10.20.2011

Motosikal Tandas Neo - Motor Yang Dikuasakan Oleh Najis

Thursday, October 20, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Teknologi saban hari semakin canggih dan tak masuk akal. Percaya atau tidak motor dalam gambar di atas tidak menggunakan petrol untuk menghidupkan enjinnya tetapi menggunakan najis!

Hebat betul jurutera yang mencipta motor ini. Hanya dengan menggunakan najis anda sendiri atau kalau tak cukup boleh pakai najis orang lain (sanggup ke) dan anda sudah boleh menunggang motor itu dengan kelajuan 80 kmj.


Motorsikal tersebut dinamakan Neo Toilet Bike atau Motosikal Tandas Neo. Dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Menariknya tentang Motosikal Tandas Neo ini ialah ia dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis. Motosikal Tandas Neo juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Tak dapat dibayangkan jika motorsikal ini dikomersialkan dan dijual di pasaran termasuk Malaysia.

Lagi gambar dan video Motosikal Tandas Neo dengan baca seterusnya.



















1 comments:

SYANI said...
Thursday, 20 October, 2011

Mesti bau busuk..eeeee

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik