11.09.2011

Hyundai Veloster Dijual di Malaysia Tahun Depan, Harga Belum Diputuskan

Wednesday, November 09, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


KUALA LUMPUR - Model kereta coupe tiga pintu Veloster Hyundai dalam transmisi automatik dan manual bakal berada di pasaran tempatan menjelang suku pertama tahun depan.

Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM), Dennis Ho berkata, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan Veloster baharu itu daripada para penggemar kereta tempatan dan ia merupakan kereta coupe berevolusi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurutnya, kemunculan model coupe ini menunjukkan komitmen Hyundai dalam memperkenalkan kenderaan premium moden yang memiliki ciri-ciri unik pada harga menarik yang ditawarkan kepada para pelanggan.

"HSDM akan memperkenalkan model coupe tiga pintu ini kepada umum buat pertama kalinya pada 12 dan 13 November ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Jalan Duta di sini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.








Namun, Ho menjelaskan, spesifikasi lengkap kereta itu akan diumumkan pada pelancarannya kelak.

Tambah beliau, Veloster menyediakan ruang baharu dalam segmen kenderaan coupe kompak, dengan paparan gaya dan ciri-ciri pintar seperti pintu ketiga selinap yang menonjol dan menarik perhatian.

"Bahagian unik depan model ini boleh dilihat pada gril heksagon Hyundai, perincian hud, kedudukan unik lampu LED yang menjadi pengenalan jenama itu dan bumbung matahari yang panoramik," katanya.

Ho menambah, Veloster menggabungkan gaya sebuah model coupe dan fungsi yang dimiliki oleh sebuah kenderaan hatchback.

"Profil kereta ini yang rendah dan kontur yang kemas turut mempertingkatkan sifat aerodinamik yang seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api.

"Coupe bergaya ini juga dilengkapkan dengan ciri-ciri premium ini didatangkan dengan enjin 1.6L Gamma II yang menghasilkan 132 kuasa kuda dan transmisi enam kelajuan," jelasnya. - Kosmo









0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik