10.11.2011

Suzuki Swift GX RM65,888, Bulanan Serendah RM550

Tuesday, October 11, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Sebelum ini aku ada mendengar ura-ura yang Suzuki bakal mengeluarkan model Swift dengan harga menyamai harga MyVi.

Ternyata ura-ura tersebut benar apabila Suzuki memperkenalkan model Swift GX 1.5 baru-baru ini dengan harga atas jalan RM65,888. Bagi pelanggan yang layak mendapat pinjaman dari syarikat Suzuki selama 9 tahun, bayaran bulanan serendah RM550 !

Beza harga Suzuki Swift GX dengan Swift GLX adalah sebanyak RM10K.

Mari kita lihat kat mana diorang kurangkan harga sehingga sebanyak itu.


Perbezaan steering dan sistem audio antara swift GX dan swift GLX. Tiada kawalan audio pada steering dan sistem audio 1 DIN.


Tempat duduk belakang tiada head rest (optional). Jika pembeli nak head rest, kena tambah harga.

Cermin sisi tiada signal dan tidak boleh ditarik (retractable side mirrors)

Selain dari kekurangan di atas, ciri-ciri yang lain adalah sama seperti model Swift GLX iaitu dual airbag,ABS, sport rims dan sebagainya.

hmmm...nampaknya MyVi sudah ada pencabar terdekat.











sumber : paultan.org & motortrader.com.my



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik