10.11.2011

Gambar Lantai Konkrit KL Sentral Runtuh, Dua Cedera

Tuesday, October 11, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR: Lantai konkrit di kawasan pembinaan di KL Sentral runtuh pada pagi Selasa dan seorang pekerja dilaporkan cedera.

Ketika kejadian pekerja Bangladesh dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menyimen di tingkat satu bangunan tersebut cedera apabila lantainya tiba-tiba runtuh pada pukul 11 pagi.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan sedang menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada ketinggian empat meter.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Wan Abdul Bahari Wan Khalid berkata ketika kejadian pekerja berkenaan peralatan keselamatan.

Difahamkan bangunan yang sedang dibina sejak dua tahun lepas itu akan dikenali sebagai 'Nu Sentral' mempunyai lebih 500 pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan bermula pada 2009.

Ia dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Christopher Chong Hon Fah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11 pagi dan sebuah jentera dengan lebih 30 anggota terlibat dalam menyelamatkan mangsa.

"Kita mengambil masa satu jam meronda di kawasan kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya.





p/s : Fuhh..aku ingatkan KL Sentral yang ada sekarang ni runtuh, rupa-rupanya bangunan KL Sentral yang dalam pembinaan runtuh. Tapi kira bagus jugaklah runtuh sekarang ni kan,daripada runtuh apabila dibuka kepada umum kelak. Masa tu tentu lagi ramai yang tercedera.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik