5.14.2011

Gambar Fotofit Wajah Suspek Kes Simbah Asid

Saturday, May 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Terkini (16 Mei 2011)

Pemuda serah diri

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang wajahnya mirip lakaran gambar suspek kes simbah asid yang menyasarkan wanita dan pelajar sekolah, tampil ‘menyerah diri’ di balai polis di Petaling Jaya, kelmarin, selepas dinasihatkan ahli keluarganya.

Lelaki berusia 25 tahun itu ke balai polis selepas dinasihatkan abangnya selepas mendapati gambar lakaran suspek kes simbah asid disiarkan media, Jumaat lalu, hampir menyerupainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata selepas siasatan menyeluruh termasuk mengenalpasti latar belakangnya, polis membebaskannya kerana tiada bukti mengaitkannya dengan kes itu.

“Lelaki yang juga pemandu lori datang secara sukarela ke balai polis.
Bagaimanapun, dia tidak ditahan selepas tiada bukti yang mengaitkannya dengan kes berkenaan,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata lakaran suspek boleh menyamai beberapa orang, namun tahap kemiripan mungkin berbeza.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek sebenar atau kes terbaru diminta menyalurkan maklumat kepada polis melalui Rakan Cop di talian 03-2115999 atau SMS ke 32728. (Berita Harian 16 Mei 2011)


Entri sebelum ini,


Inilah gambar fotofit wajah suspek kes simbah asid yang dikeluarkan oleh PDRM. Kes simbah asid yang berlaku di beberapa tempat di Kuala Lumpur ini menimbulkan kebimbangan orang ramai terutamanya wanita. Ini kerana suspek tidak mengira mangsa. Ikut suka hati dia jer nak simbah asid kepada mana-mana penjalan kaki terumatanya wanita.

Kejadian terbaru berlaku di Jalan Desa Pandan kira-kira 2 petang semalam. Suspek dipercayai menunggang motorsikal jenis Honda EX5 berwarna hitam bernombor plate palsu, dilihat memegang botol berlabel 100 Plus menggunakan tangan kiri.

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek tersebut boleh hubungi Rakan Cop di talian 03-21159999.

Sebarkan maklumat ini agar suspek psiko ini berjaya di tangkap.


Baca seterusnya...

5.12.2011

The Safe House

Thursday, May 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Closed Mode





Open Mode






















Baca seterusnya...

Video Wartawan Jaringkan Bola Jaring Secara Tak Sengaja

Thursday, May 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

Seni Meleraikan Barangan Elektronik

Thursday, May 12, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

















Baca seterusnya...

Video, Gambar JetMan Terbang di Grand Canyon

Thursday, May 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Is it a bird? Is it a plane? No it's 'JetMan'.

Memang berani betul lelaki yang bernama Yves Rossy ni terbang di ruang udara Grand Canyon hanya menggunakan jet suit. Tambah mengerikan, itu adalah cubaan pertamanya terbang di Grand Canyon.

Bagaimanapun, Yves Rossy hanya terbang selama 8 minit menggunakan jet suit sebelum mendarat menggunakan payung terjun.Purata kelajuan yang dicapai JetMAn adalah 125mph dan mempunyai 4 enjin.

Saksikan gambar dan video jetman selepas ini










sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

5.11.2011

Video, Lirik Lagu Lagu Sedih - VIP

Wednesday, May 11, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,

Video Lagu Lagu Sedih - VIP





Lirik Lagu Lagu Sedih - VIP
VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

[KORUS]
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih


Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

[KORUS]

Ku bukakan sterio, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu
Ulang
Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

[KORUS]

[KORUS]





Baca seterusnya...

Video, Gambar Ivan Stoiljkovic - Budak Magnet

Wednesday, May 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah Ivan Stoiljkovic si budak magnet. Budak ini mempunyai kelebihan iaitu barangan logam boleh melekat pada badannya seolah-solah badannya itu adalah magnet.

Baru berusia 6 tahun dan berasal dari Koprivnica, Northern Croatia.

Keluarganya memberitahu, Ivan mampu melekatkan barangan logam dibadannya sehingga 25kg.

Lagi gambar dan video Ivan Stoiljkovic












Baca seterusnya...

Budak 10 Tahun Mempunyai Kaki Terbalik

Wednesday, May 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Budak ini nama Dugan Smith. Baru berusia 13 tahun. Apa yang pelik tentang budak lelaki ini ialah kaki kanannya terbalik iaitu jari kaki di belakang, tumit di depan.

Kenapa jadi camtu?

Kaki kanan Dugan Smith didapati mempunyai ketumbuhan. Doktor tiada pilihan lain selain memotong bahagian ketumbuhan tersebut iaitu dari bahagian bawah lutut sampai ke peha.Kemudian selepas dipotong, doktor menyambung kembali kakinya itu tetapi secara terbalik.



Kenapa sambung kaki secara terbalik?

Ini kerana kakinya sudah menjadi pendek, jadi bahagian tumit pula sebagai ganti kepala lutut. Apabila disarungkan kaki palsu, Dugan Smith masih boleh berjalan seperti biasa.













Baca seterusnya...

5.10.2011

Video, Gambar Bayi Berkepala Dua

Tuesday, May 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang perempuan dari daerah Sichuan, China telah melahirkan bayi kembar yang berkepala dua. Kembar tersebut berkongsi badan, 2 tangan dan 2 kaki dan dilahirkan secara Caesarean minggu lepas.






BEIJING - Seorang ibu melahirkan bayi yang mempunyai dua kepala di sebuah hospital di bandar Suining, wilayah Sichuan, China pada minggu lalu.

Bayi itu berkongsi dua tangan dan dua kaki dilahirkan menerusi pembedahan.

Kembar ganjil itu menghidap dicephalic parapagus kerana bayi berkenaan hanya berkongsi satu badan yang menyebabkan pembedahan untuk memisahkannya tidak boleh dilakukan.

Bayi seberat 4.05 kilogram dan tinggi 50 sentimeter itu dilahirkan selepas satu sel telur gagal untuk berpecah dengan sempurna dan dianggap jarang berlaku dengan kebanyakan kes seperti ini dikesan di Asia Tenggara dan Afrika.

Bagaimanapun, di Barat, pada 2009, Lisa Chamberlain dari Portsmouth melahirkan kembar Joshua dan Jayden yang berkongsi satu badan. - Agensi





sumber : Daily Mail



Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu BoboiBoy

Video Lagu BoboiBoy





Lirik Lagu BoboiBoy - Burn

Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi

Jadi kita perlukan penyelamat bumi
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!

Ying!
YaYa!
Gopal
Dan super hero kita
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!


p/s : setiap petang ahad mesti layan citer ni bersama anak-anak. hehe

Baca seterusnya...

Gambar Kekecohan Pelancaran iPad 2 Di Beijing

Tuesday, May 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

BEIJING - Empat orang cedera apabila berlaku satu rusuhan semasa sejumlah pelanggan berbaris untuk membeli komputer tablet iPad 2 di luar sebuah kedai di sini.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu di kawasan Sanlitun itu bermula apabila seorang kakitangan kedai menjual iPad menumbuk seorang pelanggan yang memotong barisan.

Ekoran kejadian itu beberapa pelanggan lain memecahkan pintu kaca di kedai berkenaan.

Menurut beberapa saksi, botol-botol air dibaling semasa rusuhan itu berlaku.

Empat orang yang cedera itu dirawat di sebuah hospital dan polis mengambil keterangan mereka.

Seorang jurucakap syarikat Apple yang mengeluarkan iPad di China, Carolyn Wu berkata, kedai itu ditutup selama beberapa jam pada Sabtu lalu selepas kekacauan di luar kedai berkenaan tidak dapat dikawal. - Agensi

lagi gambar..







p/s : Haih...tak paham aku...macamlah tak boleh beli hari lain atau beli online.


Baca seterusnya...

Datuk Aimi Jarr Meninggal Dunia

Tuesday, May 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Wartawan hiburan veteran, Datuk Aimi Jarr meninggal dunia pagi tadi.

Allahyarham dengan nama sebenarnya Omar Alias Abdul Majid Puteh menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur kira-kira jam lapan pagi tadi.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Klang Gate selepas solat zohor.

Ketika hayatnya Allahyarham yang juga seorang pelakon dan penulis skrip sejak tahun 1962 pernah memenangi anugerah penulis lakon layar terbaik pada Festival Filem Malaysia.

sumber : tv3.com.my

Al-Fatihah tuk arwah Datuk Aimi Jarr.


Baca seterusnya...

Video Dallas Wiens - Lelaki Pertama Jalani Pemindahan Seluruh Muka

Tuesday, May 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Perhatian : Entri ini mengandungi gambar-gambar & video yang mungkin ngeri dan tidak selesa bagi sesetengah pembaca.


Ini gambar lama Dallas Wiens sebelum terlibat dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008 yang menyebabkan dia hilang keseluruhan muka akibat terbakar.


Ini pula gambar terbaru Dallas Wiens selepas menjalani pemindahan seluruh muka. Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu. Dia dapat menghidu kembali, walaubagaimapun matanya masih buta.

Bagi Dallas Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya, Scarlett adalah pencapaian yang paling bermakna setelah lebih dua tahun dia tidak merasainya.

"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya.

Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.

Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.















Baca seterusnya...

5.09.2011

Rekabentuk Uncang Teh Yang Unik & Kreatif

Monday, May 09, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:












Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik