9.18.2011

Video, Gambar Pesawat Pejuang Terhempas di Pertunjukan Udara Nevada

Sunday, September 18, 2011 by MR Penyubiru ·
Labels: ,


LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 54 yang lain cedera apabila sebuah pesawat lama terhempas berhampiran penonton yang menyaksikan satu pertunjukan udara di negeri Nevada, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Seramai 12 orang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas pesawat pejuang P-51 Mustang yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua itu terhempas dalam keadaan menegak berhampiran satu tempat duduk grandstand yang dipenuhi oleh orang ramai. Ia dikendalikan oleh juruterbang veteran berusia 74 tahun, Jimmy Leeward.



"Kami amat berdukacita atas tragedi ini," kata ketua Persatuan Perlumbaan Udara Reno, Mike Houghton. Dia enggan memberi komen tentang berapa ramai yang terkorban.

Video amatur yang dirakam di tempat kejadian menunjukkan orang ramai terkejut dan sangat takut apabila melihat pesawat tersebut menjunam ke tanah.

Mike Draper dari Persatuan Perlumbaan Udara Reno menyatakan bahawa pesawat itu baru memasuki pusingan pertama apabila Leeward membuat panggilan kecemasan.

"Kami tidak tahu kenapa ia terhempas. Dia kemudian keluar daripada perlumbaan sebelum terbunuh apabila pesawat yang dipandunya itu terhempas," kata Draper.

Houghton menolak dakwaan tahap kesihatan Leeward mungkin menjadi punca nahas.

"Semua rekod kesihatannya dikemas kini. Jimmy seorang juruterbang yang mahir dan berpengalaman. Dia menyertai acara ini sejak tahun 1975," tegas Houghton. - AFP

Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya















0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik