10.03.2011

560 Unit Pangsapuri PR1MA Di Presint 11 Dibuka Untuk Tempahan

Monday, October 03, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Sebanyak 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kini dibuka untuk tempahan.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata sebanyak 470 permohonan tempahan telah diterima sejak dibuka pada 30 Sept lalu dan akan berakhir pada 12 Okt ini.

"Proses pemilihan pembeli akan dilakukan secara pengundian dan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus," katanya pada sidang media di pejabat Perdana Menteri di sini Isnin.

Katanya proses cabutan pemohon unit pangsapuri akan dilakukan pada 15 Okt ini.

Abdul Mutalib berkata pemohon yang ingin membuat tempahan haruslah memenuhi syarat kelayakan antaranya warga negara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Putrajaya.

Selain itu, pemohon hendaklah mempunyai tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah kasar yang tidak melebihi RM6,000 sebulan, katanya.

Menurutnya pemohon juga terbahagi kepada dua kategori iaitu senarai yang dipanggil yang akan melalui proses saringan dan menunggu.

Beliau berkata permohonan tempahan unit pangsapuri itu terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan tidak terhad kepada hanya penjawat awam.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian unit pangsapuri itu boleh melayari laman web www.pmo.gov.my. -- BERNAMA




Tapi sebelum anda semua berpusu-pusu untuk membuat pembelian, sila baca dulu syarat-syarat wajib sebelum memohon dengan baca seterusnya.


SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

Warganegara Malaysia.
Malaysian Citizen.

21 Tahun Ke atas.
21 Years old and above.

Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
Working OR Living in Putrajaya.

Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
Household income (Single / Husband and Wife) does not exceed RM6,000.

Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)
Registered Voter in Putrajaya Parliament Constituency (P.125)


Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!

Please take note that any application which does not conform to the above conditions WILL NOT BE PROCESSED at once!


sumber : Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)


Kalau anda seorang yang kreatif, atau pernah berangan untuk menghasilkan satu permainan mengikut peraturan anda sendiri, anda berpeluang untuk mengetengahkan idea tersebut. Mana tau boleh menang RM10K! Check it out yaw!

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik