10.07.2011

Senarai Produk Terbaik Keluaran Apple Dibawah Pengasasnya, Steve Jobs

Friday, October 07, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Pepatah ada menyebut, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Namun berbeza pula dengan mendiang Steve Jobs, mendiang bukan sahaja meninggalkan nama tapi juga meninggalkan beberapa produk yang berjaya menjadi trendsetter dan seterusnya mengubah hala tuju teknologi smartphone yang ada sekarang ini.

Mari kita lihat senarai produk terbaik dan terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat maklumat dan komputer gergasi, Apple di bawah pengasasnya, Steve Jobs.






1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.


2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.




3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.



4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.



5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.



6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas.

#ThankYouSteveJobs

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik