6.25.2011

Video Keropok Lekor Terpanjang Dicipta Pada Karnival Bank Rakyat Di Kuala Terengganu

Saturday, June 25, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Hari ini di Dataran Shahbandar menjadi saksi terciptanya rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) iaitu keropok lekor terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 479.4 meter.

Pembuatan keropok lekor terpanjang dengan ketebalan 6.5 sentimeter itu menggunakan 1,200 kilogram campuran beberapa jenis ikan dengan kos RM4,000 dan 850 kilogram tepung sagu yang dikisar selama dua jam untuk menghasilkan adunan itu.

Kepanjangan keropok lekor yang dibuat hari ini memecah rekod MBOR sebelum ini yang dicatatkan pada 2006 iaitu sepanjang 300 meter.

Keropok lekor tersebut akan dijual kepada orang ramai dan hasil jualan akan diserahkan kepada badan kebajikan yang memerlukan.

Acara menghasilkan keropok lekor terpanjang itu adalah sebahagian daripada Karnival Bank Rakyat Cintai Alam di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Saksikan video pembuatan keropok lekor terpanjang di Malaysia di bawah







sumber video : tie ganu (thanks)


Baca seterusnya...

6.24.2011

Kailash Singh Tidak Mandi & Potong Rambut Sejak 1974

Friday, June 24, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Lelaki ini namanya Kailash Singh, berumur 65 tahun. Kailash mendakwa dia tidak pernah mandi dan potong rambutnya sejak tahun 1974! iaitu selepas dia berkahwin.



Walaupun isterinya memberi amaran tidak akan tidur bersamanya selagi tidak mandi, itu tidak mematahkan prinsip Kailash.

Kailash hanya menyentuh air untuk membasuh tangan dan mulut sahaja.

Menurut Kailash, dia berbuat demikian kerana mengikut nasihat seorang sami yang memberi jaminan dia akan mendapat anak lelaki sekiranya mengikut nasihat sami itu. Hanya anak lelakinya sahaja yang dapat mengubah pendiriannya.



Sehingga sekarang, Kailash hanya mendapat 7 orang anak perempuan.


sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Berjalan Atas Air ?

Friday, June 24, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

@MyMaybank Twitter Contest #iwantanipad2

Friday, June 24, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Maybank is now on Twitter! Follow us @MyMaybank and get your hands on the hottest gadget in town, the Apple iPad 2*!

Here's how it works:

For every 500th Twitterer who follows us on Twitter, we will ask a single question. The first 50 correct answers will go into a random draw and 1 winner will be chosen to receive a brand new Apple iPad 2!

All Twitter replies with the correct answer must be preceded or followed by #iwantanipad2 (I Want An iPad 2).

Example
Question:
What is the latest credit card launched by Maybank?

Answer:
@MyMaybank Maybankard 2 Cards #iwantanipad2

Only 3 simple steps: Follow us, Stay Tuned and Tweet! It's that easy!

source : Maybank2u.com

kuiz maybank

#SamsungGalaxyS2 dah berada di pasaran M'sia. Tak sabar nak memilikinya. Cekidout!


Baca seterusnya...

6.23.2011

Lebuh Raya LATAR Bebas Tol Sehingga 31 Ogos

Thursday, June 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) milik Kuala Lumpur Selangor Expressways Berhad (KLSEB) tidak akan dikenakan bayaran tol selama dua bulan bermula pembukaannya tengah malam ini sehingga 31 Ogos.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata langkah itu menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dalam membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat pada masa ini.

"Sebab itu kita ada rebat atau diskaun (bayaran tol) masa musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Krismas, Deepavali dan Tahun Baru Cina dan sebagainya," katanya ketika merasmikan lebuh raya berkenaan dekat Plaza Tol Rimba Templer di sini.

Pembinaan lebuh raya sepanjang 33km itu dengan kos RM958 juta dibiayai sepenuhnya oleh KLSEB menghubungkan Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok, Batang Berjuntai, Kota Puteri, Puncak Alam, Shah Alam, Bukit Jelutong, Sungai Buloh, Kundang, Rawang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Lebuh raya yang mula dibina sejak Oktober 2008 itu mempunyai tiga plaza tol iaitu Plaza Tol Assam Jawa, Plaza Tol Kuang Timur/Barat dan Plaza Tol Taman Rimba Templer.




KLSEB memegang konsesi lebuh raya berkenaan selama 40 tahun.

Shaziman berkata dengan pembukaan lebuh raya berkena, masa perjalanan dapat dikurangkan dengan memberikan contoh perjalanan dari pekan Ijok ke Kuala Lumpur akan mengambil masa 30 minit sahaja berbanding sejam setengah sebelum ini.

Beliau berkata, kadar tol yang ditetapkan bagi lebuh raya berkenaan dari 2011-2015 ialah bagi kelas satu iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas ialah RM2, kelas dua iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar lima roda atau enam roda kecuali bas ialah RM4.

Bagi kelas tiga iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih kecuali bas dikenakan caj RM6, kelas empat iaitu teksi (RM1) dan kelas lima iaitu bas (RM4), katanya. Shaziman berkata kerajaan turut mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta untuk pengambilalihan tanah untuk projek lebuhraya berkenaan.

Katanya lebuh raya berkenaan merupakan satu daripada projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) iaitu jaringan lebuh raya yang menghubungkan lebuh raya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara rangkaian KLORR yang telah siap adalah Lebuhraya Corridor Guthrie (CGE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang dan sebahagian Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), katanya.

Katanya, Lebuh Raya Latar turut dihubungkan dengan Lebuh Raya Pantai Barat sepanjang 286km.

"Apabila Lebuhraya Pantai Barat siap sepenuhnya, pengguna akan dapat meneruskan perjalanan sehingga ke persimpangan Changkat Jering di Lebuh Raya Utara-Selatan melalui kawasan pantai barat negeri Perak.

"Laluan ini akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuh Raya Utara-Selatan yang semakin sesak," katanya. - BERNAMA



Baca seterusnya...

Gambar Bilik Ryan Cleary a.k.a LulzSec - Penggodam Komputer Global

Thursday, June 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.


Inilah rupa ruang bilik Ryan Cleary a.k.a LulzSec. Hidupnya banyak dihabiskan dalam bilik ini.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.

- Agensi (Kosmo)





Baca seterusnya...

Program Kemapanan Dicapai Menerusi Kecekapan Tenaga (SAVE) Mulai 7 Julai

Thursday, June 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KOTA KINABALU - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melancarkan Program Kemapanan Dicapai Menerusi Kecekapan Tenaga (SAVE) pada 7 Julai ini, bertujuan menjimatkan tenaga untuk jangka masa pendek dan panjang, kata menterinya Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Katanya, program itu adalah bagi memastikan jaminan bekalan tenaga yang berterusan, sekaligus menyumbang kepada usaha menangani fenomena pemanasan global.

“Pada peringkat awal, Program SAVE akan melibatkan pelaksanaan inisiatif peralatan elektrik baru yang memperkenalkan prinsip pemberian rebat kepada pengguna untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kecekapan Tenaga Peringkat Negeri Sabah di sini, hari ini.

Di bawah program itu, beliau berkata, pembeli akan menikmati rebat sehingga RM200 bagi setiap peralatan cekap tenaga yang telah diuji berpandukan sistem penarafan yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga iaitu Piawaian Minimum Prestasi Tenaga (MEPS).


Jelasnya, peralatan berkenaan akan ditandakan dengan label bintang, yang mana jumlah bintang tertinggi iaitu lima dikategorikan paling cekap tenaga.

Selain peralihan kepada penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga, beliau berkata, amalan cekap tenaga juga seharusnya dipupuk dan dibudayakan supaya masyarakat tidak menghadapi masalah kekurangan elektrik.

Mengenai situasi bekalan elektrik yang kritikal di Sabah, Chin berkata, tarif elektrik di negeri ini akan disemak semula agar Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) tidak dibebani dengan kos bahan api yang semakin meningkat untuk menjana elektrik.

“Setiap tahun, SESB mengalami kerugian. Bagi setiap unit elektrik yang dijual kepada pengguna, SESB rugi sebanyak lima sen. Kita mahu SESB berfungsi seperti sebuah entiti yang berupaya beroperasi dengan pengaliran wangnya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, SESB menerima dana modal daripada kerajaan pusat sebanyak RM1.849 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan, manakala dana operasinya sebanyak RM2.663 bilion dalam tempoh tersebut juga tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Pada majlis itu, Chin turut melancarkan Kanun Grid Sabah dan Labuan yang merupakan instrumen kawal selia bagi menyelaraskan pelbagai aktiviti pembekalan elektrik di Sabah dan Labuan.- Bernama


Baca seterusnya...

Gambar Keadaan Porsche 911 Selepas Menjadi Sasaran Penembak

Thursday, June 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


JAMAICA PLAIN, Massachusetts - Seorang pemilik kereta mewah Porsche 911 mengambil keputusan membiarkan keretanya yang berharga AS$80,615 (RM244,300) menjadi sasaran latihan menembak.

Beliau bertindak demikian kerana bosan dengan kerosakan enjin kereta tersebut yang kerap berlaku.

Kereta itu diberikan kepada sebuah persatuan yang dikenali sebagai Comm2A yang terletak di Jamaica Plain, Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Hasilnya, kereta yang berwarna perak itu menerima 10,000 tembakan peluru dari 140 pucuk senjata api.



Ia diletakkan di kawasan latihan menembak dan menjadi sasaran latihan oleh ahli persatuan terbabit.

Tembakan yang datang dari beberapa mesingan dan senjata automatik menyebabkan rupa sebenar bentuk Porsche tersebut sukar dikenali.

Sebelum ini, pemilik yang tidak mahu dikenali itu dikatakan telah membelanjakan beribu-ribu dolar untuk membaiki masalah enjin dan sistem penyejukan kereta tersebut. - Agensi (kosmo)








sumber gambar : Daily Mail


Baca seterusnya...

Lagi Budak dari China Jatuh Bangunan

Thursday, June 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sebelum ni, blog ni pernah paparkan berita budak lelaki 3 tahun jatuh bangunan dari tingkat lapan di China. Kali ini, kes sama berlaku lagi di China.


Seorang budak perempuan berusia 4 tahun dari Tengzhou, China terselamat dari jatuh bangunan apabila tersangkut pada grill tingkap di tingkat 3.

Jiran-jiran yang mendengar kanak-kanak itu menangis dan mendapati seorang kanak-kanak perempun sedang tergantung di tepi tingkap segera mendapatkan bantuan dari polis.

Pihak polis segera menghubungi ibubapa kanak-kanak tersebut supaya kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan melalui tingkap rumahnya.

Sebelum kejadian, kanak-kanak itu ditinggalkan sendirian di rumah oleh ibubapa mereka.



Jiran dan polis bersedia dengan selimut sekiranya kanak-kanak itu terlepas dari tersangkut.


Baca seterusnya...

Kucing Betina Jatuh Dari Tingkat 12 Tapi Masih Hidup. Subhanallah..


OLDBURY, Britain - Seekor kucing betina masih hidup walaupun dihumban dari tingkat 12 sebuah flat pada ketinggian lebih 36.57 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing itu terbaring dengan mulut berdarah semasa anggota-anggota sebuah agensi perlindungan haiwan tiba untuk memberi rawatan selepas dihubungi seorang penduduk bagi memberitahu mengenai kejadian berkenaan .Beberapa penduduk di tingkat tiga dilaporkan mendengar bunyi haiwan itu jatuh.

Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan itu, Susie Bailey berkata, dia percaya kucing tersebut jatuh dari tingkat 12 flat berkenaan pada 5 Jun lalu.




Namun, kucing berusia tujuh bulan itu semakin pulih tanpa mengalami sebarang kecederaan serius selepas ia jatuh sekali gus mengejutkan pegawai-pegawai agensi perlindungan haiwan.

Kucing itu dirawat di sebuah hospital haiwan di Birmingham.

Haiwan itu memakai kolar di leher yang menunjukkan ia mempunyai tuan. - Agensi (Kosmo)

p/s : Subhanallah...





Baca seterusnya...

Motivasi Pagi Anda Untuk Naikkan Semangat Bekerja

Thursday, June 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda rasa malas bekerja hari ini? Kurang motivasi? Bosan bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin dan selesa ?

Cuba tengok gambar-gambar di bawah ini. Mereka bekerja di lereng bukit yang tingginya beribu-ribu kaki dari paras laut dengan kurangnya ciri-ciri keselamatan.




Mereka ini sedang membina laluan penjalan kaki di lereng bukit. Laluan itu selebar 3 kaki iaitu selebar meja makan anda dan diperbuat daripada kayu.

The 'road' - the width of a dinner table - they’re assembling is on Shifou Mountain in Hunan Province and stands vertical at 90 degrees without any slopes or alcoves.
When finished the road will stretch for 1.8 miles, making it China’s longest sightseeing path.

The question that many people will be asking is: Who will be brave enough to walk around it once it’s finished? - Daily Mail









p/s : bersyukurlah dengan kerja kita


Baca seterusnya...

6.22.2011

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Ada

Wednesday, June 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Lampu Meja Yang Unik & Kreatif

Wednesday, June 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Peminat Vespa mesti meleleh tengok design lampu meja ni. hehe Aku pun meleleh gak. Mana nak cari ek? Unik dan exclusif!









sumbe : graceful.ali

Baca seterusnya...

Ramainya Orang Beratur Kerana Samsung Galaxy S 2 @ Mid Valley

Wednesday, June 22, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Hari ini produk yang ditunggu ramai iaitu Samsung Galaxy S II akan dilancarkan jam 3 petang di Mid Valley Megamall.

4.3" SUPER AMOLED Plus display, a dual core application processor and only 8.49mm, doesn't that sound so good? cekidout!

Sambutan yang diterima sungguh luarbiasa apabila orang ramai mula beratur untuk mendapatkan Samsung Galaxy S II sejak jam 3 pagi tadi!

Gambar-gambar orang ramai beratur mendapatkan Samsung Galaxy S 2 di Mid Valley Megamall.












sumber : facebook Samsung U-nivez


Baca seterusnya...

Nak Kahwin Percuma? Buat Karangan Lebih 300 Patah Perkataan

Wednesday, June 22, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA TERENGGANU - Siapkan karangan bertajuk 'Kenapa saya layak dipilih...' tidak kurang daripada 300 patah perkataan dan majlis perkahwinan anda dan pasangan mungkin ditaja sepenuhnya.

Itu antara syarat yang ditetapkan pihak penganjur kepada semua bakal pengantin yang ingin menyertai program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Ketuanya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, berdasarkan karangan itu kelak, pihaknya akan memilih 10 pasangan bertuah dan program itu terbuka kepada mana-mana pasangan yang belum pernah berkahwin serta mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan.

"Sebanyak 10 karangan terbaik akan dipilih mewakili 10 pasangan yang terdiri daripada lapan pasangan Melayu dan masing-masing satu pasangan berbangsa Cina dan India dalam program ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Wan Ahmad Farid lagi, salah seorang daripada pasangan itu nanti perlu berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan bermastautin di Kuala Terengganu.

Borang untuk menyertai program itu boleh didapati di pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Jalan Gong Kapas di sini dan karangan perlu dihantar selewat-lewatnya sebelum 17 Julai ini.

Majlis akad nikah untuk program itu akan diadakan pada 16 September ini di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam manakala jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini sehari kemudiannya.

Selain pejabat UMNO Kuala Terengganu, program yang sama turut mendapat kerjasama daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.

"Kita bukan sahaja menaja sepenuhnya perkahwinan kesemua pasangan itu nanti, tetapi mereka juga akan diberikan wang saku sekurang-kurangnya RM5,000.

"Setiap pasangan akan diberikan satu khemah khas dan mereka juga dibenarkan menghantar jemputan kepada 1,000 tetamu bagi memeriahkan majlis," katanya. (Kosmo)

ps : err... orang yang dah kahwin boleh join tak? hehe..



Baca seterusnya...

6.21.2011

Video Zola, Gorila Yang Pandai Menari "Breakdance"

Tuesday, June 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Zola, gorila yang berusia 9 tahun dari Calgary Zoo menjadi bintang internet terbaru apabila video gorila itu menari "breakdance" mendapat view yang tinggi di youtube.

Menurut penjaga gorila tersebut, Zola memang suka bermain dengan air.



Saksikan video zola si gorila menari "breakdance"..








Baca seterusnya...

Wow! Iklan-iklan Ini Sungguh Kreatif & Bijak

Tuesday, June 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik