10.21.2011

(Video) Pelancaran Ducati Monster 795 @ Rooftop Lot10, Kuala Lumpur

Friday, October 21, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Malam tadi 20 oktober 2011, Ducati Monster 795 dilancarkan secara rasminya di Rooftop Lot10, Kuala Lumpur. Pelancaran ini adalah pelancaran Ducati Monster 795 di peringkat dunia.

Next Bike Sdn Bhd merupakan satu-satunya pengimport dan pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia .

Difahamkan, harga Ducati Monster 795 ini di bawah RM60,000.

Saksikan video (Video) Pelancaran Ducati Monster 795 @ Rooftop Lot10, Kuala Lumpur yang dimuatnaik di youtube.







KUALA LUMPUR: Next Bike Sdn Bhd (Next Bike), pengimport dan pengedar tunggal motosikal jenama Ducati di Malaysia, melancarkan motosikal berkuasa tinggi keluaran terbarunya, Ducati Monster 795 malam Khamis.

Next Bike merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Naza.

Ini adalah pelancaran global pertama untuk Ducati di Malaysia dan pelancaran rasmi bagi model terbaru itu bagi pasaran Asia.

Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan pengerusi eksekutif bersama kumpulan Naza Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Turut hadir naib presiden jualan Ducati Motor Holdings Christiano Silei, ketua pegawai eksekutif Ducati Asia Pasifik Mirko Bordiga dan juara dunia sembilan kali MotoGP Valentino Rossi. -BERNAMA


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik