10.10.2011

Jenazah Jemaah Haji Meninggal Jatuh Bangunan dikebumikan

Monday, October 10, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR 10 Okt – Jenazah jemaah Haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi” berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan Sabtu lepas.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi.

“Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. – Bernama

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik