10.06.2011

Pengasas Apple, Steve Jobs Meninggal Dunia

Thursday, October 06, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Hari ini tanggal 5hb Oktober 2011, dunia dikejutkan dengan berita kematian Steve Jobs, pengasas Apple dan orang yang bertanggungjawab dalam mengubah trend teknologi yang ada sekarang ini.

Terima kasih Steve Jobs atas hasil produk inovasi yang kamu sumbangkan pada dunia ketika ini.








NEW YORK: Syarikat gergasi komputer, Apple pada Rabu mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser.

Beliau berusia 56 tahun.

“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook telah dilantik mengambil alih jawatan Steve selepas beliau meletakkan jawatannya pada 25 Ogos lalu.

“Kebijaksanaan, kesabaran dan kecintaannya sebagai sumber inovasi yang terkini telah merubah hidup kita. Dunia tidak akan mampu menjadi seperti hari ini tanpa Steve.

“Cintanya hanya untuk isteri, Laurene dan keluarganya. Hati kami tersentuh dengan kelebihan luar biasa yang dimilikinya ,” kata kenyataan tersebut ketika mengumumkan mengenai kematian Steve.

Buku Inside Steve's Brain tentu akan laris selepas ini

Masalah kesihatan Steve telah menjadi topik hangat sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau menderita penyakit kanser sering mendapat perhatian daripada pencinta produk Apple, pelabur serta ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Berakhirnya sebuah era

Kematian Steve bermakna akhirnya sebuah legasi di syarikat gergasi komputer terkenal dunia Apple.

Beliau mula membuka syarikat komputer Apple bersama rakannya, Stve Wozniak pada akhir 1970 an. Syarikat berkenaan kemudiannya diperkenalkan sebagai syarikat komputer, Apple 1.



Namun selepas beberapa tahun, ia ditukar kepada Apple II dan menjadi sebuah syarikat gergasi komputer yang terkenal pada 1980 sekaligus menjadikan Steve sebagai seorang jutawan yang dikenali di Amerika Syarikat.-AFP




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik