6.11.2011

Video Paling Dramatik, Penjaga Gol Bersorak Kemenangan Tanpa Menyedari Bola Masuk Gol

Saturday, June 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Ini mungkin saat paling memalukan bagi penjaga gol Dro apabila bola yang disangkanya tidak masuk rupa-rupanya melantun kembali masuk ke dalam gol.

Ia berlaku ketika pemain Termeno melakukan sepakan penalti dan terkena palang gol.



Kemudian penjaga gol tersebut terus berlari ke tepi padang untuk meraikan kemenangannya tanpa menyedari bola yang terkena palang itu kembali bergolek ke arah gawang gol.

Gol tersebut dikira dan seterusnya kemenangan berpihak kepada kumpulan Termeno.

Saksikan video dramatik di bawah ini,









Baca seterusnya...

2 Cedera Dalam Letupan di Gedung IKEA

Saturday, June 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
BERLIN: Dua orang cedera ringan dalam letupan di gedung perabot IKEA di timur Jerman, menurut polis negara itu.

Agensi berita DAPD melaporkan polis Dresden sebagai berkata letupan itu berlaku di bahagian perabot dapur petang semalam.
Menurut polis, mangsa mengalami trauma letupan dan beberapa perabot rosak.

Tiada maklumat berhubung pihak yang bertanggungjawab terhadap letupan itu. - AP (Berita Harian)


Baca seterusnya...

Gambar Nissan Grand Livina Facelift 2011

Saturday, June 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Nissan Grand Livina dengan facelift terbaru telah dilancarkan di Malaysia. Antara ciri-ciri terbaru facelift tersebut adalah rekabentuk yang baru untuk grill depan, cermin sisi dilengkapi lampu isyarat LED, dashboad dan ruang dalaman menggunakan tema hitam (sebelum ini warna beige).


Harga atas jalan untuk Grand Livina terbaru ini ialah RM86,800 (1.6 MT), RM89,800 (1.6 AT) dan RM98,800 (1.8 AT).














Baca seterusnya...

Final Piala FA 2011 : Terengganu vs Kelantan Malam Ini

Saturday, June 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Update

Terengganu juara Piala FA 2011 ! ( Terengganu 2 - 1 Kelantan)

Tahniah buat pemain Terengganu!




Malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menyaksikan siapakah juara Piala FA 2011, Terengganu atau Kelantan?

Untuk rekod, Terengganu pernah memenangi sekali Piala FA tahun 2000, manakala Kelantan belum pernah memenangi Piala FA.

Trofi Piala FA 2011 ini juga merupakan trofi piala FA terakhir sebelum diganti dengan trofi yang baru untuk musim depan. Dan pasukan yang memenangi trofi Piala FA tahun ini akan dapat menyimpannya terus.

Siapakah juara Piala FA 2011 ? Kelantan atau Terengganu ? Mari kita undi yeah!



Siapakah Juara Piala FA 2011 ?








Baca seterusnya...

Basikal Elektrik Lipat Ala Pisau Swiss Army

Saturday, June 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Wow! Menarik betul basikal lipat ini. Ia direkabentuk dengan meniru konsep pisau lipat Swiss Army.

Basikal lipat ini hanya seberat 18.5 kg, saiznya apabila dilipat setinggi 2ft 7 inci dan apabila lipatan dibuka menjadi 3ft 6 inci. Saiznya memang dicipta untuk menjimatkan ruang. Ianya boleh dilipat dengan satu tangan dan satu pergerakan. Lipatannya juga boleh dibuka dalam beberapa saat.

Basikal elektrik lipat ini dicipta oleh ayah dan anaknya iaitu Andre-Marcel, 71, and Eric Collombin, 42.

Walaupun basikal ini baru dalam peringkat prototaip tapi ia telah menerima lebih 1000 tempahan dari serata dunia melalui website miliknya dan dijual dengan harga £2,650. Mahal giler!











sumber : Daily Mail

ZURICH - Sebuah basikal elektrik keluaran Swtizerland boleh dilipat seperti pisau lipat, lapor sebuah akhbar semalam.

Basikal jenama Voltitude itu dilabel sebagai penjimat ruang yang unggul.

Direka untuk kegunaan bandar, basikal kompak seberat 18.5 kilogram itu memiliki panjang 0.8 meter apabila ia dilipat dan 1.09 meter selepas dibuka.

Kenderaan itu boleh dibuka dalam masa cuma satu saat.

Masa empat jam diperlukan untuk mengecas basikal berharga £2,650 (RM8,000) itu dengan menggunakan soket elektrik di rumah.

Ia yang boleh dibeli di laman web Voltitude, berupaya mencapai kelajuan 24 kilometer sejam dengan jarak perjalanan 40 kilometer sebelum perlu dicaj semula. - Agensi


Baca seterusnya...

6.10.2011

Rekabentuk Bangunan Yang Ganjil & Unik

Friday, June 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
THE CROOKED HOUSE, POLAND



DANCING BUILDING, PRAGUE



KETTLE HOUSE, TEXAS



HOUSE ATTACK(VIENNA,AUSTRIA)



RIPLEY`S BUILDING(ONTARIO,CANADA)





Baca seterusnya...

Angsa Pakai Sandal

Friday, June 10, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
hmm... apsal lain macam jer kaki dalam gambar di atas. Sandal tu nampak seperti sandal yang biasa kita pakai atau lihat, tapi bentuk kaki tu agak pelik dan macam bukan kaki manusia.

Mari kita lihat siapakah pemilik kaki dalam gambar di atas.





Ya. Kaki angsa rupanya. Angsa tersebut memakain sepasang sandal untuk keluar berjalan-jalan bersama tuannya.

Menurut tuan punya angsa tersebut yang diberi nama Gator, tujuan dia memakaikan Gator sepasang sandal tersebut adalah bagi melindungi kaki haiwan tersebut dari kepanasan jalan tar / konkrit.

hmm.. beruntung angsa ni yer dapat pakai sandal dan dapat berjalan-jalan bersama tuannya.


Baca seterusnya...

6.09.2011

Video Seorang Bomba Nyaris Maut Dihempap Runtuhan

Thursday, June 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Seorang ahli bomba yang sedang membantu dalam memadam kebakaran sebuah bangunan nyaris maut apabila satu runtuhan daripada bangunan tersebut hampir-hampir menghempap dirinya. Ahli bomba itu bernasib baik kerana sebaik sahaja dia melintasi kawasan tersebut, satu runtuhan jatuh di kawasan yang dia baru sahaja lalui beberapa saat sebelum itu. Memang belum ajalnya lagi.

Saksikan video tersebut di bawah,








Baca seterusnya...

Perhatian Warga Kedah - Nombor Pendaftaran KDA Boleh Ditempah Mulai Isnin

Thursday, June 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
ALOR SETAR: Orang ramai terutamanya anak jati Kedah yang menantikan nombor pendaftaran kenderaan "KDA" yang membawa maksud "Kedah Darul Aman" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengankutan Jalan Kedah mulai Isnin ini.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman, berkata tempahan akan dibuka selama 14 hari dari 8 pagi Isnin ini hingga 12 tengah hari 26 Jun.

"Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000. Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.


"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran KDA. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud Kedah Darul Aman," katanya.

Ahmad Musadad berkata mereka yang tinggal di luar Kedah boleh membuat tempahan dengan melayari laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my. "Mereka yang mahu membuat tempahan tidak kiralah sama ada melalui laman web atau datang terus ke pejabat kita perlu mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran dengan jelas, mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri sama ada individu, perniagaan, syarikat, koperasi atau agensi kerajaan.

"Selain itu, pemohon juga perlu sertakan surat rasmi asal permohonan tempahan nombor pendaftaran, salinan asal bayaran yuran perkhidmatan RM10 dan bayaran deposit 50 peratus daripada harga tempahan yang boleh dibuat dalam bentuk bank draf, kiriman wang atau wang pos atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia," katanya.

Beliau berkata bahawa setakat ini nombor pendaftaran yang paling tinggi dijual adalah KCQ dengan harga RM85,000 manakala KCT dijual dengan harga RM66,000.

"TIdak mustahil ada yang sanggup membeli nombor pendaftaran KDA dengan harga melebihi RM100,000," katanya. -BERNAMA




Baca seterusnya...

Video "Drop Test" iPad 2 , Galaxy Tab & Motorola Xoom

Thursday, June 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:



huhu.. gigit jari aku tengok video ni. Selamber jer diorang jatuhkan iPad 2, Galaxy Tab & Motorola Zoom semata-mata nak buat ujian tahap kerosakan ketiga² gajet tersebut jika terjatuh.

Walaupun begitu, bagus jugak diorang buat test camni, boleh jugak kita tahu apa hasilnya jika ketiga² gajet tersebut terjatuh kan. Sekurang-kurangnya kita akan lebih berhati-hati dengan gajet yang kita ada. Pegang elok² tau.kenyit



Baca seterusnya...

Harga Spesifikasi Myvi Baru 2011

Thursday, June 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Difahamkan, Myvi baru 2011 bakal dilancarkan Perodua pada 16 jun ini. Baru-baru ini segmen Auto Buletin Utama sudah mendedahkan serba sedikit Myvi baru tersebut. Jika dilihat di showroom-showroom Perodua, banner-banner "Lagi Best" tanda kedatangan Myvi baru sudah mula digantung.

Laman web arenakereta.com telah memaparkan brochure Myvi baru 2011 tersebut. Turut dipaparkan adalah sebahagian spesifikasi Myvi 2011.



Harga Myvi 2011 pula adalah seperti berikut :-

RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance


sumber : arenakereta.com

Baca seterusnya...

Semakin Lama Kahwin, Semakin Berubah Bentuk Sarapan Pagi

Thursday, June 09, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Macam-macam perumpamaan digambarkan untuk sesebuah tempoh ikatan perkahwinan. Salah satunya menerusi bentuk sarapan pagi pasangan yang dah berkahwin.


Tahun Pertama




Tahun Kedua



Tahun Ketiga

Tahun keempat





Tahun kelima



Tahun kesepuluh



Tahun kedua puluh. Telur mentah jer..


Tahun ke25 ! hangus terus! hehe


Apa-apa pun ini cuma perumpamaan tuk lawak semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang sudah mati.



Baca seterusnya...

Status Halal Barbican Belum Diputuskan - Jakim

Thursday, June 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memutuskan status minuman jenama Barbican yang didakwa sebagai 'bir halal' selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan perbincangan mengenainya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara tersebut perlu dilihat secara holistik sebelum keputusan akhir diumumkan.

“Berdasarkan perbincangan yang kita buat dengan pihak pengedar Isnin lalu, kita hanya mendengar penerangan mengenai mereka berhubung kaedah pembuatan serta bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan bir tersebut.

“Setakat ini pihak kami tidak dapat memutuskan status halal produk tersebut. Kita perlu tunggu Majlis Fatwa bermesyuarat mengenainya,” katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.



Dalam pada itu, Hakimah mengesahkan empat daripada lima syarikat pengedar produk minuman bijirin barli itu hadir pada mesyuarat selama tiga jam yang diadakan Isnin lalu.

Menurutnya, keputusan mesyuarat bersama pengedar yang diadakan pada hari tersebut bukan keputusan akhir sebaliknya Bahagian Hub Halal Jakim akan terus mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa mengenai produk bir tersebut.

“Kita akan terus membuat kajian mendalam serta mendapatkan maklumat daripada pengedar bir Barbican ini. Jadi buat masa ini kita tidak ada kata putus mengenainya,” katanya.

Isu ‘bir halal’ itu timbul selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) mendedahkan ada produk minuman yang terkenal dari negara Arab mempunyai kandungan alkohol 0.5 peratus, iaitu melebihi had 0.01 peratus yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Minggu lepas, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihati umat Islam di Malaysia supaya tidak minum ‘bir halal’ tersebut kerana kandungan alkohol dalam minuman itu melebihi paras yang dibenarkan oleh Islam.

Jamil Khir berkata syarikat itu mendakwa bahawa bir berkenaan mengandungi hanya 0.01 peratus alcohol tetapi kajian makmal yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Johor mendapati kandungan alkohol dalam minuman itu ialah 0.5 peratus

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol. - sumber Mstar Online



Baca seterusnya...

6.08.2011

Macam-macam Jenis Error Pada OS Windows

Wednesday, June 08, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:












Baca seterusnya...

Rupa Sebenar Angry Bird

Wednesday, June 08, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Video Anjing Pandu Kereta

Wednesday, June 08, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Tak pasti samaada memang betul anjing tersebut pandu kereta atau sebenarnya tuan dia pandu kereta secara sembunyi atau kereta tersebut menggunakan alat kawalan jauh. Tapi video anjing pandu kereta ini berjaya menjadi "hits" di youtube.






Baca seterusnya...

6.06.2011

Tukang Masak Goreng Ayam Guna Tangan Celup Dalam Minyak Panas

Monday, June 06, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Biasanya jika kita mengoreng ayam atau melihat tukang masak goreng ayam, tentulah menggunakan senduk untuk membalik-balikkan ayam dalam kuali yang dipenuhi minyak yang panas, tetapi tidak bagi Mr Trichan.

Mr Trichan,50 dari Chiang Mai, Thailand hanya menggunakan tangan kosong dan dengan selamber mencelup tangannya dalam minyak yang panas untuk mengoreng ayam. Menariknya, tangannya sedikit pun tidak melecur.

Mr Trichan, from Chiang Mai, in Thailand, said: 'When I put my hands into the oil it feels hot but it doesn't burn or blister my skin. I can fry rice, chicken, and many things with just my bare hands.'








sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik