12.19.2011

L4 - Pejabat Baru Google Yang Serba Canggih di London

Monday, December 19, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

GOOGLE memerlukan juruteranya mencetuskan idea pintar. Untuk membolehkan mereka berbuat demikian, suasana kerja seperti di rumah siri Big Brother dapat membantu.

Ibu pejabat syarikat enjin pencarian Internet terkemuka di London yang terletak di Victoria meliputi tiga tingkat. Bagaimanapun, minggu lalu, sebahagian daripada 350 kakitangannya mula bekerja di tingkat kejuruteraan yang disusun semula, dipanggil L4, antara pejabat paling canggih di dunia.


Bilik mesyuarat dilengkapi sofa bersegi ganjil, koridornya kelihatan seperti di dalam kapal angkasa Enterprise dan pekerjanya boleh bermain snuker dan permainan video ketika waktu rehat.

Naib Presiden Kejuruteraan Google, Nelson Mattos berkata: “Kami menggunakan khidmat jurutera terbaik dan paling pintar di Britain dan menempatkan mereka bersama dalam suasana yang mempunyai ciri kreativiti, santai dan paling menyeronokkan.


“Ketika Google merancang membina pejabat baru, mereka memulakannya dengan di atas kanvas kosong. Semua dinding diruntuhkan dan perabot dikeluarkan. Kemudian, impian memiliki pejabat yang unik diatur dan dijelmakan bagi memastikan kakitangannya berada di tahap kepuasan tinggi.” Jelas, idea menjadi bahagian terpenting untuk bekerja dengan Google dan pejabat baru itu memiliki ruang secukupnya untuk melakar idea itu kerana sebahagian dinding koridor dilengkapi dengan papan putih yang besar.


Dalam pada itu, untuk memastikan juruteranya tidak kekeringan idea, makanan dan minuman secukupnya disediakan. Ada ‘makmal kopi’ yang menyediakan 19 jenis minuman kopi dan empat restoran yang menyediakan makanan, termasuk tapas (makanan Sepanyol) dan sushi. Pekerja tidak perlu risau mengenai harga kerana semuanya percuma.

Ada juga gimnasium, bilik muzik kalis bunyi dengan dram dan gitar serta bilik permainan dengan meja snuker, konsol video dan sebuah televisyen besar.


Malah, pejabat Google itu turut menawarkan versi tersendiri taman Big Brother, lengkap dengan kerusi santai, permaidani yang menyerupai rumput serta sampan.

“Pejabat yang santai dan ganjil tidak menjejaskan kepintaran dan kebijaksanaan. Pengalaman kami membuktikan suasana selesa, terbuka dan seronok meningkatkan kreativiti dan keterbukaan.


“Ruang terbuka memberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi dan ia mendorong tercetusnya idea lebih baik. Sebahagian besar produk kami datang daripada kumpulan yang tidak mempunyai hubung kait tetapi menemui sesuatu mengenai kerja masing-masing menerusi perbincangan mengenai pendekatan terbaru,” kata Mattos.


Syarikat itu berminat menunjukkan bahawa pejabat mereka di London sangat penting dalam operasi globalnya. Kakitangannya bertanggungjawab mencipta sebahagian besar aplikasi popular Android dan iPhone.


Pencarian suara, pencarian tempatan penyendirian dan elemen penyemak imbas semuanya dihasilkan di London. Sudah tentu tidak ada kakitangan di pejabat itu mahu disingkirkan. - Harian Metro

Lagi gambar-gambar pejabat baru Google L4 yang begitu mengujakan dengan baca seterusnya
























sumber gambar : Daily Mail



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik