Dua produk kesihatan iaitu kapsul ' Huo Li Bao' dan 'HB Lite' ditarik balik penjualan mulai 28 September lalu kerana didapati tidak selamat untuk digunakan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Doktor Hasan Abdul Rahim berkata kedua-dua produk itu dikesan mengandungi bahan campur palsu yang tidak dibenar digunakan dalam produk tradisional.
Tambah Datuk Dr Hasan, produk Hou Li Bao dikesan mengandungi frusemide dan chlorpheniramine.

Iaitu sejenis ubat diuretik yang diguna bagi mengurangkan pembengkakan akibat air terkumpul dan penggunaannya memberi kesan sampingan seperti ketidakseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan.
Manakala HB Lite mengandungan promethazine yang jika diguna tanpa pengawasan boleh memberikan kesan sampingan serius seperti dikontraindikasi untuk kanak-kanak bawah umur dua tahun.
Ia juga boleh menyebabkan demam panas, kekejangan otot, gangguan mental dan gangguan pada rentak jantung.
Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan menghentikan penggunaannya serta merta dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan.
Jika ingkar arahan dan terus menjual produk berkenaan, menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984. - Berita TV3

0 comments:
Post a Comment