10.04.2011

ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof Meninggal Dunia. AL-Fatihah

Tuesday, October 04, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Anggota Dewan Undangan Negeri, DUN, Johol, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kira-kira pukul 4.45 pagi tadi.

Allahyarham, 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur antara 17 dan 28 tahun.

Datuk Roslan, seorang bekas guru mula memenangi kerusi DUN Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

Pada 2009, Allahyarham Roslan dilaporkan mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika bermain badminton menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Berikutan itu, beliau menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata, jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No. 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor. - Berita TV3

Al Fatihah tuk arwah...


p/s : Kita lihat nanti, SPR akan adakan pilihanraya kecil atau tidak. Jika tidak, bermakna PRU 13 sudah semakin dekat.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik