3.11.2011

Video, Gambar Tsunami Melanda Bandar Sendai, Jepun

Friday, March 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters (Berita Harian)






Video Tsunami Hits Japan


Moga semua umat Islam di sana selamat hendaknya.


Baca seterusnya...

Adakah Ini Proton Tuah Di Lebuhraya ELITE??

Friday, March 11, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Blog Paultan.org memaparkan gambar spotted sebuah model kereta dari Proton yang sedang menjalani ujian di lebuhraya ELITE. Model proton ini dipercayai menyamai model kereta konsep Proton Tuah.

Jika dilihat perbandingan antara kereta yang dijumpai di lebuhraya itu dengan Proton Tuah, hampir mempunyai persamaan. Cuma rekabentuk lampu tidak dapat dipastikan kerana hampir 80% ditutup.











sumber : paultan.org

Baca seterusnya...

Rumah Atas Pokok

Friday, March 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Lagi Rekaan Bangku Yang Kreatif & Menarik

Friday, March 11, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Junrey Balawing, Manusia Paling Rendah Di Dunia

Friday, March 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Haha..comel jer budak ni opss..remaja ni buat aksi dalam gambar di atas. Jangan tak tau, "budak kecil" di atas sebenarnya sudah berumur 17 tahun!

Junrey Balawing dari wilayah Zamboanga del Norte, Manila bakal dinobatkan lelaki paling rendah di dunia iaitu dengan ketinggian cuma 55.9 sentimeter (sm). Junrey bakal mencatas rekod Khagendra Thapa Magar iaitu pemegang rekod lelaki terendah di dunia setakat ini dengan ketinggian 60.96sm.





Remaja itu masih berusaha untuk berjalan dengan normal kerana dia sukar berdiri dalam tempoh yang lama.

"jika saya merupakan lelaki paling kecil di dunia, ia akan menjadi sesuatu yang amat hebat," katanya.

Junrey bagaimanapun bangga apabila bercakap tentang ketinggiannya bakal mencatat rekod dunia

Remaja itu tinggal di rumah bersama ibunya, Concepcion semasa tiga adik beradiknya, Jaycel, 13, Jay-art, 11 dan Jeanritch, 6 pergi ke sekolah.

Menurut Concepcion, 35, anaknya itu memerlukan perhatian setiap hari kerana dia hanya boleh berjalan dengan bantuan orang lain seperti bapanya, Reynaldo, 37.

Bapanya itu merupakan seorang tukang besi dan jarang berada di rumah atas urusan kerja.

Concepcion hanya menyedari tentang pembesaran anak lelakinya yang terbantut semasa umurnya hampir dua tahun.

"Dia (Junrey) selalu sakit dan kami perasan dia tidak membesar. Justeru, kami membawa dia menemui doktor dan malangnya doktor tidak boleh melakukan apa-apa," jelasnya.

Menurut Concepcion, apabila Junrey meningkat umur 12 tahun, doktor yang sama menyarankan mereka untuk memberi vitamin kepada anaknya.

Namun, mereka tidak berkemampuan untuk membeli vitamin.

"Walaupun Junrey bersaiz kecil, dia masih mempunyai selera makan seperti dia memakan kepingan roti dan jagung," ujarnya yang masih menyimpan sijil kelahiran anaknya yang dibuktikan lahir pada tahun 1993. - Kosmo



Baca seterusnya...

3.10.2011

Kereta Dari Play-Doh

Thursday, March 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




LONDON - Sebuah replika kereta Chevrolet saiz sebenar yang diperbuat daripada 1.5 tan tanah liat dipamerkan di daerah Clerkenwell di sini, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Replika model yang menelan belanja £6,000 (RM29,417) itu dibuat sempena pelancaran kereta model baru, Chevrolet Orlando yang memiliki tujuh tempat duduk.

Sebanyak lapan orang pengukir bertungkus-lumus menyiapkan ukiran kereta tersebut dalam tempoh dua minggu. - Kosmo





Baca seterusnya...

Video, Gambar Anjing Naik Skuter

Thursday, March 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Macam-macam Hal Orang Arab

Thursday, March 10, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:












Baca seterusnya...

Li Shenghan, Budak Terumbu Karang dari China

Thursday, March 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Li Shenghan, baru berusia 4 tahun tetapi sudah terlantar di hospitar akibat penyakit ganjil yang dihidapinya. Penyakit ganjil ini ini dikenali sebagai acute manocytic leukemia dimana ia menyebabkan kulit Li Shenghan seperti terumbu karang atau coral.

Punca penyakit ini dipercayai disebabkan oleh pencemaran atau alam sekitar. Doktor yang merawatnya juga memberinya peluang 50-50 untuk Li Shenghan terus hidup walaupun sudah menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi.

Semuanya bermula apabila keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.


Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.

Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.

Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.



Baca seterusnya...

3.09.2011

Skim Rumah Pertamaku

Wednesday, March 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.

Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.

"Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat," kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

"Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut," kata Perdana Menteri.

"Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia," kata Najib.

Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.

Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).

Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.

"Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah," kata Najib.

-- BERNAMA




Baca seterusnya...

Rekabentuk Bangku Yang Pelik Tapi Kreatif

Wednesday, March 09, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Iklan Kreatif Tapi Lucu

Wednesday, March 09, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
















Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik