5.05.2011

Gambar Unta Menelan Seorang Perempuan

Thursday, May 05, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gambar di atas menunjukkan unta sedang cuba menelan seorang perempuan. Perempuan tersebut merupakan doktor haiwan.

Biar betik!!

Cuba anda tengok betul-betul gambar di atas. Sebenarnya ia cuma ilusi. Kedudukan sudut gambar ini dirakam dan di masa yang tepat, nampak seperti unta tersebut menelan orang tapi sebenarnya perempuan tersebut berada di sebalik kepala unta tersebut.

Untuk makluman, gambar di atas dirakam ketika doktor haiwan dan pembantunya sedang berusaha untuk menterbalikkan (betul ke ayat ni) badan unta supaya mereka dapat merawat kuku kaki unta tersebut.


Baca seterusnya...

Kenapa Perlu Jauhkan Gunting Dari Kanak-Kanak

Thursday, May 05, 2011 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ibubapa selalu larang anak-anak bermain dengan benda tajam seperti pisau, gunting dan sebagainya. Larangan itu bukan sekadar suka-suka sebab semua sedia maklum, benda-benda tajam bukan barang mainan dan perlu dikendalikan dengan betul.

Jika tak dengar cakap ibubapa atau orang yang lebih tua, maka insiden seperti kanak-kanak di bawah ini mungkin boleh berulang lagi.

Kanak-kanak lelaki ini nampak gembira kan. Tapi perasankah anda parut panjang pada bawah mata sebelah kirinya itu.

Nak tahu apa punca parut itu, saksikan gambar seterusnya (lemah jantung, darah tinggi, kecing manis tidak digalakkan tengok)











Baca seterusnya...

Hati-Hati Ketika Ambil Tiket Parking

Thursday, May 05, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

5.04.2011

Harga Petrol RON 97 Naik 20 sen Menjadi RM2.90 Tengah Malam Ini

Wednesday, May 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,


Harga petrol RON 97 naik lagi! Manakala harga petrol RON 95 masih kekal. Fuhh..seb baik aku pakai RON 95.

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. - Malaysiakini.com



Baca seterusnya...

Gambar Lukisan Dari Seorang Budak Untuk Biayai Perubatannya Sendiri

Wednesday, May 04, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Budak lelaki ini bernama Aidan Reed. Aidan Reed baru berusia 5 tahun tapi telah didiagnosis menghidap penyakit leukemia pada 13 September 2010.

Seperti semua sedia maklum, kos rawatan penyakit leukemia ini memang tinggi, hinggakan ibubapa Aidan terpaksa mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan wang bagi membiayai rawatan Aidan.

Biasanya kita lihat dalam laporan berita di Malaysia, biasanya mereka yang kesempitan kewangan untuk membiayai perubatan akan memohon derma dari orang ramai. Tapi berbeza dengan Aidan, penyakit leukimia nya itu tidak menghalang untuk Aidan mendapatkan wang. Hanya dengan melukis gambar-gambar raksasa dari atas katil hospital sewaktu menjalani rawatan, Aidan berjaya menjual lebih 3,000 lukisan dan berjaya mengumpul melebihi AS$30,000 (RM89,235). Duit itu berjaya mendapatkan semula rumahnya yang dicagar dan menjalani rawatan susulan selepas ini.

Hebat bukan! Siapa kata pesakit tidak boleh buat duit. Hendak seribu daya.

Lagi gambar lukisan raksasa Aidan Reed..






Kini Aidan tidak perlu risau lagi dengan masalah kewangan.

sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

5.03.2011

Cinemagraphs - Objek Dalam Gambar Bergerak

Tuesday, May 03, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Anda nampak tak rambut & loket perempuan tu bergerak-gerak di tiup angin? Gambar di atas bukan video tetapi memang gambar. Ia dipanggil teknik Cinemagraphs yang mana gambar pegun tetapi terdapat bahagian tertentu yang bergerak. Gambar ini adalah dalam bentuk gif.

Two artists have created a new way to to record your special moments - pictures with movement.

The ‘cinemagraphs’ look like still photos but actually feature a subtle area of movement designed to grab your eye and keep you looking. The effect is slightly eerie - but utterly captivating.

Lagi gambar Cinemagraphs yang menarik..









sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Video Lelaki Disambar Petir Dua Kali Ketika Berjoging

Tuesday, May 03, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video CCTV di bawah ini berjaya merakam seorang lelaki yang sedang berjoging di taman dan secara tiba-tiba disambar petir dan terbaring. Kemudian lelaki itu bangun semula dan sebelum sempat beredar, lelalaki itu disambar petir lagi buat kali kedua. Walaubagaimanapun, lelaki itu bernasib baik kerana masih hidup dan berjaya beredar dari situ.







NEW YORK - Malang datang bertimpa buat seorang lelaki apabila dia disambar petir sebanyak dua kali dalam tempoh tidak sampai seminit, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berkenaan sedang berjoging di sebatang jalan raya di pinggir sebuah bandar di Amerika Syarikat pada 11 April lalu apabila insiden itu dirakam kamera video litar tertutup (CCTV).

Ketika kejadian, mangsa disambar petir dan tersungkur ke tanah. Selepas mengambil nafas dan menenangkan dirinya, dia bangkit semula 15 saat kemudian.

Dia sempat berjalan beberapa meter apabila petir sekali lagi menyambarnya menyebabkan dia rebah ke tanah semula.

Lelaki tersebut yang kelihatan bingung memikirkan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kemudian bangun semula dan meninggalkan tempat kejadian.

Rakaman video luar biasa itu mencetuskan sensasi di YouTube dengan beribu-ribu orang memberitahu, mereka terkejut melihat lelaki itu terselamat dalam kejadian tersebut. - Agensi (Kosmo)




Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Pulanglah - Awi Rafael

Video Lagu Pulanglah - Awi Rafael




Lirik Lagu Pulanglah - Awi Rafael

Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Bridge:
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan


Korus: (2x)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Bridge & Korus
*Gitar Solo
Ulang Bridge

Runaway…
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Ualng Korus







Baca seterusnya...

5.02.2011

Gambar Mayat Osama Laden Yang Dibunuh Adalah Palsu?

Monday, May 02, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

Hari ini kecoh satu dunia apabila Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dalam kenyataan rasminya menyatakan yang Osama Bin Laden telah berjaya dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agam di luar Islamabad.

Gambar sebahagian muka Osama bin Laden yang dipenuhi darah mula tersebar. Bagaimanapun tidak lama selepas gambar muka Osama bin Laden itu tersebar, ada pihak mendakwa ia adalah gambar palsu.

Cuba lihat perbandingan gambar di bawah ini.

Bahagian mulutnya yang terbuka itu memang sama kan. Satu lagi yang menjadi pertanyaan, hanya gambar muka Osama yang dipenuhi darah ini sahaja yang tersebar di seluruh dunia.

Adakah pengumuman kematian Osama bin Laden adalah satu proganda? Mungkin wikileaks ada jawapannya. hehe..

Jika benar Osama bin Laden sudah meninggal dunia, Al-Fatihah untuk Allahyarham.

sumber gambar : thefirstpost.co.uk








Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik