10.14.2011

Cara Memohon Bantuan Rakyat RM500

Friday, October 14, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, salah satu insentif yang diberikan adalah bantuan rakyat sebanyak RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Tentu ramai yang tertanya cara untuk memohon atau mendapatkan bantuan rakyat RM500 tersebut.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak perlu ke kaunter perkhidmatan LHDN dalam masa terdekat ini.

Pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak, hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan, katanya.

Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit.

Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar, katanya.

Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional.




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik