1.08.2011

Replika Rusa Dari Barangan Terpakai

Saturday, January 08, 2011 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

Misteri Bangkai Cicak Dalam Kicap Pekat Terjawab ?

Saturday, January 08, 2011 by MR Penyubiru · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Baru-baru ini kecoh apabila akhbar Kosmo melaporkan tentang seorang surirumah yang menjumpai bangkai cicak dalam kicap soya pekat yang digunakannya.




Bangkai cicak dalam kicap pekat yang turut mempunyai tanda sijil halal itu hanya disedari ketika keluarga tersebut menggunakannya untuk memasak nasi goreng kira-kira pukul 7 malam kelmarin.

Menurut Norazura Arip, 32, bangkai cicak sepanjang dua sentimeter itu tiba-tiba terkeluar dari botol kicap berkenaan ketika dia menuangkannya ke atas senduk untuk memasak nasi goreng. sambung >



Pendedahan tersebut tentunya mengejutkan semua pihak terutamanya pengeluar kicap tersebut dan juga pengguna yang biasa menggunakan jenama kicap tersebut.

Susulan dengan pendedahan laporan tersebut, syarikat pengeluar kicap tersebut telah menjalankan ujikaji bagi membuktikan adakah cicak itu datang dari kilang mereka semasa proses pembuatan atau sebenarnya cicak itu datang dari rumah surirumah tersebut akibat kecuaian sendiri.

Tidak adil rasanya jika kita mendengar laporan dari sebelah pihak sahaja, kita juga patut mendengar laporan dari pihak pengeluar kan.



Jika anda berminat untuk mengetahui hasil ujikaji tersebut, bolehlah ke blog Maslina Zainal Abidin, Eksekutif Pemasaran Kong Guan Sauce & Food Mfg Co Sdn Bhd. Tapi sebelum anda membaca hasil ujikaji tersebut, ingin aku bagitau terdapat gambar-gambar yang mungkin akan membuatkan anda loya atau menganggu selera anda. read at your own risk. sengihnampakgigi Keputusan hasil ujikaji tersebut menjelaskan keadaan sebenarnya.






Baca seterusnya...

1.06.2011

Video, Lirik Lagu Awan Nano - Hafiz AF7

Thursday, January 06, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,


Video klip Lagu Awan Nano - Hafiz AF7





Lirik Lagu Awan Nano - Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo





Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...woooo-woo..




Baca seterusnya...

Pengemis Bersuara Emas Akhirnya Diambil Bekerja

Thursday, January 06, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pengemis ini bernama Ted Williams. Walaupun dia tidak mempunyai duit tetapi dia mempunyai emas.. suara emas.

Nasib Ted Williams tiba-tiba berubah apabila seorang jurukamera telah merakamkan aksinya.



Apabila videonya yang bersuara emas itu tersebar dan mendapat perhatian, akhirnya dia diambil bekerja sebagai penyiar stadium (stadium announcer).






COLUMBUS, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengemis yang tidak berumah di sini, Ted Williams dihujani tawaran lumayan yang membolehkan dia bakal menjadi jutawan selepas permintaannya untuk diberi kerja dengan menggunakan suaranya disiarkan di Twitter dan laman YouTube, lapor sebuah akhbar semalam.

Nasibnya itu berubah selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan video yang menunjukkan pengemis tersebut memegang cebisan kertas kotak yang mengandungi tulisan:

"Saya mempunyai suara dianugerahkan Tuhan. Saya seorang bekas penyampai radio yang jatuh ke dalam masa sukar. Tolonglah! sebarang bantuan akan amat dihargai. Terima kasih dan semoga anda dirahmati Tuhan."

Pengemis itu turut bercakap dengan gaya seorang penyampai radio yang mempunyai suara unik semasa gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar tersebut dari dalam keretanya di Houston Street, Columbus.

Klip video selama 90 saat itu yang dihantarnya ke laman Twitter kemudian menjadi popular dan pengemis itu kemudian menerima tawaran daripada beberapa stesen penyiaran termasuk stesen rangkaian muzik MTV, stesen Liga Bola Sepak Nasional (NFL) dan Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN).

Seorang pengarah filem untuk NFL, Keviv McLoughlin berkata, bosnya mengarahkan pengemis itu diambil bekerja jika dia tidak mahu dipecat.

Dia juga mendapat tawaran berjumlah AS$10,000 (RM30,725) untuk menyumbang suara untuk sebuah persatuan perniagaan, Liga Kesatuan Kredit Ohio.

Sementara itu, seorang ejen pencari bakat di bidang penyiaran di Los Angeles, Shane Cormier berkata, Williams memiliki bakat yang amat unik.

"Kami boleh menjadikan Williams seorang jutawan," katanya.

Williams pernah bekerja sebagai seorang penyampai radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.

"Namun, kini saya telah sembuh dan tidak mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan saya," katanya. - Agensi

Baca seterusnya...

Trailer & Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Thursday, January 06, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Filem Karak arahan Yusry Abd Halim (Yusry KRU) menghimpunkan kisah seram dan hantu ‘urban legend’ menarik pada era 80-an, 90-an dan tahun 2000 yang menjadi buah mulut orang ketika itu.

Filem Karak juga berdasarkan kisah benar yang dialami oleh abang Yusry iaitu Norman yang hampir-hampir kemalangan kerana ternampak hantu

Barisan pelakon yang membintangi filem seram ini ialah Shahir AF8, Sheera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussin.

Sinopsis Filem Karak - Laluan Puaka

Empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di KL dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway.

Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya.

Trailer Filem Karak - Laluan Puaka



p/s : Tak pasti pula bila filem Karak ni akan ditayangkan.


Baca seterusnya...

1.05.2011

Lori Terbabas Bernasib Baik Tergantung Di Jambatan

Wednesday, January 05, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pemandu lori ini mungkin manusia yang bertuah kerana terselamat dari ajal akibat lorinya terbabas dan melanggar penghadang jambatan. Bagaimanapun lori tersebut tersangkut pada penghadang oleh tayar lori yang pancit.

Memang berpantang maut sebelum ajal kata orang.




Baca seterusnya...

Idea Hantaran Kahwin, Bunga Ros Dari Ubi Kentang

Wednesday, January 05, 2011 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Petani Guna Badak Air Sebagai Tunggangan

Wednesday, January 05, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Marius Els, seorang petani sedang bergambar mesra bersama badak air bernama Humphrey yang dibelanya sejak 6 tahun. Badak air memang terkenal antara haiwan paling ganas tetapi tidak bagi Humphrey.

Marius Els juga berjaya menunggang badak air ini macam tunggang kuda dibuatnya.

"Ia dengan mudah dapat mengoyakkan tubuh lelaki dewasa seperti saya. Tiada orang yang berani mendekatinya, namun, saya menganggapnya seperti anak saya," kata petani tersebut.






Baca seterusnya...

1.04.2011

Harga Petrol Ron97 RM2.40, Naik 10 Sen Bermula Tengah Malam Ini

Tuesday, January 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Menurut laman Malaysiakini.com dan Paultan.org, bermula tengah malam ini, harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen LAGI kepada RM2.40 seliter. Manakala harga petrol Ron95 tidak berubah - RM1.90 seliter (buat masa ni la kut..2,3 hari lagi tak tau la).

Harga minyak tanah juga naik 10 sen kepada RM2.50 seliter.

Berikut adalah carta kenaikan harga petrol RON97 sejak 2004 hingga 2011.



sumber : Malaysiakini.com




Baca seterusnya...

Perompak Berjaya Dirakam Guna iPhone Webcam

Tuesday, January 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Claire Bevin mungkin perempuan bertuah kerana dapat merakam perompak yang memecah masuk biliknya ketika dia berada di pejabatnya. Perompak ini berjaya dirakam dengan menggunakan webcam yang dipasang di bilik Claire Bevin.

Asalnya, webcam tersebut dipasang untuk memudahkan Claire Bevin memantau anjingnya yang ditinggalkan di rumah. Tetapi lain pula jadinya apabila bukan anjin yang dirakam tapi perompak.

Saksikan video webcam rakaman perompak sedang mengeledah bilik Claire Bevin










Baca seterusnya...

David Kassan Melukis Guna iPad

Tuesday, January 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pelukis David Kassan melukis potret dengan menggunakan iPad. Applikasi yang digunakan untuk melukis tersebut adalah ArtRage.

hmmm.. kalau dah tangan seni tu, melukis atas apa pun menjadi..















err..yg ni gambar sebenar,bukan gambar lukisan yer..






Baca seterusnya...

Kereta Lama Presiden Iran Dibida 1 Juta

Tuesday, January 04, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kereta sedan Peugeot putih tahun 1977 ini adalah milik Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad. Kereta yang berusia 34 tahun ini telah dilelong oleh Mahmoud Ahmadinejad bagi membantu kempen mengumpul dana projek perumahan golongan berpendapatan rendah.

Sehari selepas kereta ini dilelongkan, ia telah menerima banyak bidaan dan yang tertinggi adalah 1 juta.

Kereta peugwot ini sudah jarang digunakan oleh Mahmoud Ahmadinejad atas faktor keselamatan.





p/s : sempoi je kan Presiden Iran ni.



Baca seterusnya...

1.03.2011

Rafa Ortiz, Terjun Bersama Kayaknya Di Air Terjun Big Banana

Monday, January 03, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Bagi peminat sukan lasak kayak tentu kenal akan Rafa Ortiz iaitu lagenda pendayung kayak yang hebat dan berani melakukan aksi lagak ngeri.

Aksi terbaru Rafa Ortiz iailah membuat terjunan bersama kayaknya di Air Terjun Big Banana pada ketinggian 39.01 meter dan seterusnya menjadikan orang pertama di dunia yang berjaya membuat aksi tersebut di air terjun itu.

Rafa Ortiz berjaya dalam aksi tersebut walaupun mengalami kecederaan pada bawah matanya yang memerlukan 3 jahitan.



Lucas Gilman, seorang jurugambar dari Denver berjaya merakamkan saat-saat terjunan tersebut.









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik