10.25.2011

Senarai Lebuhraya Tawar Diskaun Tol Sempena Deepavali

Tuesday, October 25, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KAJANG - Sebanyak 21 syarikat konsesi menawarkan diskaun tol dalam bentuk tunai dan rebat di 25 buah lebuh raya di seluruh negara sempena perayaan Deepavali pada Rabu ini.

Pengarah Urusan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Ismail (gambar) berkata, diskaun tersebut bermula semalam hingga Rabu ini dengan kadar antara lima hingga 37.5 peratus atau RM0.10 hingga RM0.70.

Beliau berkata, bagi lebuh raya di bawah kendalian Plus Expressway Berhad, diskaun diberi dalam bentuk rebat sebanyak 20 peratus kepada pengguna Kelas 1 bermula semalam sehingga 28 Oktober.

"Lebuh Raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Link Kedua Malaysia-Singapura.

"Walau bagaimanapun, rebat ini tidak diberikan di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail memberitahu, pemberian diskaun untuk lebuh raya lain akan dilaksanakan pada Rabu ini mengikut waktu yang ditentukan oleh syarikat konsesi lebuh raya masing-masing. - Kosmo

Lihat jadual senarai lebuhraya dan diskaun tol dengan baca seterusnya.







0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik