10.18.2011

Pengguna BlackBerry Akan Terima Aplikasi Percuma Bernilai RM340

Tuesday, October 18, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pengguna Blackberry akan memperoleh aplikasi percuma bernilai US$100 (RM340.40) sebagai "balasan" atas kesabaran merasa sepanjang gangguan perkhidmatan baru-baru ini, kata pemaju Research in Motion (RIM) Isnin.

Menurut ketua pegawai eksekutif bersama Mike Lazaridis, aplikasi itu akan disediakan kepada pelanggan dalam beberapa minggu akan datang menerusi BlackBerry� App World� (perisian rasmi daripada RIM yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi), yang akan dibuka sehingga 31 Dis tahun ini.

"Kami menghargai sepenuhnya nilai hubungan kami dengan pelanggan. Kami bekerja keras untuk mendapat kepercayaan mereka sepanjang 12 tahun lepas, dan kami komited untuk menawarkan kebolehpercayaan tinggi yang mereka jangkakan hari ini dan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman web rasmi RIM.

Antara aplikasi itu ialah SIMS3, Bejeweled, N.O.V.A, Texas Hold'em Poker 2, DriveSafe.ly Pro dan Photo Editor Ultimate.


Lazaridis berkata pelanggan perusahaan RIM juga akan ditawarkan lanjutan komplementari selama sebulan kontrak Sokongan Teknikal sedia ada, dan pelanggan yang tidak mempunyai kontrak Sokongan Teknikal, akan ditawarkan percubaan sebulan Perkhidmatan Sokongan Teknikal - Sokongan Dipertingkat BlackBerry .

"Kami sudah meminta maaf kepada pelanggan dan kami akan terus berusaha untuk memulihkan keyakinan mereka. Kami mengambil langkah serta-merta dan agresif dalam membantu mencegah masalah yang sama daripada berulang semula," kata Lazaridis.

Minggu lepas ramai pelanggan mengalami gangguan perkhidmatan dan kelewatan selama kira-kira tiga hari di Eropah, Timur Tengah, India dan Afrika, nd Africa, 1.5 hari di Amerika Latin dan Kanada dan sehari di Amerika Syarikat.

Menurut Lazaridis, pasukan global bekerja sepanjang masa untuk membendung isu itu dan meminimumkan impak ke atas pelanggan sebanyak mungkin dan pada 13 Okt, tahap perkhidmatan kembali pulih.

Mesej palsu juga disebarkan dalam kalangan pengguna Blackberry bahawa perkhidmatan mereka mungkin terjejas, senarai nama rakan dan hubungan terpadam daripada sistem dan mereka akan dikenakan bayaran RM25 dalam bil akan datang jika enggan menyebarkan mesej itu.

-- BERNAMA



Senarai penuh aplikasi yang boleh dimuatturun secara percuma dari BlackBerry App World bermula 19 oktober 2011 selama 4 minggu.

SIMS 3 – Electronic Arts
Bejeweled – Electronic Arts
N.O.V.A. – Gameloft
Texas Hold’em Poker 2 – Gameloft
Bubble Bash 2 – Gameloft
Photo Editor Ultimate – Ice Cold Apps
DriveSafe.ly Pro – iSpeech.org
iSpeech Translator Pro – iSpeech.org
Drive Safe.ly Enterprise – iSpeech.org
Nobex Radio™ Premium – Nobex
Shazam Encore – Shazam
Vlingo Plus: Virtual Assistant – Vlingo

Terdapat beberapa aplikasi di atas, hanya untuk BlackBerry 7 OS sahaja. Tawaran percuma ini hanya untuk pengguna berdaftar BlackBerry Malaysia.




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik