5.21.2011

Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat : 9 Diselamatkan; 9 Terkorban; 7 Tertimbus

Saturday, May 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

- Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI

KAJANG: Lapan mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

Sebanyak tujuh mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba bagi meninjau tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.



Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.

Dalam insiden malang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

- Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.- sumber mStar Online


p/s : Marilah kita sama-sama berdoa agar mereka yang masih terperangkap dapat diselamatkan dan Al-Fatihah tuk mereka yang terkorban.













Baca seterusnya...

Hati-hati Kunjungi Kopitiam di Pulau Pinang

Saturday, May 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
GEORGE TOWN – Pengguna beragama Islam di negeri ini dinasihat berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini.

Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya.

Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti. (Kosmo)


Baca seterusnya...

Masa bertunang gemuk, bila kahwin sudah langsing

Saturday, May 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

YEOVIL, Britain - Seorang wanita berusia 36 tahun, Beth Wheeler memiliki berat 139.70 kilogram (kg) semasa bertunang tetapi beratnya cuma 53.50kg empat hari sebelum dia berkahwin pada 20 Februari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beth berjaya mencapai sasaran untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 76.20kg empat hari sebelum dia berkahwin.

Dia mula menjalani diet dan senaman untuk mengurangkan berat badan pada 2009 dengan mengikuti amalan kumpulan Weight Watchers.

Kumpulan itu yang mengamalkan diet pemakanan menyebabkan berat Beth berkurangan dengan banyak apabila dia menahan memakan makanan yang boleh mengemukkan badannya.




Menceritakan kesukarannya untuk mengurangkan berat badan, Beth berkata: "Ia memang sesuatu yang menyukarkan kerana saya tidak suka bersenam dan saya tidak pernah menjadi peminat gimnasium.

"Saya melakukan (mengurangkan berat badan) dengan mengubah gaya hidup dan pemakanan saya."

Ketua kumpulan itu, Raelene Hope berkata, dia berasa bangga dengan kejayaan Beth mengurangkan berat badannya.- Agensi (Kosmo)


Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu OST Nora Elena

Video Lagu OST Nora Elena (Jangan Kau Pergi - Erry Putra, Reen & Shajiry)




Lirik Lagu OST Nora Elena (Jangan Kau Pergi - Erry Putra, Reen & Shajiry)

Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku

Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi



Baca seterusnya...

5.20.2011

Harga Baru RON95 Awal Bulan Depan

Friday, May 20, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang meneliti semula harga pasaran minyak mentah dunia sebelum penyelarasan harga diputuskan bagi mengelak tanggungan subsidi yang lebih tinggi.

"Sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia masih kekal melebihi AS$100 setong (RM301), pemberian subsidi minyak akan meningkat kepada RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun lalu," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama dengan hypermarket/pasaraya, syarikat minyak dan persatuan hotel di sini, Jumaat.




Menurut beliau, kerajaan menanggung sebanyak RM1 seliter untuk subsidi minyak kepada rakyat pada ketika ini.

Justeru itu, kerajaan akan mengkaji semula harga pasaran minyak dunia setiap enam bulan agar tanggungan subsidi minyak dapat dikurangkan.

"Kajian semula untuk harga petrol RON 95 dibuat pada Disember tahun lepas. Jadi semakan terbaru akan dilakukan hujung bulan ini atau awal Jun," jelasnya.

Ismail Sabri berkata, semakan setiap enam bulan itu bukan dilakukan untuk membatalkan pemberian subsidi kepada rakyat tetapi mahu mengurangkan tanggungan subsidi kerajaan secara berperingkat-peringkat.

"Kita mesti lihat perkembangan yang berlaku di dunia pada ketika ini. Harga barang tidak akan kekal sepanjang masa," katanya.

Jelas beliau, harga petrol di Malaysia masih jauh lebih murah berbanding China yang menjual petrol RON 93 pada harga RM3.80 seliter manakala Indonesia, RM3.20 bagi petrol RON92.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan program suaian perniagaan antara koperasi bersama pasar raya, syarikat minyak dan persatuan hotel untuk membantu sektor koperasi memperluaskan pasaran produk keluaran mereka.

Katanya, pemasaran produk keluaran 35 buah koperasi terpilih dapat meningkatkan lagi peratusan penyenaraian tetap produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang masih berada pada tahap kurang memuaskan.

Beliau turut berharap pihak hotel dan syarikat minyak mengecualikan caj penyenaraian tetap kepada PKS untuk disenarai tetap di premis masing-masing.

"Bersesuaian dengan program itu, kementerian mensasarkan sumbangan koperasi terhadap Keluaran Dalam Kasar Negara akan dapat ditingkatkan kepada RM10 bilion menjelang 2013," katanya.

Untuk merealisasikan sasaran itu, beliau berkata Malaysia akan menjalin kerjasama dengan koperasi di Singapura bulan depan selain menggalakkan koperasi kecil bergabung untuk menjalankan perniagaan berskala besar. - mStar Online



Baca seterusnya...

Pemilik Ferrari Simpan Kereta Dalam Rumah

Friday, May 20, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:




SHEFFIELD, Britain - Seorang pemuda, Jon Ryder menyimpan sebuah kereta Ferrari F355 di dalam rumahnya sejak tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta buatan 1996 yang mempunyai kelajuan sehingga 294.50 kilometer sejam itu dibelinya lebih tiga tahun yang lalu.

Menurut Ryder, apabila berpindah rumah bersama isterinya pada tahun lalu, dia melihat terdapat ruang depan dalam rumahnya yang boleh diubahsuai untuk menjadi garaj menyimpan kereta idamannya itu.

Pintu 'garaj' yang menjadi laluan masuk kereta sport itu terlindung dengan kain langsir dan dia mengambil masa selama sebulan untuk melakukan pengubahsuaian.

Kereta itu berharga £83,000 (RM405,936) semasa dikeluarkan pada tahun 1990-an tetapi kini nilai kenderaan tersebut berkurangan kepada sekitar £35,000 (RM105,437).

"Saya masih tersenyum pada setiap hari kerana memiliki kereta idaman saya," kata Ryder. - Agensi

Baca seterusnya...

Pelajar Perempuan Maut Ketika Kejar Peragut

Friday, May 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KANGAR: Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini maut dalam usahanya mengejar peragut yang dikatakan cuba meragut rantai leher perak milik adiknya di KM10, Jalan Kaki Bukit di Beseri dekat sini malam Khamis.

Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, yang mengejar peragut dengan motosikal meninggal di tempat kejadian apabila motosikalnya dikatakan bergesel dengan motosikal peragut sebelum mangsa terpelanting di atas jalan raya dan dilanggar pula oleh sebuah kereta dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu.

Adiknya, Nur Syaza Naurah, 15, yang membonceng motosikal itu menceritakan kejadian tersebut bermula ketika mereka baru sahaja mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Balai Baru apabila dihampiri oleh seorang penunggang motosikal yang bertanyakan sesuatu tetapi mereka tidak mengendahkanya.

"Pada masa yang sama lelaki itu cuba meragut rantas leher saya tetapi gagal kerana saya sempat menepis tangannya," katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri.

Dia berkata kakaknya yang naik berang telah mengejar motosikal peragut itu bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal tersebut.



Namun motosikal yang mereka naiki hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya selepas berselisih dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, selepas terjatuh dia sempat bangun menyelamatkan diri tetapi kakaknya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan dilanggar pula oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah belakang menyebabkan dia meninggal serta merta di tempat kejadian.

Mayat Nur Syaza Yasmin dibawa ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Keteri sebelum solat Jumaat.

Pegawai Turus Trafik Perlis, Asisten Supritendan Rosli Yahaya berkata pihaknya telah menahan dua pemandu kenderaan terbabit.

"Kedua-dua pemandu berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun. Salah seorangnya adalah pemandu yang kenderaannya berselisih dengan motosikal mangsa manakala sorang lagi yang melanggar mangsa," katanya.

Beliau juga berkata polis masih belum pasti sama ada kes tersebut membabitkan kes ragut tetapi masa masa ini kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki yang dikatakan peragut itu belum dapat dikesan. - BERNAMA





Baca seterusnya...

USBTypewiter - Gabungan Gajet Klasik & Moden

Friday, May 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Mesin taip atau typewriter boleh disambung kepada komputer menggunakan USB?? Biar betul. Jika dilihat pada gambar di atas nampak macam gambar gimik je kan. Tapi hakikatnya memang betul. Typewriter yang biasa digunakan oleh kerani sebelum komputer digunakan secara meluas rupanya boleh disambung pada komputer.

Untuk lebih pemahaman, layan video debo usbtypewriter di bawah ni. Wow! memang cool!




Boleh disambung pada Ipad !








Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Sepanjang Hidup - Maher Zain

Video Lagu Sepanjang Hidup - Maher Zain (for the rest of my life)





Lirik Lagu Sepanjang Hidup - Maher Zain

Aku bersyukur kau di sini kasih
Di kalbuku mengiringi
Dan padamu ingin ku sampaikan

Kau cahaya hati
Dulu ku palingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir membasuh segalanya
Oh inilah janjiku kepadamu

Reff:
Sepanjang hidup bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu kaulah cintaku cintaku
Sepanjang hidup seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya aku milikmu


Yakini hatiku kau anugerah sang maha rahim
Semoga allah berkahi kita
Kekasih penguat jiwaku

Berdoa kau dan aku di jannah
Ku temukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oh inilah janjiku kepadamu

Back to reff

Yakini hatiku bersamamu ku sadari inilah cinta
Tiada ragu dengarkanlah
Kidung cintaku yang abadi

Back to reff





Baca seterusnya...

5.19.2011

Video CCTV Seorang Ibu Melanggar Anak Perempuannya di Tempat Parking

Thursday, May 19, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

Video CCTV ini nampak seperti kemalangan biasa di tempat parking kereta di sebuah pasaraya, namun setelah disiasat rupa-rupanya pemandu SUV tersebut merupakan seorang ibu dan perempuan yang kena langgar itu pula adalah anaknya. Dan tambah mengejutkan lagi, ibu tersebut memang sengaja melanggar anaknya.

Kemudian selepas anaknya terjelempuk di atas jalan, ibunya keluar dari kenderaan bukan untuk membantu anaknya malah memarahi anaknya lagi. Iskk..iskk..




Difahamkan ibu perempuan tersebut telah ditangkap dan bakal di dakwa.

sumber : Daily Mail





Baca seterusnya...

Rooftopping - Seni Fotografi Dari Atas Bumbung Pencakar Langit

Thursday, May 19, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bagi fotografer yang tak takut gayat di tempat tinggi boleh la mencuba teknik fotografi Rooftopping. Teknik rooftopping memerlukan fotografer berada di puncak paling tinggi di bangunan pencakar langit, kemudian snap gambar dari atas puncak tersebut.

Tengok hasil gambar rooftopping pun aku dah rasa gayat, inikan pula nak snap gambar sambil kaki terjuntai ke bawah. huhu.. Amacam, ada bran?












Baca seterusnya...

5.18.2011

Macam-macam Ragam Penumpang LRT

Wednesday, May 18, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:














p/s : gambar-gambar ni bukan LRT kat Malaysia


Baca seterusnya...

Video, Gambar Uno III Streetbike - Motor Boleh Lipat

Wednesday, May 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Ini mungkin satu berita baik untuk mereka yang gemar menunggang motor ke tempat kerja atau sebagainya. BPG Motors telah mendedahkan motor ciptaan terbaru mereka yang diberi nama Uno III Streetbike.


Apa yang menarik tentang Uno III Streetbike ini adalah motor ini boleh dilipat dan anda boleh bawak masuk dalam lift dan simpan motor anda disebelah meja pejabat anda.

Uno III Streetbike (U3) juga boleh ditunggang hanya menggunakan satu tayar (Unicycle). Motor U3 ini dicipta oleh anak muda bernama Benjamin Gulak. U3 menggunakan kuasa bateri dan untuk kelajuan purata 30-35 mph, bateri mapu bertahan untuk tempoh 3-4 jam.

Saksikan video Uno III Streetbike.










wow! teringin nak angkat satu. Bila nak masuk pasaran Malaysia ni. hehe



Baca seterusnya...

5.17.2011

Lukisan 4D Yang Kreatif Dari Artis China

Tuesday, May 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

Sekitar Kejuaraan Dunia Misai & Janggut 2011

Tuesday, May 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
The world's facial hair elite have descended on Norway for the 2011 World Beard and Moustache Championships.







Baca seterusnya...

Video Maarten Stekelenburg Jatuhkan Piala Dari Bas

Tuesday, May 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dah jadi macam tren pula pemain bolasepak jatuhkan piala dari atas bas ketika merayakan kemenangan mereka. Sebelum ini Sergio Ramos pemain Real Madrid jatuhkan piala Copa del Rey, kali ini giliran Maarten Stekelenburg dari pasukan Ajax jatuhkan piala Eredivisie ketika merayakan kemenangan mereka.

Paling memalukan, Maarten Stekelenburg adalah penjaga gol pilihan utama yang mana sudah tentu handal dalam menangkap objek tetapi nampaknya dia tak handal dalam memegang piala. :D

Saksikan video Maarten Stekelenburg jatuhkan piala dari bas. (saat ke 25) Nasib baik piala tu tak rosak.






Baca seterusnya...

Cincin Yang Buat Anda Lapar

Tuesday, May 17, 2011 by Mr PenyuBiru · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik