11.02.2011

Prasarana Perkenal Kad MyRapid Untuk Pengguna LRT

Wednesday, November 02, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan memperkenalkan kad MyRapid esok untuk memudahkan lagi penumpang menggunakan perkhidmatan LRT.

Dalam kenyataan pada Selasa, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)berkata dengan menggunakan kad itu, pengguna LRT hanya perlu menggunakan satukad untuk laluan Ampang dan Kelana Jaya.

Kad ini akan dijual di semua pejabat jualan tiket di stesen LRT RapidKL mulai esok (2 November) dengan diskaun istimewa 80 peratus bagi kad berharga RM10 (RM2 bagi harga kad dengan nilai kad RM8), selagi stok masih ada.


Kenyataan itu juga berkata para pemegang Tiket Nilai Tersimpan Magnetik (SVT) boleh menukar kad masing-masing dengan kad MyRapid tanpa sebarang bayaran.

RapidKL menasihati pengguna membeli kad MyRapid baru itu untuk memudahkan lagi perjalanan mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Bantuan Prasarana 03-7885 2587 atau melayari laman sesawang Prasarana myrapidkl.com.my.- BERNAMA




3 langkah cara menggunakan kad MyRapid



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik