10.10.2011

(Video) El Caminito Del Rey, Laluan Paling Bahaya di Dunia

Monday, October 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Cuba lihat gambar di atas. Anda nampak tak pelantar untuk perjalan kaki di lereng cerung tersebut. Laluan perjalan kaki tersebut diberi nama El Caminito Del Rey atau King's pathway, terletak di El Chorro, dekat Alora dalam wilayah Malaga, Spain.

Mari kita zoom lebih dekat lagi gambar di atas.

Ya..itu dia... laluan El Caminito Del Rey itu sudah berusia 110 tahun dan ada bahagian-bahagian tertentu yang sudah patah, berlubang dan tidak sempurna. Amat berbahaya untuk mereka yang melalui laluan tersebut.

Laluan setinggi 100 meter dari itu dikatakan laluan perjalan kaki paling bahaya di dunia. Dibuka kepada umum pada tahun 1905 dan ditutup pada tahun 2000 selepas dua orang perjalan kaki maut terjatuh ketika menggunakan laluan tersebut.

Kini, El Caminito Del Rey bakal dibuka semula kepada pengunjung setelah projek menaiktaraf laluan tersebut bakal dimulakan tahun hadapan.

Mari kita lihat video laluan paling bahaya El Caminito Del Rey dengan baca seterusnya..










1 comments:

Nisa said...
Monday, 10 October, 2011

dah mula tak boleh berpatah balik.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik