9.19.2011

Video Pemilik Stesen TV Menumbuk Seorang Ahli Perniagan Dalam Rancangan Debat

Monday, September 19, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels:

Berdebat memang menarik. Kita akan dapat lihat dua pihak berdebat mempertahankan pendapat mereka dengan hujah-hujah yang menyakinkan. Bagaimanapun, jika pendebat tidak dapat mengawal emosi, maka boleh bergaduh jadinya.

Itulah yang berlaku dalam satu rakaman perdebatan mengenai krisis ekonomi global di stesen televisyen NTV, Moscow. Seorang ahli panel iaitu Alexander Lebedev, hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain telah menumbuk seorang lagi ahli panle iaitu Sergei Polonsky,seorang ahli perniagaan.


Alexander Lebedev menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.

Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.

Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.


Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.

"Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya," kata Lebedev.

Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas.

Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.

Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion).

Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta.

Saksikan video aksi Alexander Lebedev menumbuk Polonsky dengan baca seterusnya.





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik