2.19.2011

Ksyusha, Kucing Yang Suka Duk Dalam Botol

Saturday, February 19, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini bukan jeruk kucing atau patung kucing dalam botol atau dot..dot..dot dalam botol.

Kucing dalam botol di atas memang kucing hidup. Bukan tuan kucing tersebut dera & letak kucing itu dalam botol, tapi memang kucing tersebut suka duduk dalam botol. Nama kucing tersebut Ksyusha. Namanya begitu sebab tuan punya kucing ini orang Moscow.



Nampak seperti kucing tersebut tersepi dalam botol kan. Tapi menurutYuriy Korotun, tuang punya kucing tersebut, badan Ksyusha kecik aje tapi bulunya yang lebat membuatkan nampak seperti kucing yang besar.

‘It looks like she is stuck, but actually her body is not as big as it looks because of the large amount of fur,’ said Yuriy Korotun, who lives in Moscow. - Daily Mail

Lagi gambar Ksyusha yang comel..






Baca seterusnya...

Berhati-hati Ketika Solat di Surau R & R

Saturday, February 19, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Memang tidak dinafikan surau adalah tempat untuk orang beribadat. Justeru, manusia-manusia yang meramaikan surau juga merupakan manusia yang patuh dan takut kepada Allah s.w.t. Tapi, ada juga manusia yang tidak takut akan azab Allah, di tempat yang mulia seperti surau pun, manusia jenis ini sanggup melakukan perkara mungkar iaitu mencuri barangan orang lain yang sedang menunaikan ibadah.

Jadi, kepada mereka yang menggunakan surau di R & R PLUS, berhati-hati ketika meninggalkan barangan berharga anda di surau tersebut. Kerana dalam ramai-ramai yang berada di surau itu, ada syaitan bertopengkan manusia. Sila berhati-hati.

Ambil iktibar dari laporan berita di bawah





KUALA LUMPUR 16 Feb. - Memikirkan surau adalah tempat ibadat dan mungkin tiada siapa tergamak melakukan jenayah di situ, seorang wanita tanpa curiga menyerahkan beg tangan kepada anaknya sementara dia mengambil wuduk.

Namun, tanggapan wanita terbabit meleset kerana rupa-rupanya kesempatan itu digunakan oleh seorang jemaah untuk mencuri dompet dalam beg tangan yang dipegang anaknya yang berusia tujuh tahun itu.

Kakitangan kerajaan, Zalina Othman, 36, berkata, dia mengalami insiden itu semasa berhenti untuk menunaikan solat maghrib di surau Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh dekat sini, kelmarin.

Zalina berkata, tiba di R&R tersebut, dia bersama anak perempuannya telah masuk ke dalam surau wanita yang terletak bersebelahan tandas dan agak jauh dari kawasan tumpuan ramai.

"Saya yang menyangka keadaan dalam surau selamat meminta anak saya duduk seketika sementara saya pergi mengambil wuduk di paip berhampiran.

"Tanpa syak wasangka, saya menyerahkan beg tangan kepada anak saya dan memintanya agar memegang erat beg tersebut," katanya.

Ketika itu, kata Zalina, dia menyedari ada kelibat seorang wanita memakai telekung tergesa-gesa membuka telekung sebelum membaling kain tersebut ke lantai surau.

Katanya, dia memang hairan dengan tindakan wanita berkenaan kerana tergesa-gesa meninggalkan surau tanpa melipat atau meletakkan telekung yang dipakai.

Tidak lama selepas itu, Zalina terkejut apabila dimaklumkan anaknya bahawa wanita terbabit telah melarikan dompet yang disimpan dalam beg tangannya.

"Saya terkejut apabila anak saya memberitahu dompet saya telah dilarikan oleh wanita yang sebelum itu dilihat bersembahyang dalam surau.

"Kejadian itu berlaku terlalu pantas sehinggakan anak saya tidak sempat menjerit meminta tolong," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zalina berkata, dia cuba bertanya kepada beberapa wanita lain yang turut berada dalam surau mengenai kejadian itu, namun tiada siapa menyedari perbuatan suspek.

Katanya, dia sendiri hanya mengingati suspek memakai tudung dan berbaju putih, malah bertambah malang kerana tempat kejadian tidak dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan wanita terbabit gagal dikesan.

Tambah Zalina, kejadian itu menyebabkan dia kehilangan wang tunai, MyKad, lesen memandu, kad nikah dan beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

"Saya memang tak sangka ada individu tergamak berpura-pura bersembahyang untuk mencuri di surau.

"Saya dimaklumkan kejadian menimpa saya bukanlah pertama kali dilaporkan berlaku di R&R tersebut kerana beberapa mangsa lain turut pernah membuat laporan polis," katanya sambil memberitahu kes tersebut dilaporkan di Balai Polis Damansara Damai dekat sini pada hari yang sama.

Utusan Online


kredit gambar : umairzulkefli.blogspot.com

Baca seterusnya...

Hati-hati Sebelum Memakai Kasut

Saturday, February 19, 2011 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:




sumber : forwarded emel



Baca seterusnya...

2.18.2011

Tongkat Budak Buta Disangka Barang Mainan

Friday, February 18, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Comel kan budak ni. Kiut miut. Budak lelaki ini namanya O'Sullivan-Hughes. Baru berumur 2 tahun. Dan tongkat putih yang dipegang budak itu bukannya barang mainan tapi tongkat untuk orang buta. Ya, O'Sullivan seorang kanak-kanak yang cacat penglihatan sejak lahir lagi!

Tapi kerana kecomelannya dan sekali tengok macam kanak-kanak normal, orang ramai selalu menyangka tongkat yang dipegang O'Sullivan adalah tongkat mainan tapi hakikatnya memang O'Sullivan memerlukan tongkat tersebut.

Penyakit ini dipanggil Lebers Congenital Amaurosis akibat kecacatan genetik yang jarang berlaku.




sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Kereta-kereta Yang Menakutkan

Friday, February 18, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

2.17.2011

Jantung Tiruan Pertama Dicipta Pada Tahun 1969

Thursday, February 17, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Inilah rupa jantung tiruan pertama yang dicipta pada tahun 1969. Bagaimanapun, jantung ini hanya mampu berdegup selama 3 hari sahaja.

sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Proton Exora Apa Ni?? Macam Caldina Pun Ada

Thursday, February 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekali tengok macam Proton Exora. Dua kali tengok macam Toyota Caldina (Macam la..). Tapi hakikatnya, nama model Proton ini masih menjadi misteri. Buat pengujian kat kawasan bersalji pulak tu. Nampak seperti mahu di pasarkan di negara bersalji. hmm.. tunggu je la pelancarannya nanti...





sumber : paultan.org

Baca seterusnya...

Jika Perempuan Berkuasa Di Dunia Ini...

Thursday, February 17, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apa akan jadi jika perempuan berkuasa di dunia ini yer. Nak tahu apa jadi, hanya gambar-gambar di bawah mampu menceritakan segala-galanya..






hehe..kaum pompuan jangan marah ek..hehe..

sumber : forwarded emel


Baca seterusnya...

Video & Gambar Penyu Gergasi Gigit Gaun Pengantin

Thursday, February 17, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:



Seekor penyu gergasi mengganggu satu majlis perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di sini pada Isnin lalu.

Insiden itu berlaku semasa pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin wanita.

Seekor penyu gergasi itu kemudian menghampiri mereka sebelum ia menggigit gaun pengantin perempuan, Kathryn O'Connor.

Kathryn dan pengantin lelaki, James Oliver kemudian bertindak menolak penyu tersebut dengan tangan mereka.

Oliver kemudian meneruskan majlis perkahwinan dengan mendukung isterinya itu manakala seorang jurugambar merakamkan peristiwa melucukan itu. - Kosmo


Lagi gambar & video pengantin diganggu penyu gergasi..








Baca seterusnya...

2.16.2011

Gambar Badak Air Selamatkan Rusa Kutub Dari Lemas

Wednesday, February 16, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:



Baca seterusnya...

Setelah 4 Tahun Migrain, Baru Tahu Ada Pisau Dalam Kepalanya

Wednesday, February 16, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Li Fu dari Yunan, China mengalami sakit kepala atau migrain sejak 4 tahun lalu.Hanya pada tahun keempat barulah dia menyedari,punca migrainnya itu berpunca dari serpihan pisau sepanjang 4 inchi tertanam di dalam kepalanya.

Rupa-rupanya, 4 tahun dulu iaitu pada tahun 2006, Li Fu telah dirompak dan tidak menyedari rupa-rupanya ketika rompakan tersebut,satu serpihan pisau sepanjang 4 inchi terbenam di dalam kepalanya. Doktor yang merawatnya ketika itu pun terlepas pandang juga.



Hanya setelah 4 tahun,baru Li Fu menyedarinya setelah dirawat oleh doktor yang lain yang mencari punca Li Fu mengalami migrain.

Bagaimanapun Li Fu bernasib baik dalam pembedahan membuang serpihan pisau tersebut.

Giler aa. Ada pisau dalam kepala pun boleh terlepas pandang. Ngeri.

Korang kalu migrain, cuba try x-ray tengok, kut² ada pisau gak.. hehe..

Lagi gambar..






sumber : daily mail


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik