11.13.2011

Rahsia Gambar Dinding (Wallpaper) Windows XP

Sunday, November 13, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:


Bagi pengguna PC OS Windows XP tentu sudah biasa melihat gambar dinding (wallpaper) seperti di atas kan. Sekali tengok, rasanya macam gambar tersebut tidak wujud di dunia ini. Tetapi sebenarnya gambar tersebut adalah benar dan tempat gambar tersebut di ambil adalah di ladang anggur Sonoma, Napa, North California.



Inilah tempat sebenar ladang anggur tersebut. Dan anda tentu nak kenal siapakah fotografer yang merakam panorama indah tersebut dimana fotografer itu sendiri tidak menyangka gambar tersebut menjadi begitu popular di planet ini.


Inilah dia fotografer bertuah itu. Chuck O’Rear, merupakan bekas fotografer majalah National Geographic. Difahamkan ketika itu O’Rear memandu untuk melawat teman wanitanya dan ketika melalui kawasan ladang anggur tersebut, O’Rear terpegun dan terpesona dengan kecantikkan panorama ketika itu - rumput yang menghijau dan awan putih di langit biru California..

Tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain, O’Rear memberhentikan kenderaanya di bahu jalan dan mengambil kamera untuk merakamkan panorama cantik tersebut tanpa berfikir yang gambar tersebut bakal menjadi popular di dunia.


Tidak lama selepas itu, ejennya menghubunginya memberitahu pihak Microsoft mahu membeli gambar tersebut.

Walaupun jurugambar yang berusia 69 tahun itu telah menandatangani perjanjian kerahsiaan untuk tidak mendedahkan berapa bayaran yang diterima hasil jualan gambar tersebut tetapi ada laporan mengatakan gambar tersebut kedua paling mahal yang pernah dibeli.

Ironinya, O’Rear jarang melihat gambar tersebut di komputer miliknya kerana dia pengguna Mac.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah fotografer nampak di gambar. :D


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik