10.12.2011

Jalan di Kuala Lumpur Ditutup Pada 15 & 16 Oktober 2011

Wednesday, October 12, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR – Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat-peringkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu, manakala pada Ahad pula, jalan-jalan yang terlibat akan mula ditutup secara berperingkat-peringkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan-jalan tersebut.


Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. – Bernama

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik