10.22.2011

Yue Yue, Budak Perempuan Mangsa Langgar Van Akhirnya Meninggal Dunia

Saturday, October 22, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Budak perempuan mangsa gilis dan rempuhan dua kenderaan di Foshan, China, akhirnya meninggal dunia.

Wang Yue, 2 tahun, gagal diselamatkan berikutan bahagian otak dan organ badan, gagal berfungsi.

Kecederaan yang dialami Wang Yue terlalu kritikal walaupun pelbagai kaedah rawatan telah dijalankan.

Yue sebelum ini koma dan ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi, ICU, Hospital Guangzhou.

Berikutan kejadian Khamis lalu, polis menahan dua suspek pemandu yang mungkin berdepan dengan tuduhan bunuh selepas kematian Yue.

Kejadian menyedihkan ini mencetus kecaman dan kemarahan orang ramai setelah paparan rakaman CCTV memperlihatkan Yue digilis van dan lori di lorong sempit pasar borong.

Tambah mengejutkan, dalam keadaan parah, mangsa dibiar terkapar tanpa diendahkan hampir 18 orang yang melalui kawasan terbabit. - Berita TV3



p/s : Difahamkan, perempuan yang pertama menolong mengalihkan Yue Yue juga kini tertekan gara-gara masyarakat menuduhnya mengambil kesempatan mahukan wang dan populariti. Pulak dah.. patutlah 18 orang sebelum tu buat tak hirau jer..teruk betul mentaliti diorang ni


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik