12.14.2011

Awas! Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia Palsu

Wednesday, December 14, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Haih..macam-macam sekarang ni. Sampaikan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun ada yang ambil kesempatan dan menaguk di air yang keroh.

Sebelum ni ada laporan mendakwa ada pihak menjual BR1M dengan harga RM50 sekeping sedangkan borang tersebut boleh didapati dengan percuma.

Kini tersebar pula berita mengatakan ada pihak cuba memalsukan BR1M dengan niat tertentu.


Ini BR1M yang palsu. Bahagian yang diwarnakan kuning adalah bahagian yang sepatutnya tidak ada dalam BR1M asli. (sumber dari facebook sharing)


Ini adalah BR1M yang asli. Tiada pun ruangan berkaitan maklumat akaun bank perlu di isi. Nampaknya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Haih.... duit free punya pasal...ramai yang cuba ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.

Bagi pemohon-pemohon BR1M, rujuklah maklumat BR1M dari sumber yang sahih iaitu di laman portal rasmi Kementerian Kewangan.

1 comments:

Raidenovich said...
Wednesday, 14 December, 2011

bantuan tu belum tentu senang nak lulus,tambah pulak ada kaki penipu edar borang palsu...aduii...macam macam hal.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik