2.12.2011

Pelakon Norlia Ghani Pula Kena Ragut, Rugi RM8,000

Saturday, February 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Semalam Kosmo melaporkan pelakon Nasha Aziz disamun, hari ini mStar Online pula melaporkan pelakon veteran Norlia Ghani pula diragut dan kerugian RM8,000. Kejadian tersebut berlaku hentian teksi di hadapan pusat beli-belah Ampang Park.

Menariknya dalam kejadian ini, modus operandinya hampir sama dengan kes samun Nasha Aziz, baru mengeluarkan wang dari bank dan diragut oleh 2 orang lelaki. Kemungkinan peragut ini sudah memerhatikan Norlia Ghani dari dalam bank lagi kerana peragut tersebut hanya mengampul sampul yang berisi wang dari dalam beg, dan beg tersebut dicampak sebelum melarikan diri.

Laporan penuh baca seterunsya..

PETALING JAYA: Pelakon veteran Norlia Ghani,63, kerugian RM8,000 apabila wang pendahuluan penggambaran sebuah drama bersiri yang diterimanya dilarikan dua lelaki di pusat beli-belah Ampang Park dekat sini, petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Norlia diragut ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah selepas selesai mengeluarkan wang di kaunter sebuah bank pusat beli-belah berkenaan.

Norllia berkata, pada waktu itu tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki lalu meragut beg tangannya sebelum melarikan sampul surat yang berisi wang.

“Semasa kejadian tiada orang di hentian teksi hadapan pusat beli-belah itu. Hanya saya seorang saja. Tiba-tiba dua lelaki menaiki motosikal menghampiri saya lalu meragut beg tangan saya.

“Selepas mengambil beg tangan itu, mereka mencampakkannya di tepi jalan lalu membawa lari sampul surat yang saya isikan wang,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, malam Jumaat.

Norlia memberitahu, dia mengeluarkan wang itu untuk membayar sewa rumah sebelum berangkat ke Perlis pada 17 Februari depan untuk menjalani penggambaran drama seram berjudul Air Mata terbitan Zeel Production.

Kata Norlia, dia agak bertuah kerana peragut tersebut tidak melarikan beg duit yang mempunyai beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan dan juga telefon bimbit.

Norlia yang amat bersedih dengan kejadian itu bekata, ketika dia memerlukan wang untuk membayar pelbagai hutang, kejadian berkenaan pula menimpa.

“Saya reda dengan ujian ini. Apa yang boleh saya buat lagi melainkan berserah kepada Allah,” ujarnya.

Pelakon itu berkata dia mengesyaki peragut berkenaan mungkin sudah mengintipnya ketika dia berada di dalam bank sebelum mereka melakukan jenayah itu.

“Saya menasihati kepada semua pihak yang mahu mengeluarkan wang selepas ini supaya terus berhati-hati,” ujarnya.

Norlia yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya membuat laporan di pondok polis kawasan pusat beli-belah itu.

Rabu lalu, pelakon Nasha Aziz kerugian kira-kira RM40,000 apabila wang tunai dan barang berharga miliknya dirompak dalam kejadian di persiaran Ampang Hilir, dekat sini.

Peristiwa itu berlaku ketika Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang dari sebuah bank tidak jauh dari kawasan dia disamun.

Kejadian itu menyebabkan Nasha cedera ketika berlaku pergelutan di antara dia dengan dua orang peragut yang turut menunggang motosikal. - mStar Online




Baca seterusnya...

2.11.2011

Berenang Bersama Beruang Kutub

Friday, February 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Beruang kutub memang terkenal dengan keganasannya tetapi gambar di atas menceritakan sebaliknya. Selamba jer dua orang kanak-kanak tersebut berenang menghampiri dua ekor beruang kutub. Beruang kutub tu pula nampak tidak membahayakan.

Adakah anda berani buat seperti kanak² di atas atau biarkan anak anda berenang dekat dengan beruang kutub?

Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana antara kanak-kanak dan beruang kutub tersebut dipisahkan dengan satu cermin lutsinar tahan pecah. Kiranya beruang kutub tersebut berada di dalam kawasan yang dipagari cermin lutsinar. Sekali tengok macam nampak takde cermin je kan.

Kalau anda mampu boleh la melancong ke Habitat Beruang Kutub Cochrane, Ontario, Kanada untuk merasai pengalaman tersebut.

Lagi gambar..








Baca seterusnya...

Silap Arkitek Atau Silap Kontraktor

Friday, February 11, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

Tiang Lampu Di Tengah Tempat Parking OKU

Friday, February 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Pelakon Nasha Aziz Kena Samun

Friday, February 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Pelakon Nasha Aziz disamun RM40,000 oleh dua lelaki bermotosikal. Kejadian berlaku sekitar pukul 3.23 petang di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Difahamkan, Nasha baru sahaja mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun. Kemudian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam. - Kosmo

Haih..semakin berani penyamun-penyamun sekarang ni. Nak keluar duit ribu-riban dari ATM lepas ni kena berhati-hati.

Baca seterusnya...

Sporthocker - Sukan Ekstrem Guna Bangku (Stool)

Friday, February 11, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Sukan Ekstrem yang mungkin bakal menjadi kegilaan remaja iaitu Sporthocker. Jika sukan skateboarding guna skateboard, sukan SportHocker pula menggunakan alatan stool (bangku) plastik yang berwarna warni seperti dalam gambar di sebelah.

Sukan sporthocker ini berasal dari Jerman. Dicipta oleh dua orang adik beradik, Michael and Stephen Landschutz pada tahun 2007.

Macamana nak main sporthocker ni? Tengok jer video kat bawah ni..











Baca seterusnya...

JPJ Bakal Haramkan Pasang Skrin TV & Pemain DVD

Friday, February 11, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Ini mungkin berita yang tidak enak untuk didengar. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal mengubal Akta Pengangkutan Jalan untuk mengharamkan pemilik kenderaan memasang skrin TV dan pemain DVD pada kenderaan mereka.

Alasannya, aksesori sedemikian menganggu pemandu dan seterusnya menyebabkan kemalangan.

Pasang GPS pun tak boleh jugak. Adeh!

Malaysia moves to outlaw TV screens and DVD players in cars
05:55 AM Feb 07, 2011
BUTTERWORTH - Malaysia's Road Transport Department (JPJ) is seeking to amend the Road Transport Act to clamp down on motorists who install TV screens and DVD players in their vehicles, The Star reported.

"It is illegal and dangerous to fix these accessories. A driver can easily get distracted and it may result in accidents,'' said JPJ director Hassan Yaacob.

Mr Hassan said an amendment under Section 66 of the Road Transport Act 1987 will make it illegal to install such screens and players without permission from the department.

The director also issued a warning to drivers who have installed exceedingly-bright xenon headlights or sport "fancy" licence plates, and that enforcement teams will be on the lookout if vehicles have not complied with approved specifications.

"Those with xenon headlights will be fined RM300 ($125) while vehicles with fancy number plates will be fined RM120," he said.

"In the end, they waste money by paying thrice - fixing the parts, paying the fine, and paying again to remove them."

When asked what the JPJ's policy would be regarding vehicles that are factory-fitted with DVD players and GPS navigators, Mr Hassan said the department would look into it. - Today Online


Pasal pasang lampu xenon tu memang aku sokong sebab lampu tu terlampau cerah dan menyilaukan mata pemandu lain. Memang sakit mata dibuatnya dan membahayakan pemandu kenderaan yang lain. Tapi, takkan bagi amaran jer, bila nak kuatkuasakannya.




Baca seterusnya...

2.10.2011

Apa Guna Tinggal Di Mansion Mewah Juta-Juta

Thursday, February 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apa guna tinggal di mansion mewah yang bernilai juta-juta ni (£1.7 million) seperti dalam gambar di atas jika hati sentiasa diselubungi kebimbangan. Mana taknya, taman kat belakang mansion tersebut baru sahaja musnah dan jatuh ke laut akibat tanah runtuh. Jarak runtuhan tersebut hanya 1 meter dari mansion tersebut. Ngeri!

Kalu mansion tersebut dijual murah pun, mungkin pembeli berfikir beratus² kali nak beli.

Lagi gambar..





sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Video Auto Shaving Helmet (Topi Kaledar Cukur Rambut)

Thursday, February 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Percaya atau tidak, topi kaledar dalam gambar di atas bukan topi kaledar biasa yang digunakan penunggang motor di sini, tapi topi kaledar yang boleh mencukur kepala anda menjadi botak dalam masa 20 saat sahaja. Ngeri!

Topi keledar ini dilengkapi dengan empat pisau pencukur di dalamnya. Ngeri beb!

Saksikan video auto shaving helmet ini..




amacam? ada berani nak cuba helmet ni ?





Baca seterusnya...

Contest : Kisah Pelaut Terlampau Pilihan

Thursday, February 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Encik Mietos, seorang pelaut terlampau telah membuat peraduan atau kontes di blognya. Seperti kebiasaan, kontesnya selalunya sesuatu yang mudah untuk kita sertai seperti kontes-kontes sebelum ini. Dan hadiahnya adalah sesuatu yang aku tak boleh nak elak iaitu sebenier dari tempat-tempat yang dilawati En Mietos. Kalu nak harapkan dapat pergi melancong ke obersea, memang tak bleh nak harap. So, dapat sebenier pun dari orang yang dah pergi melancong, kira macam pergi jugalah (ayat sedapkan hati. :)


Ini syarat-syarat "Contest : Kisah Pelaut Terlampau Pilihan"


1. Buat 1 entry bertajuk "Contest : Kisah Pelaut Terlampau Pilihan" - Done
2. Letakkan banner diatas di dalam entry dan link kan ke entry ini. - Done
3. Pilih 1 "Kisah Pelaut Terlampau" dibawah dan nyatakan sebab pilihan anda

Ok. Aku pilih kisah "seri anggun (chapter 1) " . Sebab apa aku pilih entri tersebut kerana kandungan entri tersebut menceritakan pengalaman pertama encik Mietos bekerja di atas kapal atau dalam bahasa lain kali pertama encik mietos menjadi pelaut terlampau.

Sebenarnya seronok membaca pengalaman pertama bekerja sebab masa tu kita tak tahu apa yang akan kita hadapi. Masa ni lah banyak benda yang kita tak tahu dan secara automatik banyak ilmu yang kita dapat. Begitu juga dengan entri "seri anggun (chapter 1) " dari encik Mietos ni, ilmu yang dikongsi di dalam entri itu secara automatik pembaca entri tersebut turut menimba ilmu. Ye la kan, nak harapkan kita mencuba pekerjaan tersebut, memang takkan tercapai lainlah kalau kita bekerja sebagai wartawan majalah 3, semua pekerjaan kita boleh cuba.

So, kepada encik Mietos, semoga berjaya dalam kerjaya yang diceburi dan kalau ada sebenier lebih-lebih tu, hulur-hulur lah kat sini yer. hik3..ihikhik






Baca seterusnya...

2.09.2011

Video Rak Arak Terbalik

Wednesday, February 09, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang pekerja stor arak mengalami situasi mencemaskan apabila rak arak di dalam stor tersebut tiba-tiba terbalik dan hampir kesemua botol arak yang disusun pada rak tersebut jatuh pecah berkecai.

Jika dilihat dari video CCTV di bawah, kelihatan rak arak itu tiba-tiba sahaja senget dan menjatuhkan hampir kesemua botol-botol arak. Mungkin kerana tidak dapat menampung bebanan berat muatan pada rak tersebut.

Saksikan video rak arak terbalik..








Baca seterusnya...

Gadis 17 tahun Tidur Bersama Anak Harimau Peliharaannya

Wednesday, February 09, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gadis remaja ini bernama Felicia Frisco dari Florida. Baru berusia 17 tahun. Manakala anak harimau Bengal tersebut bernama Will. Baru berusia 6 bulan. Felicia membela Will sejak dari harimau itu dilahirkan lagi. Jadi tidak hairanlah Felicia melayan Will sama macam anjing peliharaan. Bagaimanapun, perkara sebegini amat jarang kita dengar sebab kita tahu harimau makan orang.

Untuk makluman, kerjaya kedua ibubapa Felicia memang terlibat dengan binatang, Felicia juga memang sudah didedahkan dengan dunia binatang sejak kecil lagi. Jadi tidak hairanlah Felicia begitu mesra dengan binatang.

'I get a lot of hair up my nose and all over my sheets,' said the Tampa teen, who has been caring for Will since his birth. 'He likes to lick me a lot too,' she added. Will was bred in captivity by Felicia's parents who run an educational project called Tiger Encounter.

'It's kind of like raising a dog,'

'If you raise a tiger, it's normal to you.'

'My parents always say that you don't fully trust an animal, even a dog,' she added. 'You need to make sure you're aware of the risks. - Daily Mail





sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Gambar Proton R3 Satria Neo

Wednesday, February 09, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Walaupun Proton R3 Satria Neo belum dilancarkan secara rasmi, Proton sudah membuka jualan model terhad Proton R3 Satria Neo itu. Harga Proton R3 Satria Neo ialah RM79,797 (MT Metalik). Tempahan boleh dibuat dengan yuran tempahan sebanyak RM2,000.

"Yuran tempahan pula adalah RM2,000 dan pelanggan awal akan dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran model terbaru itu nanti,"- Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.


Gambar rasmi atau brochure Proton R3 Satria Neo masih belum tersebar, hanya gambar konsep Proton R3 Satria Neo yang dipamerkan di Jepun sahaja yang tersebar.




lagi gambar Proton R3 Satria Neo ...







sumber : paultan.org


Baca seterusnya...

Video Hantu Kuda Di Dataran Tahrir, Mesir

Wednesday, February 09, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gambar dalam bulatan menunjukkan imej lelaki menunggang kuda. Di bawah ini laporan artikel dari Kosmo.

KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi



Di bawah ini pula video yang dimaksudkan itu. Imej hantu berkuda dalam video tersebut memang nampak macam real.







Baca seterusnya...

2.08.2011

IKEA Hangus Terbakar

Tuesday, February 08, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
IKEA memang terkenal dengan pusat menjual perabot terbesar. Di dalam gedungnya penuh dengan perabot. Apabila dijilat api, memang cepat merebak dan mudah hangus terbakar lah jawabnya.


Kejadian IKEA terbakar ni bukan di Mutiara Damansara, Malaysia tapi di zon industri Poleg Netanya, Israel.


Pusat Perbelanjaan IKEA, yang terletak di zon industri Poleg Netanya, dibakar hampir sepenuhnya, menurut stesen radio "Kol Israel".

Sekitar 8 pagi runtuh bumbung bangunan.

Api benar-benar padam sekitar tengah hari.Sementara jalan di sekitar pusat membeli-belah ditutup.

Menurut versi awal, penyebab kebakaran adalah arus pendek, meskipun tidak mengesampingkan kemungkinan pembakaran. Api bermula di bumbung pusat perbelanjaan.

Tidak ada kecederaan yang dilaporkan. - (translate dr google) newsru.co.il






Baca seterusnya...

2.07.2011

Rumah Banglo Untuk Dijual Dengan Harga Murah

Monday, February 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kesian tuan rumah banglo ni. Tiang pencawang elektrik didirikan betul-betul di belakang rumahnya. Tak pasti yang mana didirikan terlebih dahulu, rumah banglo atau tiang pencawang elektrik tersebut.






HASTINGS, Britain – Sebuah rumah banglo tepi pantai dijual pada harga yang terlalu murah kerana kediaman itu berada bersebelahan dengan pencawang elektrik, lapor sebuah akhbar semalam.

Lima kabel elektrik melintasi bumbung rumah berkenaan yang terletak di sini, England.

Rumah itu dijual pada harga £99,950 (RM488,779) walaupun harga sebenar rumah banglo itu di pasaran ialah £250,000 (RM759,000).

Rumah itu terletak berhampiran pusat bandar, stesen kereta api dan sekolah selain dilengkapi sistem pemanasan serta pemandangan yang indah di tepi pantai. – Agensi



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik