Ngeri lah plak bila tengok video ni. Adakah anak dalam video tersebut adalah anak patung atau anak betul, masaih lagi menjadi misteri?
Baca seterusnya...
Blog Santai Anda Di Kala Bosan
Lelaki yang tidak dikenali dalam gambar di atas ni memang giler. Dia berbaring di landasan keretapi sambil menunggu keretapi melalui landasan tersebut melepasi badannya. Dalam masa yang sama lelaki tersebut merakam aksi berbahaya tersebut dengan kamera video yang diletakkan di hadapan kepalanya.




Kelihatan dalam gambar di atas sebuah velomobile sedang bergerak laju di atas jalan raya bersama trafik yang lain. Velomobile atau basikal torpedo kerana bentuknya seperti peluru berpandu torpedo itu dicipta oleh Ian Fardoe untuk membolehkannya berulang alik ke tempat kerja. Velomobile sebenarnya adalah sebuah basikal yang telah diubahsuai. Dengan menggunakan velomobile, Ian dapat menjimatkan kos petrol.
Gambar ini dirakamkan untuk menentukan anjing mana yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu dalam pelumbaan anjing. Ketiga-tiga kepala anjing tersebut berada pada garisan penamat dalam masa yang sama. Kejadian satu dalam sejuta. Akhirnya, ketiga-tiga anjing itu diumumkan pemenang.
Korang nampak tak apa yang aku nampak? Tak nampak? Cuba tengok betul-betul... Tak nampak juga? Tengok gambar selepas ini..
Entah betul atau tidak, tetapi aplikasi untuk iPhone yang diberi nama xWave ini mampu membaca fikiran anda. XWave membenarkan pengguna untuk mengawal objek pada skrin dengan menggunakan otaknya.

Kalu Dr Rozmey tau kewujudan kereta Squba ni, tentu beliau nak beli ni. hehe.. Squba 2 alam - boleh memandu di atas darat dan di dalam air (laut).






Inilah rupa Perodua Bezza yang dipamerkan ketika Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu. Difahamkan, Perodua sedang fokus pada model Bezza ini untuk dikomersialkan.



RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sedang memperincikan maklum balas dan komen daripada orang ramai mengenai model Perodua Bezza khususnya daripada pengunjung Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) pada awal bulan Disember tahun lalu.
Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.
Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi.
Antara persoalannya ialah adakah kenderaan yang direka dengan kepakaran tempatan itu akan direalisasikan menjadi salah satu barisan model keluarannya atau ia akan hanya terus kekal menjadi kereta konsep semata-mata.
Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar kecil), syarikat itu akan memberi tumpuan terhadap model kereta tersebut tetapi pihaknya perlu membuat kajian yang mendalam mengenainya terlebih dahulu selain menerima maklum balas daripada pengguna. - Kosmo
Copyright 2008 Revolution Code Gray theme by Brian Gardner
blogger templates techknowl.com
