11.11.2011

Nombor Plat NCQ Dibuka Untuk Tempahan

Friday, November 11, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan membuka tempahan nombor pendaftaran kenderaan NCQ 1 hingga NCQ 999 kepada orang ramai mulai 8 November hingga 29 November.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan nombor NCQ boleh memasuki tender di JPJ Seremban, JPJ Cawangan Jempol dan JPJ Cawangan Kuala Pilah.

Harga minimum bagi nombor bernilai utama ialah RM10,000, nombor menarik RM2,000 dan nombor popular RM300, katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, deposit yang dikenakan ialah 50 peratus daripada harga tempahan (bidaan) dan bayaran deposit boleh dibuat atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia melalui bank draf atau kiriman wang atau wang pos.

"Borang tempahan nombor pendaftaran secara tawaran boleh didapati di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan atau laman web JPJ www.jpj.gov.my,” katanya. - Bernama

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik