4.29.2011

Comel Plak Tengok Miniatur Ni..

Friday, April 29, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:








These amazing artworks may feature just tiny people, but they're set to bag their creator a huge profit.

Quirky French snapper Vincent Bousserez has created a vast selection of pictures of miniature plastic people carrying out day-to-day activities.

Vincent,from Paris, came up with the 'Plastic Life' series following a trip to a miniature model shop four years ago.

sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

4.28.2011

Notis saman bergambar mulai 1 Mei - Timbalan KPN

Thursday, April 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 28 April — Mulai 1 Mei ini, Polis Diraja Malaysia akan menghantar notis saman berserta gambar mana-mana kenderaan yang didapati telah melanggar undang-undang jalan raya di kawasan yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menggunakan kaedah itu bagi mengemas kini cara saman dikeluarkan supaya lebih tepat dan berkesan.

"Kalau ada yang dakwa itu bukan kenderaan mereka (walaupun selepas notis saman berserta gambar dihantar), sila kemukakan bukti di mana-mana kaunter trafik,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.

Katanya, kaedah itu akan diguna pakai bagi kesemua kesalahan termasuk memandu melebihi had laju, tidak memakai tali pinggang keledar, membuat pusingan di kawasan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.

Kaedah itu digunakan sebagai ‘bahan bukti’ bagi menunjukkan seseorang itu telah melanggar undang-undang jalan raya, katanya.

Tambah Khalid, bagi kawasan yang tidak mempunyai CCTV, saman akan tetap dikeluarkan secara normal oleh anggota dan pegawai trafik. — Bernama

p/s : lepas ni kena sentiasa senyum masa driving. kenyit



Baca seterusnya...

Video seks – tips mudah untuk di soal siasat oleh pihak berkuasa

Thursday, April 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Menjadi seorang blogger sememangnya satu perkara yang seronok untuk sesiapa pun, lebih-lebih lagi apabila blognya di lawati oleh pengunjung. Lebih ramai pengunjung yang datang ke blog kita… maka lebih tinggilah nisbah traffik yang diterima.

Sebagai seorang blogger, mereka berhak untuk terbitkan apa sahaja artikel yang mereka sendiri mahukan. Dari kisah peribadi, kisah lampau, kenangan manis, kenangan pahit, kisah artis, kisah dalam kain dan rumahtangga orang lain dan juga kisah yang berlaku di dunia. Malah sampai pada satu tahap, kisah luar dunia ini pun boleh dikongsikan.

Tetapi seorang blogger juga harus tahu etika blogging yang betul. Blogger walaupun merasakan dirinya bebas.. tapi apabila tiba pada satu tahap, mereka akan tertakluk di bawah undang-undang. Tidak kiralah negara mana kita duduk, kita harus patuh pada undang-undang.



Malangnya, sikap rakus blogger ini untuk mendapatkan perhatian pengunjung luar demi menaikkan traffik di blog sendiri telah membutakan mata mereka. Ramai yang seronok tetapi dalam waktu yang sama, mereka terlupa yang mereka mungkin telah melibatkan diri mereka sendiri dengan rang undang-undang.

Iya… telah banyak berlaku di mana blogger di soal siasay dan diambil tindakan di atas perilaku mereka sendiri.. di blog mereka sendiri. Tiada seorang pun yang mengusik mereka… mereka sendiri yang mencari nahas.

Terbaru, ramai yang tidak sedar kepentingan etika blogging di mana mereka dengan mudahnya meletakkan video seks (part 2) yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan seorang pelacur China. Memang benar video kali ini lebih 18sx tetapi hakikatnya, video ini semakin tersebar dengan hebatnya di internet hari ini. Kalian nak jadi sebahagian dari mereka yang menyebarkan video seks ini juga?

  • Tahukah kalian bahawa dengan meletakkan video seks itu di blog masing-masing akan memburukkan lagi keadaan?
  • Sedarkah kalian bahawa dengan menjadi “tukang sebar” video tersebut boleh membuatkan kalian di soal siasat oleh pihak berkuasa dalam jangka waktu terdekat?

Di soal siasat?
Mengapa pula?

Ehhh.. janganlah di tanya. Terkini berita di TV petang tadi melaporkan sesiapa yang menyebarkan video ini bakal di soal siasat. Kalau berani sangat, pergilah letakkan link dan video tersebut di blog masing-masing. Tapi jangan cakap aku tidak beritahu ya…

Kes masih dalam siasatan, dan sesiapa yang nak di siasat juga.. silakanlah berbuat demikian… heh :)

Ikhlas dari,
-rohaizad dot com-

+++++++++++++++++++++

p/s: Kalau kalian prihatin dengan rakan blogger yang lain, copy paste sahaja entri ini dan terbitkan di blog masing-masing. Aku benarkan sebab itu sahaja cara untuk aku “memberi” pada rakan blogger (saling ingat-mengingatkan). Kalau rasa terlalu malas, copy paste sahaja link entri ini dan postkan di wall Facebook masing-masing






Baca seterusnya...

Pesalah Trafik Masih Boleh Perbaharui Lesen Jika..

Thursday, April 28, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Selepas Polis mengumumkan tidak lagi bersembunyi di sebalik tiang sebelum mengeluarkan saman, kini JPJ pula mengeluarkan kenyataan, pesalah trafik masih boleh memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan motor jika kes mereka belum lagi dibawa ke mahkamah.


JPJ tak sekat urusan pembaharuan lesen
2011/04/26

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi menyekat urus niaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor bagi kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat.

Beliau berkata, hanya kes dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ saja akan disenarai hitam lesen dan kenderaan terbabit. - Berita Harian


Baca seterusnya...

Harga Rasmi iPad 2 Malaysia

Thursday, April 28, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Setelah sejak beberapa minggu ini tersebar khabar angin tentang perlancaran iPad 2 di Malaysia. Kini, berita telah disahkan. iPad 2 bakal dilancarkan dan dijual di semua Apple retailers di Malaysia pada hari jumaat ini, 29 April 2011.

Berikut ialah harga iPad 2 Malaysia,

WiFi
16GB: iPad RM1,549 — iPad 2 RM1,499
32GB: iPad RM1,849 — iPad 2 RM1,799
64GB: iPad RM2,149 — iPad 2 RM2,099

3G
16GB: iPad RM1,999 — iPad 2 RM1,899
32GB: iPad RM2,299 — iPad 2 RM2,199
64GB: iPad RM2,599 — iPad 2 RM2,499

Harga rasmi iPad 2 Malaysia ini lebih murah RM100 dari apa yang tersebar sebelum ini.

sumber : soyacincau.com

Baca seterusnya...

4.26.2011

Wajah Misteri Pada Batang Pokok Akasia

Tuesday, April 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gambar-gambar berikut adalah screenshot dari berita TV9 yang melaporkan terdapat wajah misteri pada batang pokok Akasia (ada yang kata pokok sabun).

Ini pula laporan berita dari Sinar Harian,

GUNUNG KERIANG - Penduduk sekitar kawasan pusat rekreasi di sini digemparkan dengan penemuan pokok yang dipercayai menyerupai wajah manusia.

Pokok yang dikenali dengan ‘pokok sabun’ oleh masyarakat setempat itu dipercayai menyerupai bentuk wajah manusia sejak seminggu lalu dan dikatakan menjadi lokasi aktiviti pemujaan.

Pengunjung, Muhammad Azwan Mansor, 24, berkata, pengunjung tidak dapat melihatnya secara jelas melalui mata kasar malah, mereka perlu mengambil gambar dan objek itu akan kelihatan lebih jelas menerusi gambar yang diambil.

Menurutnya, pelbagai andaian yang dibuat apabila melihat wajah yang timbul pada bahagian pemeluk pokok itu namun, terpulang kepada kepercayaannya masing-masing.

“Ada yang menyatakan ia sekadar ukiran namun, bagi saya ia mungkin terbentuk daripada rekahan kulit pokok itu sendiri,” katanya.

Penduduk, Mohd Tazri Seman, 30, berkata, sebelum ini taman rekreasi itu menjadi tumpuan pengunjung pada sebelah petang namun, sejak berlakunya kejadian itu kawasan berkenaan sentiasa dikunjungi tanpa mengira waktu. - Sinar Harian

Lagi gambar wajah misteri pada pokok Akasia.







sumber : forum cari

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik