12.07.2011

Legoland Malaysia Dibuka Akhir 2012, Tawarkan Harga Promosi Pas Tahunan

Wednesday, December 07, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

JOHOR BAHRU - Menjelang pembukaan Legoland Malaysia pada hujung tahun depan, orang ramai kini berpeluang memiliki pas Legoland pada harga promosi iaitu RM195 untuk pas tahunan bagi kategori dewasa dan RM150 untuk kanak-kanak.

Pas tersebut merupakan akses kepada Legoland Malaysia apabila taman tema tersebut mula beroperasi dan untuk sepanjang tahun 2013.

Promosi tersebut terbuka kepada warga Malaysia dan Singapura untuk tempoh terhad sahaja.

Harga biasa untuk pas tahunan Legoland Malaysia ialah RM275 untuk dewasa dan RM210 untuk kanak-kanak, manakala harga tiket biasa ialah RM140 untuk dewasa dan RM110 bagi kanak-kanak.

Pemegang MyKad akan menerima rebat sebanyak RM30 untuk pembelian tiket biasa. - Kosmo






0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik