4.23.2011

Video Perempuan Belasah Perempuan di McDonald's

Saturday, April 23, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video yang menunjukkan 2 orang perempuan sedang membelasah seorang perempuan di restoran makanan segera McDonald's telah tersebar di internet.

Apa yang menariknya, video tersebut dirakam oleh pekerja restoran McDonald's tersebut yang mana sepatutnya pekerja tersebut meleraikan pergaduhan tersebut.

Saksikan video perempuan bergaduh di McDonald's di bawah.

(Amaran : video tersebut agak brutal)





Kejadian pergaduhan di atas berlaku di McDonald's Rosedale, NY



Baca seterusnya...

Samsung Galaxy Tab 3G Percuma!

Saturday, April 23, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Buzz Deal Dealmates kembali lagi! Kali ini dengan tawaran Samsung Galaxy Tab 3G dengan harga RM0. Ya, RM0 atau dalam erti kata lain percuma!

Bagaimana untuk memiliki Samsung Galaxy Tab 3G dengan harga RM0 ?

Masuk laman Dealmates (sila klik). Daftar guna facebook anda dan klik "Buy" Samsung Galaxy Tab 3G tersebut dengan harga RM0 sahaja. Kemudian satu emel pengesahan menandakan anda dah join akan diemel ke dalam inbox anda. Apabila Dealmates mencapai kuota 10,000 belian, satu no sijil akan diberi kepada melalui emel. Apabila tiba masa cabutan bertuah nanti, kita tengoklah no sijil siapa yang kena. Semua orang mempunyai peluang yang sama. Nama pun cabutan bertuah kan.

Dapatkan Samsung Galaxy Tab 3G i percuma sekarang sementara deal masih berjalan.


Good luck!kenyit


Baca seterusnya...

KTMB Perkenal Sistem 1RM - Tiket Komuter Berharga RM1 Mulai 1 Mei

Saturday, April 23, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam berita Edisi 7 tengahari tadi, dipaparkan berita tentang KTMB memperkenalkan sistem tiket 1RM. Sistem tiket 1RM adalah tiket komuter dijual dengan harga RM1 untuk sehala untuk ke mana-mana destinasi. Bagaimanapun tiket RM1 tersebut hanya untuk golongan warga emas, OKU dan pelajar sekolah beruniform.

Carian aku di google tentang Sistem Tiket 1RM ini, hanya menjumpai laporan berita dari Bernama sahaja.

KTMB memperkenalkan sistem tiket 1RM (1 Rakyat Malaysia) bagi warga emas, Orang Kelainan Upaya dan pelajar sekolah yang berpakaian seragam.

Mengulas sistem tiket 1RM itu, Aminuddin berkata tiket yang berharga RM1 tersebut akan dijual mulai 1 Mei ini di 51 kaunter komuter KTMB dan kepada 100 pengguna pertama setiap hari.

"Tujuannya (pengenalan tiket 1RM) untuk menyahut seruan kerajaan melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tiket untuk satu hala ini akan dijual dari 6 pagi hingga 6 petang," katanya.

Dipetik dari Bernama (23 April 2011)



p/s : 100 orang pertama setiap hari??


Baca seterusnya...

4.22.2011

Video Iklan Cadbury Eyebrows Dance

Friday, April 22, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pernah tengok iklan coklat Cadbury yang memaparkan sepasang kanak-kanak mengerak-gerakkan keningnya senada dengan muzik.

Memang hebat budak-budak itu. Aksi tarian gerak keningnya mengalahkan penyanyi Ziana Zain.hehe

Bila aku cari di youtube iklan cadbury eyebrows dance, banyak pulak video parodi yang cuba meniru aksi tarian kening iklan tersebut. Haha..memang kelakar habis..


Ini video iklan cadbury eyebrows dance yang original



Ini pula video parodi iklan tersebut..













Baca seterusnya...

Gambar Pelancong Bermesra Dengan Paus Gergasi

Friday, April 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini baru sebahagian dari kepala ikan paus kelabu. Kalau nak tahu besar mana ikan paus ni, tengok gambar seterusnya sampai habis. Pasti anda akan terkejut. Giler berani pelancong-pelancong ni. Sekali paus tu ngap, habis seme ngep.






BANDAR RAYA MEXICO - Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah pelancong dari seluruh dunia bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut.

Seorang ahli zoologi Mark Carwardine berkata: "Jika anda tidak menggaru dan mengeletek haiwan itu, kumpulan ikan paus tersebut akan mencari sebuah bot lain yang membawa pelancong untuk berbuat demikian."

Pihak berkuasa Mexico menetapkan kawasan yang boleh dilalui bot pelancong untuk melihat ikan paus tersebut yang sebahagian haiwan berkenaan sepanjang 13.71 meter. - Agensi

Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat


Video Lagu Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat




Lirik Lagu Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu



Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Baca seterusnya...

Majlis Fatwa Kebangsaan Tak Halang Poco-Poco Dengan Syarat

Friday, April 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
SEPANG 22 April - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. - Bernama



Baca seterusnya...

Video Sergio Ramos Jatuhkan Piala Copa del Rey

Friday, April 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Nama Sergio Ramos, pemain Real Madrid mungkin menjadi popular dalam sejarah bukan kerana kehandalannya bermain bolasepak tapi kerana cuai memegang Piala Copa del Rey. Real Madrid baru sahaja memenangi Piala Copa del Rey, dan pemain-pemain tersebut merayakan kemenangan itu dengan membawa piala tersebut ke sekitar bandar.

Ketika Sergio Ramos menjulang piala tersebut, entah di mana silapnya, Piala Copa del Rey tersebut terjatuh ke atas jalan dan seterusnya di langgar oleh bas yang mereka naiki.

Difahamkan piala tersebut rosak teruk.

Saksikan video Sergio Ramos menjatuhkan Piala Copa del Rey











Baca seterusnya...

Gambar Telur Ayam Sebesar Duit Syiling (Bukan Telur Tiruan)

Friday, April 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Telur yang paling kecil di atas adalah telur ayam. Saiznya sebesar duit syiling 50 pence dan dipercayai telur paling kecil di Britain. Tak pasti pula telur ayam ni telur tiruan atau tidak.




GLOUCESTERSHIRE - Seekor ayam di Britain mengeluarkan telur sebesar duit syiling 50 pence (RM2.46) yang dipercayai telur terkecil di negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Telur setinggi 3.3 sentimeter dengan lebar 2.5 sentimeter itu ditemui oleh seorang gadis, Chloe Heath-Byard, 15, ketika dia mengutip telur ayam di rumah neneknya di sini, barat daya England, baru-baru ini.

"Saya terkejut melihat telur ayam sekecil ini. Saiznya menyamai duit syiling 50 pence," katanya.

Chloe dan neneknya merancang untuk mengawet telur ganjil itu supaya dapat menyimpannya untuk satu jangka masa yang lama. - Agensi (Kosmo)




Baca seterusnya...

Misteri Bangkai Makhluk Asing Yang Ditemui di Rusia Terjawab

Friday, April 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Awal minggu ini gempar dengan video yang memaparkan penemuan bangkai makhluk asing (alien) di wilayah Siberia, Rusia. Boleh baca dan lihat video di sini.

Bagaimanapun, misteri bangkai mahkluk asing itu akhirnya terjawab apabila polis melakukan siasatan. Rupa-rupanya, ia kerja 2 orang pelajar (gambar) yang menghasilkan bangkai makhluk asing (alien) tersebut dari roti & kulit ayam, kemudian buat video dan sebarkan di youtube.

Dem! aku dah agak dah video ni hoax.


sumber : Daily Mail



Baca seterusnya...

4.20.2011

Laman Web Emel 1Malaysia

Wednesday, April 20, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Inilah dia laman web emel 1Malaysia bernilai RM50 juta yang hangat diperdebatkan itu. Klik pada gambar untuk akses ke laman web emel 1Malaysia.

kredit : amanz.my



Baca seterusnya...

Video Jaringan Gol Paling Pantas, Perlawanan Baru Bermula 3 Saat

Wednesday, April 20, 2011 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Carlos Almeida dari FC Oliveira do Hospital mencipta sejarah menjadi pemain bolasepak yang menjaringkan gol dalam masa 3 saat selepas perlawanan baru bermula.

Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel sebagai tanda bermulanya perlawanan antara FC Oliveira do Hospita vs Arganil, Carlos Almeida tanpa teragak-agak menendang bola terus ke dalam gol menewaskan penjaga gol Arganil. Semuanya berlaku dalam masa 3 saat. Hebat!

Saksikan video jaringan gol terpantas oleh Carlos Almeida





Ini pula video Michele Virgilio (Narnese) vs Casa del Diavolo. Beliau jaringkan gol dalam masa 4 saat!






Baca seterusnya...

Rekabentuk Cawan Yang Jarang Kita Lihat

Wednesday, April 20, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

4.19.2011

Buruh Dulu-Dulu Buat Kerja Tanpa Alatan Keselamatan

Tuesday, April 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tengok gambar buruh dulu-dulu buat kerja bina bangunan tinggi-tinggi, rasa bersyukur dengan kerja yang kita ada sekarang ni. Buruh dulu-dulu buat kerja tanpa menggunakan alatan perlindungan keselamatan yang sesuai. Main redah aje walaupun mereka berada di ketinggian beribu-ribu kaki. Gila berani!








Time makan pun, makan kat atas tu jugak.

Baca seterusnya...

Tolong! Aku Tak Nampak Apa-Apa Ni!!

Tuesday, April 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika anak beruang kutub (polar bear) ini boleh bercakap, "Ibu tolong! tak nampak apa-apa ni!!" , mungkin itu agaknya yang akan dijeritkan. hehe


Setelah mengetuk-getuk baldi itu pada batu, akhirnya anak beruang kutub itu berjaya juga menanggalkan baldi itu.


"Tu la..ibu dah cakap jangan main dengan baldi.."



Baca seterusnya...

Video Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia

Tuesday, April 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi (Kosmo)


Saksikan video bangkai makhluk asing tersebut dan nilaikan sendiri adakah ianya suatu proganda atau memang betul-betul punya..









Baca seterusnya...

Pengeluaran Wang KWSP Umur 50, 55 Tahun Kini Lebih Mudah

Tuesday, April 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
KUALA LUMPUR 18 April – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memohon pengeluaran umur 50, 55 tahun dan simpanan melebihi RM1 juta dengan lebih mudah.

Penambahbaikan yang baru diperkenalkan itu membolehkan ahli memohon pengeluaran berkenaan dengan mudah tanpa perlu mengisi borang, menyertakan salinan kad pengenalan dan buku akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol dalam kenyataan hari ini berkata, inisiatif pengeluaran mudah itu dilaksanakan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran bagi tiga kumpulan itu.

Katanya, dengan inisiatif baru itu, ahli yang ingin membuat pengeluaran tersebut hanya perlu membawa bersama kad pengenalan dan buku akaun ke mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP.

Katanya, perkhidmatan itu khusus untuk pemegang MyKad sahaja dan kelulusan boleh dibuat serta-merta setelah identiti ahli dan kelayakan pengeluaran disahkan.

Bagaimanapun, Azlan berkata, ahli yang memiliki kad pengenalan tentera atau polis atau yang masih menggunakan kad pengenalan lama tidak boleh menikmati kemudahan itu.

Katanya, mereka perlu melalui proses pengeluaran biasa dengan mengisi Borang KWSP 9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan buku akaun bank.

Azlan menjelaskan, dengan jumlah ahli yang kian meningkat, adalah amat penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan.

“Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP setelah mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data,” katanya. – BERNAMA




Baca seterusnya...

4.18.2011

4 Adik Beradik Kongsi Hari lahir Yang Sama

Monday, April 18, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pasangan suami isteri ini, Mr and Mrs Bageban sungguh bertuah kerana mendapat anak kembar. Kembar yang pertama, dua-dua anak lelaki dilahirkan pada 27 februari. 3 tahun kemudian, dapat anak kembar lagi, dua-dua perempuan dan menariknya pada tarikh yang sama iaitu 27 februari juga. Jadi, keempat-empat anaknya berkongsi tarikh lahir yang sama.

Keberangkalian sebegini hanya berlaku 17 juta dalam satu.

Kesemua kembar tersebut dilahirkan secara normal, dan Guinness World Records mengesahkan mereka satu-satunya keluarga di Britain yang mempunyai dua set anak kembar yang lahir pada hari yang sama.




sumber : Daily Mail





Baca seterusnya...

Video Lelaki Iron Baju Di Tengah-Tengah Lebuhraya

Monday, April 18, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

Seorang lelaki dilihat dengan selamber menyerika (ironing) bajunya di tengah-tengah lebuhraya. Dengan memakai pijama (baju tidur), lengkap dengan papan seterika & seterika, lelaki yang tidak dikenali itu dengan selamber menyerika baju kemeja putihnya di tengah-tengah highway. Nasib baik tiada kenderaan melalui laluan tersebut kerana laluan tersebut ditutup kerana rosak akibat kebakaran.

Macam tak caya je kan, tapi lihat video di bawah ini yang dirakam melalui CCTV yang terdapat di lebuhraya tersebut. Hebat betul CCTV lebuhraya ni, boleh zoom dari jarak yang begitu jauh.



owh..lupa nak bagitau, kejadian ni berlaku di lebuhraya M1 London.






Baca seterusnya...

Kolam Mandi Yang Buat Anda Tak Basah

Monday, April 18, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pengunjung yang sedang bergambar ini sebenarnya berada di dalam kolam mandi. Ya, dalam kolam mandi. Mengapa mereka tak basah pun ek?

Beberapa pengunjung yang lain pula hanya memerhatikan dari atas kolam mandi. Mungkin hairan bagaimana ada orang boleh berjalan di dalam kolam mandi tersebut.

Sila baca seterusnya untuk ketahui jawapannya..





sebenarnya.. kolam mandi ini adalah kolam mandi tipu punya atau fake pool. Sebenarnya hanya permukaan sahaja ada air dan dibawahnya adalah sebuah ruang kosong tanpa air. Saksikan video di bawah







Baca seterusnya...

Memang Bas Ni Kena Masuk Sekolah Semula

Monday, April 18, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:





sumber : the star

Baca seterusnya...

Tips Elak Binatang Ternakan Dicuri

Monday, April 18, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Dalam dunia yang serba maju ni, jenayah mencuri di mana-mana. Hinggakan binatang ternakan pun ada orang curi. Apatah lagi jika binatang ternakan tu melibatkan lembu, kambing dan biri-biri. Semua binatang tersebut mempunyai nilai yang tinggi di pasaran terutamnya musim Hari Raya Korban.

Idea dari seorang petani dari Devon iaitu John Heard mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah kecurian binatang ternakan. John Heard telah mewarnakan semua biri-biri miliknya dengan warna oren untuk mengelak biri-birinya di curi.

Walaupun idea ini nampak pelik dan kelakar, tapi idea tersebut memang berjaya.

Lagi gambar biri-biri oren dan berita penuh,



DEVON - Seorang petani, John Heard di sini sanggup mewarnakan bulu sejumlah biri-biri miliknya dengan warna oren bagi mengelak ia dicuri, lapor sebuah akhbar kelmarin.

"Ia akan kelihatan seperti biri-biri yang ganjil tetapi muslihat itu berjaya dan saya hanya hilang seekor biri-biri pada tahun ini," kata Heard yang berusia 49 tahun.

Menurutnya, sebanyak 250 ekor biri-biri miliknya sebelum ini hilang sejak beberapa tahun lalu sebelum dia membuat keputusan untuk mewarnakan bulu haiwan itu.

"Muslihat itu berjaya kerana haiwan itu mudah untuk dibezakan (dengan ternakan lain) menjadikan saya dan jiran-jiran saya mudah untuk mengawal haiwan tersebut," katanya.

Biri-biri itu mempunyai kepala yang berwarna hitam.

Dia mendapat idea itu daripada seorang anak lelakinya, James yang melihat biri-biri diwarnakan di Scotland.

Kejadian mencuri biri-biri menjadi satu masalah besar di wilayah itu dengan haiwan betina bernilai £140 (RM690.92) seekor. - Agensi





Baca seterusnya...

4.17.2011

Video Presiden Czech, Vaclav Klaus Curi Pen

Sunday, April 17, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Disebelah kiri adalah Presiden Czech, Vaclav Klaus yang menjadi tetamu dalam lawatan rasmi ke Chile. Disebelah kanan sudah tentulah Presiden Chile.

Apa yang menariknya, dalam sidang video itu, Presiden Czech, Vaclav Klaus telah mengambil sebatang pen yang berada di atas meja tersebut. Vaclav Klaus tidak menyedari yang aksi mencurinya itu sedang dirakam.

Akibatnya, video aksi Presiden Czech, Vaclav Klaus mencuri itu telah tersebar dan menerima pelbagai kritikan. Satu facebook fanpage juga turut didaftarkan menyeru agar semua orang menghantar alat tulis kepada Presiden Czech itu.

Memang kelakar tengok video tersebut. Nampok bebenor mencurinye..






What's my berry? What's YOUR berry? cekidout!


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik