12.12.2011

3,500 Pekerja RapidKL Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Kenaikan Gaji Tahunan

Monday, December 12, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,500 pekerja RapidKL akan menerima bonus setengah bulan gaji dan kenaikan gaji tahunan minima RM30, menerusi perjanjian kolektif antara Kesatuan Pekerja-pekerja RapidKL dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Perjanjian untuk tempoh lima tahun itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Shahril Mokhtar dan Presiden Kesatuan pekerja-pekerja RapidKL A. Somasundram di sini hari ini, dan berkuat kuasa serta-merta.



Mengulas perkara itu kepada pemberita, Shahril berkata perjanjian tersebut diharap dapat memberi galakan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

"Seperti yang kita sedia maklum, RapidKL dan Prasarana secara umumnya masih bergantung kepada sokongan kerajaan untuk beroperasi dan ini sekali gus menghadkan keupayaan syarikat dalam melaksanakan niat untuk memberi yang terbaik kepada semua warga kerja," katanya.

Sementara itu A. Somasundram pula melahirkan rasa gembira dan puas hati dengan proses rundingan yang dijalankan dengan penuh keterbukaan dan ikhlas.

"Kami berterima kasih kepada pengurusan kerana mengamalkan sikap terbuka dan hormat kepada kesatuan...dan kami berjanji akan mengeratkan kerjasama dengan pengurusan bagi meningkatkan produktiviti dankualiti kerja pada masa hadapan," katanya. - BERNAMA


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik