12.30.2011

Awas! Pengguna Lebuhraya Karak Sila Baca Mesej Ini

Friday, December 30, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Cuti tahun baru dan cuti Tahun Baru Cina semakin dekat. Tentu ramai yang mengambil peluang bercuti balik ke kampung. Dan sudah tentu ramai yang akan melalalui Lebuhraya Karak jika bercuti ke sebelah timur.



Tapi sejak dua menjak ni banyak kejadian kemalangan jalanraya berlaku di lebuhraya Karak.

Menurut laman ondscene.my, berdasarkan permerhatiannya yang membuat liputan kemalangan di Lebuhraya Karak, hasil maklumat yang dikumpul dari kemalangan-kemalangan di Lebuhraya Karak, amat mengejutkan. Kejadian kemalangan seperti sengaja dirancang oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Berikut petikan dari laman ondscene.my



Dalam tempoh 2 hari lalu, lebih 1o kemalangan jalanraya berlaku di laluan Lebuhraya Karak yang kebanyakannya membabitkan kejadian di laluan paling kanan.Jangan terkejut, kerana dari maklumat yang saya kumpulkan, kemalangan kelihatan seolah-olah sengaja dirancang pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Serpihan. ketulan besi diantara penyebab kemalangan ini yang boleh menyebabkan tayar kenderaan anda pecah dan juga anda hilang kawalan lalu terjadinya kemalangan.

Kejadian kebanyakannya dilaporkan berlaku di waktu malam. - ondscene.my


Amat mengejutkan bukan. Di sini timbul persoalan, pihak berkuasa tempatan atau pihak penyelenggara Lebuhraya Karak tidak ambil tindakan sewajarnya kah bagi membendung perbuatan khianat ini?

Aku merupakan salah seorang pengguna Karak setiap kali balik ke Terengganu. Moga kita sentiasa berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya ini dan dijauhkan dari kejadian yang tidak diingini.



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik