6.18.2011

Mana Nak Cari Pendrive Macam Ni?? Cool Giler!

Saturday, June 18, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

Video Promo Samsung Galaxy Tab 10.1

Saturday, June 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Satu lagi tablet terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1 bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Dijangkan bulan Julai nanti.

Samsung Galaxy Tab 10.1 dikatakan lebih ringan dan nipis daripada iPad 2. Menggunakan Adroid Honeycomb 3.1 prosessor 1Ghz.

Agak meleleh jugaklah menonton video promo di atas. kenyit




Baca seterusnya...

6.17.2011

Harga Samsung Galaxy S II Malaysia RM2,099

Friday, June 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Akhirnya harga rasmi Samsung Galaxy S II diumumkan oleh Maxis di laman mereka. Harga Samsung Galaxy S II tanpa kontrak adalah RM2,099.

Maxis juga menawarkan pelan yang menarik untuk anda memiliki Samsung Galaxy S II pada harga serendah RM799 (300 pelanggan pertama sahaja) atau RM1,199 untuk kontrak 24 bulan dengan plan data 1.5GB & 3GB.


sumber : amanz.my


Baca seterusnya...

Aksi Binatang Yang Mencuit Hati

Friday, June 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Bapa Awie Meninggal Kerana Demam Panas. Al-Fatihah

Friday, June 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Bapa penyanyi rock negara, Awie, meninggal dunia selepas sebulan terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) kerana demam panas.

Othman Md Arof, 78, yang juga guru silat meninggal dunia di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 12.10 tengah malam kelmarin selepas arwah dibawa pulang dari PPUKM, petang kelmarin.

Menurut Awie, bapanya dimasukkan ke PPUKM sejak sebulan lalu selepas mengadu badan panas sebelum disahkan doktor menghidap demam panas.

“Sebulan mendapatkan rawatan di PPUKM, semalam (kelmarin) bapa meminta kami adik-beradik membawanya pulang ke rumah kerana terlalu rindukan anjung tempatnya berehat,” katanya.

AlFatihah tuk arwah dan salam takziah kami untuk keluarga Awie.


Kata Awie, sebelum bapanya meninggal dunia, arwah sempat meninggalkan pesanan kepada sepupunya untuk disampaikan kepadanya supaya jangan pergi jauh.

“Saya tidak menyangka itu kata-kata terakhir arwah sebelum dia pergi, saya menganggap ini kehilangan yang saya rindui,” katanya. Katanya, bapanya bukan saja mendidik anak termasuk dirinya menjadi insan berguna malah mengajarnya ilmu mempertahankan diri.

“Saya masih ingat ketika zaman kecil saya dirotan dan dipukul arwah dengan tali pinggang kerana nakal,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheras Baru kira-kira jam 11 pagi semalam. -- myMetro



Baca seterusnya...

Kerja Sebagai Fotografer Merbahaya

Friday, June 17, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

Di Sebalik Kemasyhuran iPad, Ada Cerita Sedih Disebaliknya

Friday, June 17, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:



Video ini memaparkan kebenaran di sebalik kemasyhuran iPad, ada cerita sedih di sebaliknya.

Foxconn, sebuah kilang di China yang membekalkan barangan Apple ke seluruh dunia termasuklah iPad 2 yang menjadi kegilaan dewasa ini.

Kerana mahu memenuhi permintaan iPad 2 dari seluruh dunia, kilang Foxconn ini sanggup mengabaikan kebajikan dan keselamatan pekerja kilangnya. Dengan keadaan kilang yang separuh siap dan kurang ciri-ciri keselamatan serta pekerja-pekerja tidak disediakan pakaian keselamatan yang sesuai, kehidupan pekerja-pekerja ini menjadi tertekan. Disebabkan itu, ramai pekerja-pekerja kilang Foxconn mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Tontonlah video di atas dan setiap kali anda menggunakan iPad, ingatlah mereka-mereka yang berkorban demi untuk menghasilkan iPad.





Baca seterusnya...

Modenas Ctric - Motorsikal Elektrik Pertama Malaysia

Friday, June 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Akhirnya motorsikal elektrik pertama Malaysia berjaya dilancarkan semalam (16 jun 2011). Motorsikal keluaran Modenas itu diberi nama Ctric dan berasaskan teknologi hijau.

bateri CTric boleh dicas menerusi soket tiga pin seperti yang digunakan di rumah. Apabila bateri sudah dicas penuh, sumber elektrik akan diputuskan secara automatik. Ini membolehkan bateri tersebut memiliki jangka hayat lebih lama.

Dua mode mengecas disediakan. Mode pantas selama 3.5 jam dan lapan jam untuk pengecasan normal. Jarak tunggangan setiap kali caj penuh ialah 60 kilometer (km) dengan tunggangan pada kelajuan purata 30km/j. Had laju CTric mampu mencapai 70km/j.

Kos untuk setiap km ialah satu sen berbanding petrol sebanyak lima sen satu km. Setiap unit bateri memiliki jangka hayat kira-kira dua tahun atau jarak perbatuan 32,000km (mana-mana yang tiba dahulu).

Modenas CTric turut diuji apabila ditenggelami air pada paras ketinggian 25 sentimeter (sm) iaitu lebih 15 sm berbanding standard yang ditetapkan. Jentera itu kemudiannya diuji dalam saluran air sepanjang 500 meter.

Hasilnya, keseluruhan rangkaian kuasa adalah kalis air.

Untuk menghidupkan CTric, kunci harus dimasukkan terlebih dahulu, sebelum tongkat motosikal dinaikkan. Tongkat tersebut dilengkapi alat pengesan (sensor) keselamatan untuk mengelakkan berlaku pergerakan secara tidak sengaja.

Tiga mod disediakan iaitu D untuk tunggangan, N (neutral) dan R bagi mengundur. Pulas pendikit dan jentera akan bergerak. Perbezaannya terletak pada mod R. Jika ingin mengundurkan motosikal, pilih mod R dan anda perlu menekan butang REV sewaktu memulas pendikit.

CTric ditawarkan pada harga RM4,888 seunit, termasuk cukai jalan dan insurans. Menarik bukan? Harganya hampir menyamai beberapa jenama motosikal enjin konvensional yang ada di pasaran sekarang.

Hanya 2 warna pilihan iaitu hijau dan oren.








Link


sumber gambar : cbt.com


Baca seterusnya...

Brochure Myvi Baru 2011 (D54T)

Friday, June 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Perodua baru sahaja dengan rasminya melancarkan Perodua Myvi baru 2011 (D54T). Menggunakan slogan "Lagi Best", myvi baru 2011 ini dijangka bakal menarik pembeli muda.

Bagi anda yang sedang berkira-kira untuk memiliki Myvi baru 2011 ini, boleh lah muat turun brochur (download brochure) Myvi baru 2011 ini.

Senarai harga Myvi baru 2011 & kadar pinjaman

Brochur Myvi baru 2011 Standard & Premium

Brochur Myvi baru 2011 Elegance


sumber : peroduapromosi.com

Baca seterusnya...

6.16.2011

Saintis Perempuan Menyelam Bogel Dekati Paus Beluga

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang saintis perempuan, Natalia Avseenko, 36, melakukan esperimen yang unik lagi kontroversi dalam mengkaji hidupan Paus Beluga apabila menyelam bersama haiwan itu dalam keadaan bogel dengan suhu air laut negatif 1.5 darjah Celcius. Giler aaa!

Natalia percaya Paus Beluga tidak suka disentuh dengan bahan buatan seperti suit menyelam dan kerana itu Natalia mendekati haiwan tersebut dalam keadaan bogel.







Baca seterusnya...

Maksud Tersembunyi Di Sebalik Logo-logo Terkemuka

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Amazon.com

amazon

This logo doesn’t seem to hide much at first sight, but it gives you a little insight in the philosophy behind the brand. First of all, the yellow swoosh looks like a smile: Amazon.com want to have the best customer satisfaction. The swoosh also connects the letters a and z, meaning that this store has everything from a to z.


Fedex

fedex

This is probably one of the best known logos with a hidden meaning. If you look closely, you’ll see an arrow that’s formed by the letters E and x. This arrow symbolizes speed and precision, two major selling points of this company.





Continental

continental

Continental is a manufacturer of tyres. You could actually see this in their logo, because the first two letters create a 3-dimensional tyre.

Toblerone

toblerone

Toblerone is a chocolate-company from Bern, Switzerland. Bern is sometimes called ‘The City Of Bears’. They have incorporated this idea in the Toblerone logo, because if you look closely, you’ll see the silhouette of a bear.

Baskin Robins

baskin-robbins

The old logo of Baskin Robbins had the number 31 with an arc above it. The new logo took this idea to the next level. The pink parts of the BR still form the number 31, a reference to the 31 flavours.

Sony Vaio

vaio

Sony Vaio is a well known brand of laptops. But did you know that the name Vaio logo also had a hidden meaning? Well, the first two letters represent the basic analogue signal. The last two letters look like a 1 and 0, representing the digital signal.


Carrefour

carrefour

Carrefour is one of the biggest European retailers, and it’s also French for “crossroads”. The logo symbolizes this word via two opposite arrows. They also added the first letter of the name, because if you look closely you’ll see the letter C in the negative space between the two arrows.


Unilever

unilever

Unilever is one of the biggest producers of food, beverages, cleaning agents and personal care products. They produce a huge amount of different products and they wanted to reflect this in their logo. Each part of the logo has a meaning. For example: the heart represents love, care and health - feeling good, a bird is a symbol of freedom. Relief from daily chores – getting more out of life.


Formula 1

formula1

At first, this logo might not make much sense. But if you look closely, you’ll see the number 1 in the negative space between the F and the red stripes. I also love how this logo communicates a feeling of speed.












Baca seterusnya...

Seorang Pemuda Dikecam Kerana Gantung Anak Anjing Di Ampaian

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

CALAMBA, Filipina - Seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut.

Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.

Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka.

Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan.

Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut.

Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. - Agensi (Kosmo)








Baca seterusnya...

Isu Barbican - Ujian UKM Sahkan Bebas Alkohol

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah makmal swasta di sini mendapati minuman jenama Barbican bebas daripada elemen alkohol.

Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem berkata, laporan itu diterima pada 7 Jun selepas syarikat itu menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

“Perkembangan positif ini membuktikan Barbican bebas alkohol dan selamat diminum oleh pengguna beragama Islam.

“Saya harap orang ramai terutama pengguna yang beragama Islam tidak perlu bimbang lagi untuk meminum Barbican,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat tersebut menjadi syarikat kedua selepas Malaysia Iranian Corporation Sdn. Bhd. yang tampil menegaskan bahawa produk edaran mereka bebas alkohol dan boleh diminum oleh pengguna beragama Islam. (Kosmo)

p/s : Walaupun ujian dari UKM telah dikeluarkan tetapi keputusan dari JAKIM belum diputuskan samaada halal atau tidak.


Baca seterusnya...

Kereta Baru Diletak Dalam Van Kecil

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

BARGTEHEIDE, Jerman - Sebuah kereta baharu diletakkan dalam sebuah van kecil dalam keadaan menegak oleh pemiliknya untuk dibawa pulang ke Kazakhstan sejauh 3,540 kilometer dari sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Van itu digunakan kerana pemilik kereta tersebut tidak mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran kenderaan berkenaan dengan menggunakan treler yang melibatkan kos yang tinggi.

Kusyen diletakkan di sisi kereta tersebut bagi mengelak badan kereta itu mengalami sebarang calar.

Bagaimanapun, polis Jerman menahan van yang membawa kereta tersebut semasa ia dalam perjalanan ke Kazakhstan baru-baru ini.

Kertas akhbar digunakan untuk menutup kereta jenis Mazda 626 itu daripada dilihat oleh orang ramai.

Dua lelaki, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chielewski, 28, yang membeli kereta itu ditahan oleh polis bersama dengan van berkenaan.

Anggota-anggota polis menahan van itu selepas mereka mendapati ia bergerak dalam keadaan tersenggut-senggut.

Seorang jurucakap polis berkata, kereta dan van tersebut telah dirampas.

Namun, katanya, kereta berkenaan akan dibenarkan dibawa pulang ke Kazakhstan setelah semua dokumen perjalanan yang sah disediakan oleh kedua-dua lelaki itu. - Agensi (Kosmo)





Baca seterusnya...

Video, Gambar Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Thursday, June 16, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Semalam telah berlaku gerhana bulan penuh. Gambar di atas menunjukkan detik-detik berlaku gerhana bulan penuh yang dapat dilihat dari Kuala Lumpur. Subhanallah..

sumber gambar : facebook Malaysia Lunar Eclipse





KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.

"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.

"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA




Saksikan video gerhana bulan penuh pada 16 jun 2011









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik