10.18.2011

Jaminan Seumur Hidup "Power Window" Dari Proton

Tuesday, October 18, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


Penyakit "power window" atau tingkap automatik sering dihantui Proton.

Demi melenyapkan stigma itu, Proton mengumumkan jaminan waranti seumur hidup bagi alat ganti berkenaan bagi semua model barunya.

Ia juga bakal melibatkan lebih setengah juta kereta Proton seluruh negara, yang berdaftar sejak September 2001.

Antara model terlibat, Exora, Inspira, Saga BLM, Satria Neo, Persona, Perdana, Waja, Gen-Two, Wira Iswara dan Savvy.

Menerusi jaminan ini, 4 komponen utama tingkap automatik yang gagal berfungsi akan digantikan secara percuma atas syarat jarak pemanduan terkumpul kurang 250 ribu kilometer atau tempoh pendaftaran pemilikan kenderaan kurang 10 tahun.

Tapi, sebelum anda menyerbu pusat servis Proton untuk mendapatkan jaminan tersebut, sila baca terma dan syarat di bawah terlebih dahulu.


  1. Semua jenis model kereta Proton yang masih berada di bawah jaminan pengeluar pada 1 September 2011, kini dilindungi oleh jaminan seumur hidup power window (Power Window Lifetime Warranty).
  2. Jaminan tersebut pula hanya terpakai di pasaran Malaysia sahaja.
  3. Jaminan seumur hidup terpakai untuk tempoh 10 tahun usia kereta, atau perjalanan kereta sehingga 250,000km bermula dari tarikh pendaftaran (yang mana lebih awal)
  4. Jaminan tersebut adalah tertakluk kepada pematuhan penuh jadual berkala perkhidmatan penyelenggaraan yang disyorkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Perkhidmatan (Sercive Booklet) yang akan dijalankan di mana-mana pusat servis PROTON yang bertauliah dan sah.
  5. Mana-mana model kereta Proton yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2011 dan masih di bawah waranti pengilang akan memerlukan pendaftaran jaminan sistem power window (Power Window System Warranty Registration) yang sah.
  6. Jaminan seumur hidup power window hanya meliputi empat komponen mekanisma cermin tingkap kuasa iaitu ; run channel, power window motor, door regulator and power window switch.
  7. Jaminan seumur hidup power window hanya boleh dituntut di semua pusat servis bertauliah Proton.



sumber : proton-edar.com.my

1 comments:

abu said...
Wednesday, 19 October, 2011

Masalah PW ialah pada kereta lama bukan kereta baru, kemungkinan failure tak berlaku lagi. Proton patut betulkan PW kereta lama FOC untuk naikkan semula imej yang tercalar sekian lama.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik