya dan berlalu pergi.

Insiden ini berlaku di bandar Maashan, China.

Aku harap insiden seperti ini tidak berlaku di Malaysia ini.





Baca seterusnya...

Kerja Shift Pagi Risiko Kemalangan ?

Wednesday, June 29, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
SEPANG - Fikiran kusut, mengejar kad perakam waktu atau tergesa-gesa ke tempat kerja dikatakan antara punca kemalangan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja.

Hasil statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lepas pula menunjukkan pekerjaan syif pagi menyumbang kepada 68.9 peratus kemalangan ke tempat kerja berbanding syif petang (14.6 peratus) dan syif malam (16.7 peratus).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, peningkatan kemalangan ketika ke tempat kerja waktu pagi turut disumbangkan oleh kesesakan lalu lintas manakala ramai pekerja tidak merancang waktu perjalanan mereka.

"Pekerja keluar rumah sudah lambat, lepas itu kelam-kabut hendak sampai ke pejabat tepat pada masanya, bawa kereta laju untuk elak kad perakam waktu menjadi merah juga antara penyumbang kemalangan," jelasnya dalam sidang akhbar di sini semalam. - Kosmo






Baca seterusnya...

HoverBike - Satu-satunya Motorsikal Yang Boleh Terbang

Wednesday, June 29, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Tak lama lagi masalah kesesakan lalulintas dapat diatasi dengan terciptanya Hoverbike. Hoverbike, satu-satunya motor di dunia ini yang dicipta untuk membolehkannya terbang. Boleh terbang pada ketinggian 10 ribu kaki dan kelajuan boleh mencecah 100mph.

Warga Australia Christopher Malloy mengambil masa 2 tahun setengah untuk menyiapkan Hoverbike ini. Christopher Malloy, 32, merupakan bekas juruterbang helikopter. Dia menghasilkan enjin hoverbike ubahsuai karbon fiber dan enjin BMW.

Setakat ini hanya beberapa ujian ringan sahaja dilakukan ke atas Hoverbike. Jika Hoverbike ini berjaya melepasi semua ujina, maka kita akan dapat lihat Speeder Bikes macam dalam filem Stars Wars menjadi kenyataan.




sumber : Daily Mail





Baca seterusnya...

6.28.2011

The Great Churp Churp Race Season 2 : The Night Race

Tuesday, June 28, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Collect the most kms amongst your fellow Churpers in The Great Churp Churp Race Season 2 : The Night Race by inviting more friends to the Churp Churp community and sharing the campaigns. The Top 3 Churpers with the most KMs will win awesome prizes and the Top Churper gets to enjoy the privilege to choose first between an iPad 2 32GB Wifi, a Canon EOS 550D and a HTC Desire! The next 100 churpers will win a pair of TGV movie passes!

If you're in Top 20, you will also receive EXCLUSIVE Churp Churp plush toy and flashdrive!


Tunggu apa lagi, Jom sertai sekarang!!



Baca seterusnya...

Video Pelumba & Motor "Menari" Selepas Kemalangan

Tuesday, June 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video kemalangan dua orang pelumba motor ketika berlangsungnya perlumbaan 2011 French Road Racing Cup Promosport menjadi "hit" di youtube kerana aksi lucu secara tak sengaja yang dipamerkan.

Dalam video tersebut, motor pelumba yang terjatuh telah menghentam sebuah motor pelumba lain. Akibatnya kedua-dua motor itu tersangkut antara satu sama lain dan berpusing di tengah litar. Saat melucukan timbul apabila kelihatan pelumba tersebut cuba mendapatkan motornya dan turut berpusing bersama-sama motornya. Memang kelakar betul.

Saksikan video tersebut di bawah,







Baca seterusnya...

Ahli Silap Mata Dynamo Berjalan Atas Air Menyeberangi Sungai Thames

Tuesday, June 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Ahli silap mata Dynamo atau nama sebenarnya Steve Frayne membuat kejutan dengan berjalan di atas air menyeberangi Sungai Thame berhadapan Houses of Parliament London.

Aksi silap matanya itu dirakam oleh krew TV untuk show TV "Dynamo: Magician Impossible".

Anda percaya Dynamo berjalan atas air? Dah nama pun silap mata, tentu ada peralatan khas yang digunakan.






Baca seterusnya...

Video Guru Disamun Depan Rumah Taman Melewar

Tuesday, June 28, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit. - Kosmo


Haih..makin menjadi-jadi dan makin berani penjenayah sekarang yer. Saksikan video detik-detik cemas dan mengerikan itu di bawah ini,





Jika anda perhatikan dalam video di atas, pada minit 1.04 ada sebuah kereta melintasi kawasan kejadian tersebut tetapi berlalu begitu sahaja. 4 perompak itu kelihatan ganas dan bersejata dan tiada apa yang kita boleh buat jika kita kebetulan berada di kawasan tersebut dalam keadaan tidak bersejata dan berseorangan. Lainlah kita ada pistol dan ramai geng.


sumber video : lepaklepakkedaikopi.blogspot.com (thanks)

Nak menang iPad2 ? jom sertai churpchurp race.



Baca seterusnya...

6.27.2011

SonicStar, Jet Supersonic Dua Kali Laju Dari Concorde

Monday, June 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

Video CCTV Rompakan di Depan Rumah

Monday, June 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video dari CCTV ini memaparkan betapa mudahnya perompak melakukan jenayah walaupun mangsa sudah berada dalam kawasan rumah.





Jika anda lihat betul-betul video tersebut, 2 orang perompak tersebut (seorang penunggang & seorang pembonceng) telah mengekori mangsa hingga sampai di depan rumah dengan motor.

Sebaik sahaja pintu gate automatik hampir ditutup, dengan selamba pembonceng tersebut memasuki perkarangan hadapan rumah dan seterusnya memecahkan cermin kereta dan melarikan beg yang diletakkan di sebelah pemandu. Sungguh mudah dan menakutkan!

Kepada semua, berhati-hatilah.

p/s : tidak pasti dimana lokasi kejadian kerana tidak dinyatakan dalam video ini.




Baca seterusnya...

Shopping Bag Yang Buat Anda Nampak Hebat

Monday, June 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

Datuk 74 Tahun Ubahsuai Skuter Jadi Batmobile

Di sebalik wajah superhero di atas adalah seorang warga emas yang berusia 74 tahun, Brian Vann. Brian bukan bergaya dengan kostum Batman tapi turut bergaya bersama Batmobile ciptaannya sendiri. Datuk yang mempunyai 5 cucu ini menukarkan skuter (kerusi roda elektri bermotor) miliknya menjadi Batmobile.


Brian Vann menyiapkan Batmobile tersebut selama 4 minggu. Tujuan Brian membina Batmobile tersebut adalah untuk menyertai larian Cancer Research dan memperingati kematian isterinya 9 bulan lalu.

Kini, Brian sedang menyiapkan satu lagi skuter untuk dijadikan bentuk kapal angkasa Thunderbird pula.

He added: 'I like to be doing something that makes people smile.' - Brian Vann







Baca seterusnya...

Pengurus Akaun Terkejut Ada Ulat Hidup Dalam Kek

Monday, June 27, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nota : Entri ini mungkin memualkan atau menganggu selera makan anda. Sila baca jika anda sedang berdiet mahu kurus.


Seorang pengurus akaun dari Birmingham, Anna Jones terkejut apabila mendapati sepotong kek yang dibelinya mengandungi seekor ulat hidup.

Ketika hendak memakan kek tersebut, Anna perasan ada sesuatu yang bergerak-gerak di atas kek tersebut. Setelah diamati, benda yang bergerak-gerak di atas kek tersebut adalah ulat hidup! Yark!

Anna amat terkejut dengan penemuan itu dan fobia untuk makan kek lagi.

'I don't think I'll be eating cake anytime in the near future - and if I do, I'll be baking my own!'


Baca seterusnya jika anda mahu lihat gambar ulat di atas kek tersebut..









sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

6.26.2011

Video, Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama

Video Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama





Lirik Lagu Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada


Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


Baca seterusnya...

Detik Cemas Polis Selamatkan Perempuan Bunuh Diri

Sunday, June 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Akibat tertekan & kecewa kerana kehilangan kerja dan ditinggalkan teman lelaki, Natalia Ramos mengambil jalan mudah dengan cuba membunuh diri dengan terjun dari atas bumbung apartment 4 tingkat yang menjadi tempat tinggalnya.

Pihak polis yang menerima laporan terus bergegas ke lokasi kejadian dan cuba memujuk Natalia.Drama pujuk memujuk tersebut tidak berjaya, namun kecekapan pihak polis berjaya memegang Natalia ketika dia sudah hampir terjun.







Ingat, bunuh diri bukan jalan penyelesaian terbaik. Berjumpalah dengan pakar kaunseling jika anda mempunyai masalah tekanan yang kritikal.


Baca seterusnya...

Artis China Liu Bolin "Ghaib" di Rak Buku Pula

Sunday, June 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Liu Bolin, artis dari China yang semakin terkenal di serata dunia dengan seni fotografinya yang mampu "ghaib bersama latar belakang tempat dia berdiri.

Kini Liu Bolin tampil lagi dengan seni fotografinya itu. Kali ini Liu Bolin "ghaib" di depan rak buku pula. 2 orang pelukis diperlukan dan mengambil masa 3 hari untuk disiapkan.

Lagi gambar..








Boleh lihat hasil seni Liu Bolin yang lain di sini.


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik