12.23.2011

(Video) Penjaga Gol Kung Fu Penyokong, Dilayangkan Kad Merah

Friday, December 23, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Jangan ingat penjaga gol hanya pandai menangkap bola semata-mata, mereka juga pandai berkung fu... ketika dalam perlawanan !


See! Dah macam babak dalam filem Shaolin Soccer dah aku tengok. hehe

Sebenarnya, semuanya bermula apabila salah seorang penyokong Ajax tiba-tiba masuk ke dalam padang dan berlari menuju ke arah penjaga gol AZ Alkmaar, Esteban Alvarado untuk menyerang penjaga gol tersebut.

Namun, belum sempat penyokong mabuk itu menyerang Esteban, dia terlebih dulu di diberi tendangan kung fu dari Esteban. Seperti dirasuk, Esteban membelasah secara bertubi-tubi ke atas penyokong itu yang sudah terlentang di atas padang. Nasib baik ada seseorang datang meleraikannya dan kemudian barulah pemain-pemain yang lain datang menteteramkan keadaan.



Akibat daripada insiden tersebut, pengadil melayangkan kad merah kepada penjaga gol tersebut dan seterusnya menimbulkan lagi kemarahan pemain dan jurulatih AZ Alkmaar.

Permainan terpaksa dihentikan kerana pasukan AZ Alkmaar tidak mahu meneruskan perlawanan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad merah.

Saksikan video penjaga gol Esteban Alvarado berkung fu dengan baca seterusnya..

















0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik